Sabah in 2022 - Part II

 Assalamualaikum...

Ni sambungan dari Part I boleh baca sini

Intro duluuu


Day 3

Selepas menikmati keselesaan tido dekat Enchanted Hobbit yang kesejukan itu, so harini kitorang akan habiskan berjalan dekat Kundasang dan turun ke KK. Pagi tu tak breakfast sebab nak kejarkan masa pergi Desa Dairy Farm nak jadi orang terawal sampai sebab takut ramai. Tiket masuk RM5/seorang dan kena beli awal through website dia. Dekat pintu masuk kena scan QR code..

So memang kitorang adalah orang pertama sampai dan terus park depan entrance sebab Desa Dairy Farm start bukak pukul 8 pagi. Kitorang keluar kereta untuk ambik gambar dulu sebab nak nampak Gunung Kinabalu jugak. Settle je bergambar tiba tiba terus penuh kereta dan penuh manusia so kitorang masuk tunggu dalam kereta je lah sementara tunggu pintu masuk bukak..


Enchanted Hobbit Homes

Background Kinabalu

Welcome to Desa Dairy Farm

Okay once pintu bukak je kitorang terus masuk drive dan park depan tempat dia yang sebenar. Kat situ ada kafe dia dan pusat proses susu lembu tu. Join the hype so kami pun beli lah aiskrim yougurt Desa sebab nak try kan. Harga satu cup dalam RM5 rasanya dan susu kotak pun lebih kurang kot harga dah lupa lah pulak. Then sambil makan aiskrim sambil ambik gambar lah kan. Kalau nak bagi lembu dekat kandang tu susu boleh beli susu dekat kaunter and suap guna botol susu. Kitorang tak beli sebab malas nak menyuap. Tengok orang je laa..

Susu Desa

Aiskrim Desa


Dalam pukul 10 pagi kitorang dah start keluar dari sini dan nak pergi ke Alpaca Club atau orang panggil biri biri hensem hehe. Alpaca Club ni dekat je. Turun sikit dari Desa Dairy Farm tadi. Tiket nak masuk sini RM15/seorang dan boleh masuk seramai 15 orang tiap 20 minit. Alpaca ni sejenis haiwan baka biri biri dari mana ntah dan dia sejenis haiwan yang sensitif. Tak boleh buat bising langsung ye dan jangan pegang sebarangan. Hanya pegang area tengkuk je dan awasi anak anda. Salah je sentuh si Alpaca bajet hensem ni akan ludah korang haa..


Welcome to Alpaca Club

Okay dah tu je gambar kita bagi sebab gambar dengan Alpaca semua tak senonoh haha. Then kitorang terus gerak ke Culvert View. Tempat ni sebenarnya adalah hotel dibuat menggunakan Culvert so semua silinder lah dekat situ dan ada port amik gambar cantik macam ala ala dekat Indonesia tu. Culvert View ni turun bawah sikit lagi dekat area roundabout Kundasang tu. Jalan nak masuk dia penuh liku liku..

Tiket nak masuk sini RM10/seorang. Ada macam macam port amik gambar ala ala tangga Stairway to Heaven tu pun ada. Dan kebetulan masa kitorang nak amik gambar tu memang dia sediakan photoghrapher untuk tolong amikkan gambar. Guna phone sendiri je so takde extra charge. Gambar diorang amik memang lawa lawa lah kan like profesional haha..


Stand by me...

Sky Mirror

Habis je dok melagha amik gambar terus hujan so kitorang terus menuju ke kereta untuk start ke KK. Dah lebih kurang pukul 12 tengah hari masa ni. Sebelum turun ke KK kitorang terus cari siap siap makan lunch dan solat dulu. Lunch dia area Kundasang jugak dan masih tak sedap. Btw teh ais dekat sini memang tak rasa teh ais. Cair macam warna horlicks. Putih je. Ahh kecewa..

Selesai je solat dekat Masjid Jamek Kundasang kitorang pergi ke stesen minyak Shell semalam tu untuk isi minyak siap siap yang dah tinggal 2 bar tu. Sekaliiii minyak habis weehhhh dekat stesen tuu akibat dari kes semalam current takde di Ranau dan semua isi di Kundasang yang aku cakap ada 50 bijik kereta tuu. Dah lah itu je seketul setesen minyak yang ada. 13km ke Ranau ada stesen minyak tapi kami nak balik ke KK hala lain. Situ next stesen minyak 60km lagi kat Tamparuli. Minyak ada 2 bar. 60km dia bukan jalan lurus ye. Berliku dan berlubang so akan guna minyak yang banyak. Fuh..

