Assalamualaikum...
Okay kalini mungkin post panjang sikit. Kalau rasa malas aku akan divide post ikut hari lah kot kan sebab takut penat bercerita hehe. Nak share percutian aku ke Sabah pulak. Kalini kita pergi jauh sikit sebab tak pernah pergi teringinnn. Kitorang pergi 3 orang trip ni dengan kawan kawan office aku. Mulanya nak pergi berdua je dengan Afeera kawan batch aku sama sama masuk sini. Sekali staff si Afeera si Ayuni nak ikut so ikut je laa aku bukan kisah pun janji jangan banyak songeh wihihi. Tarikh aku pilih sebab nak tunggu laki balik dulu untuk jagakan Aara hehehe. Kitorang pergi 8.10.2022 sampai 12.10.2022 sealama 5 hari 4 malam..
Day 1
Tiket flight pukul 915 pagi so kitorang kena tiba 2 jam awal untuk check in luggage. Yelah pompuan kan bnyak barang so amik baggage check in sorang 25kg. Laki aku hantar pagi tu dan aku tiba lebih kurang pukul 7.15 pagi. Budak berdua tu dari KL pergi Putrajaya ETS and smpai kat KLIA around 730 pagi macam tu. Maka kami kelam kabut lah pergi check in luggage. Selesai check in fuhh lega dah boleh beli gula gula haha. Shopping makanan sikit kat 7 Eleven and terus masuk ke departure gate. Tepat je 915 dah boleh masuk. Dalam flight aku amik nasi lemak and air apple sambil tengok Shrek. Aku tengok Shrek ke Shrek tengok aku entah sebab aku rasa aku banyak tido je..
Sampai di KKIA around 12 tengah hari kot so kitorang terus amik kereta sewa. Kitorang sewa Bezza je untuk 5 hari harga dia RM480 with RM200 security deposit. Settle letak barang singgah beli Starbucks jap sebab nak post gambar wahaha then terus gerak Kundasang. Laa jauh rupanyaa menyesal berlibur lama nauu dekat KKIA..
|
Fly me to the moon |
|
Minum luuu |
Hari pertama ni tak sempat buat apa pun sebab habis masa dalam perjalanan je. Tiba dekat Kundasang around 4 petang dan masing masing dah kebulur. Nasib baik ada Afeera yang dah 6x datang Sabah dan tau setiap pelosok kedai makan haha. Kitorang makan dekat area Pekan Kundasang dekat roundabout tu. Boleh laaa takdelah sedap sangat tapi chicken wings Sabah okay luluss.
Malam tu kitorang tido dekat hotel nama dia Sulap 1.0. Sulap ni ada 2 tau satu 1.0 satu lagi 2.0. Yang 2.0 ni lawa sumpah sebab dekat lereng bukit dan rumah dia unik. Tapi untuk ramai sikit sesuai lah kot sebab rumah dia besar. Kalau 3 orang memang akan pergi Sulap 1.0. Dekat je walking distance je. Lepas check in kitorang jalan ke Sulap 2.0 sebab nak amik gambar. Ikut plan asal nak ke Mesilau Hills tapi disebabkan tak sempat dan nampak Mesilau Hills tu ya Allah tingginya maka lupakan je lah niat masing masing hahaha..
|
View from Sulap 2.0 |
|
Hi Sabah!! |
Kitorang bergambar sampai gelap lah cite dia. Tapi sorry aku upload sikit sikit je sebab malas nak carik gambar sangat. Tapi okaylah untuk kenangan kann. Sejuk gilaaa lepas tu terus decide balik ke Sulap 1.0. Sekali hujan kauu. Lebat pulak tuu. Dah lah sejuk basah pulak aduh. Malam tu duduk borak borak je sambil iron baju untuk esok dan upload gambar untuk hari pertama. Rumah dia ada balkoni depan tu untuk lepak. Tapi sejuk gila ye. Depat kopi memang umphh..