Adik Shell cakap cukup tu baaa sampai Tamparuli. So redha je laa sebab dah tak ada cara lain dah. Kitorang drive sambil bukak tingkap sebab nak jimat minyak punya pasal. Dari 2 bar smpai ke 1 bar dari kuning sampai dah kelip kelip akhirnya dah nak tiba juaaa. Dalam 3km je lagi nak sampai sekali jemm teruk kat bawah tuu. Jem tak bergerak dengan minyak takdenya smpai kitorang tanya brother benti kat seberang jalan apa kes kat depan. Rupanya banjir so jalan tutup then ada 1 jalan je dari Tamparuli nak ke KK. Aduh sabor je laa. Okay lah sempat sampai ngam2 dan isi RM30. Bezza power! Takleh isi bnyak bnyak sebab nanti tak guna nak pulangkan balik dah haha..

Masa ni kitorang aim nak pergi Chanteq Borneo macam muzium baju sebab katanya ada pakaian tradisional Sabah yang boleh dicuba. Sekali bila sampai ehh takde pun testing testing baju tu hahaha kecewa masing masing sambil teruskan perjalanan nak check in hotel KK pulak..

Kitorang booked hotel budget je nama Iskandar Sinsuran harga RM90/malam. Murah je sebab budget an. Duit dah habis melabur dekat hotel mahal kat Kundasang. Kitorang tido sini 2 malam. Hotel ni depan Pasar Filipin so senang nak shopping dan makan. Parking susah amat. Dapat satu tapi jauh dan belakang kedai so park je lah dulu dan check in hotel kemas kemaskan diri..

Malam tu kitorang pergi Jesselton Point untuk makan seafood fresh dan murah katanya. Naik grab je sebab malas pikir parking. Sekali smpai situ ehh takde pun seafoodnya ada kedai biasa je. Tak puas hati so round tanya pekerja kedai tu mana nak makan seafood fresh. Dia kata dekat Todak Waterfront ada. Kitorang pun naik lah grab pergi sana. Haaa ni baru betul. Abang Grab suggest kedai yang mana satu so kitorang follow je lah..


Lobster RM30/100 gram

Aim datang sini nak makan Lobster sebab orang kata tu makanan kayangan. Haa memang kayangan lah 100 gram dah RM30. Cengkerang je dah bape kilo. Kitorang amik 2 ekor je dia bagi RM75 untuk 2 kor tu huhu bolehlaaa buat ghaso ghaso. Lobster kitorang buat masak Butternilk. Then amik ketam 3 ekor buat masak Kam Heong. Sotong buat goreng tepung. Then ada sayur kailan belacan, nasi putih 3 pinggan dan air cam biasa sorang satu. Total ni RM150. So okaylah kot sebab amik menatang yang mahal mahal an..

Balik kitorang jalan kaki je sebab dekat je sebenarnya. Pergi carik kupon parking sebab esok taknak bawak kereta nak biarkan situ je. Cari kupon je sampai ke mana ntah jauh gila sebab semua takde jual and bnyak kedai dah tutup. Dapat satu buku kat kedai nama Orange. Then terus alihkan kereta depan sikit sebab ghisau park jauh sangat. Malam terus tido untuk ready aktiviti esokk..

Day 4

Today is Island Day!! Harini aktiviti kitorang adalah melompat pulau dan main aktiviti air. Pakej island ni kitorang dah booked awal. Asalnya amik pakej include Snorkelling + Banana Boat + Parasailing dekat 2 pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Harga RM95/seorang. Agak murah tau sebenarnya compare dengan pulau lain kat Malaysia ni. Tapi beberapa bulan sebelum pergi dorang dua nak tambah Sea Walking so add on lagi RM80/seorang. Total untuk semua aktiviti RM175/seorang..

Pukul 7 pagi kitorang dah start keluar untuk ke Jesselton Point. Jalan kaki jugak sebab dekat. Around pukul 8 pagi diorang pick up kitorang semua untuk ke Pulau Manukan. Satu boat ada 12 oarang. Sampai Pulau Manukan then ada lah sikit briefing. Btw nak masuk pulau kena bayar RM5/seorang under bayaran tourism apa ntah. Sekali bayar untuk semua pulau. Ada satu lagi Pulau Sapi kitorang tak pergi. Kalau amik pakej Snorkelling saje biasa akan pergi 3 pulau ni..

Start!

Jom Terjun!


Aktiviti pertama start dengan Parasailing. Aku naik dengan Ayuni. Kitorang jadi orang pertama sebab tiba kitorang kena pakai dulu. Nervous lah sebab first time. Tapi actually bila dah naik dah tak seram pun. Rasa syok. Aku bayangkan dia lepaskan payung tu macam ikut angin. Rupanya tak. Ada kabel antara parachute dengan boat so dia lepaskan slow slow je cehh haha. Tapi syokkk pastu dia jatuhkan kat air fuhh basah..


Parasailing

Mabuk laut weh sebab kelaparan tak makan. Kitorang makan roti je sebijik so tidak mencukupii. Nak pulak bila boat stop dan terhuyung hayang atas air tu. ya Allah peningnya kepalaa. Settle Parasailing terus gerak ke boat Sea Walking. Sea Walking ni masuk dalam air pakai tong oksigen tu untuk tengok ikan ikan berenang. Tapi pegang tali lah dekat bawah tu so tak pandai berenang pun takpe. Btw tong kepala oksigen tu berat ye 30kg. Memang takleh pakai atas darat. Once dia pakaikan kepala tu kau kena terus rebah ke bawah. Don't worry sebab abang abang pulau akan sentiasa bersama korang..

Sea Walking

Gambar gambar dekat bawah ni diorang akan amik kan dan nanti transfer bila dah siap. Akan ada ikan berkerumun dekat kita once kita bagi makan. Brother pulau akan bawak serpihan roti dan biskut untuk tarik perhatian ikan. Lama jugak kat dalam ni smpai rasa eh bila nak naik lemas pulak pakai benda alah ni. Berat wehh terasa kat bahu even duduk dalam air. Settle je ber Sea Walking then naik atas berposing posing. Lapar gilaaa wehh smpai kitorang mintak sikit roti yang dia bagi ikan makan. Fuhh lega sikit..

Lapar + Penat

Then kitorang terus ke Banana Boat pulak. Banana Boat ni best sebab kat tengah laut. Kalau kat PD ke Melaka ke naik Banana Boat kat pantai an. Ni kat tengah tengah laut tak nampak apa. Kalini basah lah sebab dah terbalik dalam laut an. Settle je Banana Boat ni terus balik ke jetty Pulau Manukan untuk transfer gambar dan amik set Snorkelling pulak. Then kitorang bergerak ke Pulau Mamutik untuk last activity Snorkelling..

Bye Manukan Island!

Sampai je Pulau Mamutik kitorang lunch dulu sebab dah kebulur. Dia bagi masa sejam je untuk Snorkelling. Makanan mahal sebab harga pulau ye. Satu hidangan nasi RM15. Air tak beli sebab nak jimat haha. Habis makan terus terjun laut untuk Snorkelling. Snorkelling ni berenang renang di pantai je sambil pakai set google dia untuk menyelam dan tengok coral. Aku kat sini kejap je sebab dah penat gila rasa nak pengsan dengan muka dah burn nya..

Dalam pukul 1 tengah hari lebih kitorang bergerak pulang ke Jesselton Point semula. Petang ni takde aktiviti just bersiap mandi dan kemas lah barang sikit sikit sebab esok nak balik dah. Ingatkan balik nak naik Grab sebab dah penat sekali baju basah macam ni nak naik Grab apanya so terpaksa lah jalan kaki pualng..

Settled!!

Till Next Time Sabah!!

Petang just lepak dan upload upload gambar je. Malam sikit tu kitorang turun makan dekat Pasar Filipin depan tu. Makan mee goreng dan chicken wings. Dekat Sabah ni kan yang sedap dia chicken wings je. Yang lain memang serius mengecewakan huhu tapii portion dia banyak macam nasi goreng tu harga sepinggan agak mahal dalam RM10 tapi banyak so boleh share 2 oarang. So berbaloi lah kot kan. Lepas makan pergi carik souvenir jap kat sebelah maka aku belilah sedikit fridge magnet dan keychain untuk rakan rakan pejabat. Beli 1 kilo ikan bilis mata biru siap kopek. 500 gram RM15. So beli 2 pek untuk aku ngan mak aku. Dah cukup takyah bebanyak satgi tak muat luggage. Itupun aku beli extra beg sebab tak muat barang hehehe..

Day 5

Time to go back home. Check out dan pusing Pasar Filipin cari Amplang dan diorang tambah lagi souvenir. Then pusing pasar basah tengok ikan sotong. Tak beli pun sebab malas nak mengangkut. Ayuni bersungguh nak makan Ambuyat tak jumpa jumpa last last pi beli serbuk dia kat pasar dan masak sendiri kat rumah haha. Then lunch terus gerak ke KKIA pulangkan kereta. Isi minyak haritu tak guna langsung ye. Tak masal sedekah minyak kat owner kete. Dah lah masa bagi haritu minyak takde langsung haha..

Rindu Sabah...

Tiket balik supposedly pukul 415 petang tapi delay sejam rasanya. So settle solat, kudap kudap sikit dan terus lah terbang semula ke Semenanjung. Bye Sabah u will be missed!

Thanks for reading!

Comments

Popular Posts