Day 2
Pagi tu start pukul 5 pagi kitorang dah start mandi sebab sarapan dia bermula pukul 8 pagi. Oh yes Sulap ni accomodation dia include dengan breakfast. Bilik yang kitorang amik untuk 3 orang ni harga dia RM230/night. Btw sarapan dekat Sulap 2.0 so kitorang naik kereta sebab nak terus ke tempat lain. Bila dah smpai ehh awal lah pulak. So amik lah gambar dulu area air terjun bawah tu dan sekitar Sulap 2.0..
|
Striking Orange! |
|
Ayuni, Afeera dan Syahira |
Bergambar dan bervideo sampai penat so lepas tu terus pergi breakfast. Makanan dia hidang nasi goreng, bihun goreng, nugget, sosej dan air sejuk dan panas tapiiii tak sedap huwaaa nak nangis. Ni ikhlas nii jangan kecam yee. Disebabkan takut kebulur maka makan lah sikit dalam keterpaksaan. Settle makan terus check out dan pergi ke first destinaton kami iaitu Poring Hot Spring. Tapi kitorang tak mandi or rendam air panas pun. Kami aim nak naik Canopy Walk kat atas tu. Harga RM5/seorang + RM5 if nak amik gambar even guna phone sendiri huhu. Then terus lah merentas hutan. ya Allah penatnya hike walaupun hanya beberapa km je hmm. Otw naik tu pulak sekali ngan pakcik pakcik cina yang walaupun dah tua tapi masih bertenaga Allahuu malu lah pulak kalau kalah huhuu..
|
Okay baru sampai! Jom Canopy Walk! |
|
Gayat tapi Cantik!! |
Ada 5 stop sepanjang titi gantung ni. Nampak seram tapi memang seram pun. Dengan diorang dok goyang goyang nya lagi adoiyay. Tapi berjaya lah habiskan titi and turun semula. Walaupun kasut dah kotor sebab baru lepas hujan malam tu tapi yess seronok! Turun je semula ke bawah kitorang beli minum dulu dan terus ke Morolli Fish Spa. Dua tempat ni dekat je and berada di Ranau. 13km from Kundasang. Entrance RM6/seorang.
Okay Fish Spa ni sumpah aku tak suka sebab aku geli. Ikan dia besar besar gila pastu ada tu yang mulut macam ikan keli. Aku memang tak masukkan kaki. Try tapi tak sanggup. Memang amik gambar di gigi gigi air je laa. Afeera sorang je berani yang kami lagi dua ni memang sekian terima kasih je lah. Tapi at least Ayuni sempat gak lah beberapa minit aku memang tidak hahaha..
|
Morolli Fish Spa dari kejauhann.. |
Settle dok celup celup kaki kitorang terus gerak ke Sabah Tea sebelah je dengan Fish Spa ni. Tapi kena naik kereta lah sebab kena mendaki sampai atas. Kat sini datang amik gambar je sebab ramai orang dekat kafe dia dan kitorang rancang taknak makan situ pun..
|
Sabah Tea |
|
Celah pokok teh |
|
Three |
|
Semak ke Teh tu? |
Dari Ranau kitorang terus balik ke Kundasang and singgah solat dan makan dalam perjalanan tu. Solat dekat surau mana ntah kitorang jumpa. Nasib baik siang sebab kalau malam seram jugak. Makan pulak dekat kedai tepi sungai depan sikit Pekan Ranau. Pun makanan dia tak sedap hmmm sedih..
Lepas makan ingat nak isi minyak sekali semua petrol pump tutup sebab current takde aduh dah lah minyak tinggal 3 bar dan esok nak turun KK dan kitorang tak ingat Kundasang ada stesen minyak ke tak. Tapi sebab lama sangat so kitorang tawakal je lah dan balik terus ke Kundasang sebab hari nak petang dah. Tiba around pukul 4 petang then jumpa lah Shell fuhh legaa. Sekali ramai gilaa beratur like ada 50 kereta dekat stesen minyak yang kecik tuu. Malas tunggu so kitorang fikir esok je lah isi ye dakk. So terus lah pergi tempat lain jap sebelum check in untuk malam ni..
Kitorang singgah Kundasang War Memorial. Tiket RM3/seorang tapi kitorang tak masuk sebab dah penat. Amik gambar dekat pintu masuk je lah ye sebelum kitorang membeli belah dekat Pasar Malam Kundasang ni..
|
Tinggal Selipar jee.. |
|
Kundasang ft Gunung Kinabalu |
|
Acah healing.. |
Habis je beli membeli dekat pasar dan ambik gambar then terus check in. Malam ni kitorang tido dekat Enchanted Hobbit by B-Inspired Abode. Jalan nak naik sumpah seram sebab curam gila dan dekat lereng bukit. RM350/night for 4 pax room. Tapi rumah dia sumpah cantikk rasa tak puas sebab datang tido jee. Malam tu tak buat apa sebab Kundasang ni malam dia mati. Tengok cerita je pastu tidooo..
Day 3 dan seterusnya kita sambung post lain lah ye sebab post ni macam dah panjang so kita bagi sikit sikit dulu ye wihihi. Jumpa nanti guys!
Comments
Post a Comment