Anjung Pool Villa Sekinchan, Selangor with Permata

 Assalamualaikum..

Kalini nak sembang pasal percutian satu malam kami di Anjung Pool Villa, Sekinchan bersama rakan Permata aku pada 3.12.2022 - 4.12.2022. Siapa pulak rakan permata ni?? Hahaha.. alaa ni member masa zaman study asasi di PASUM dulu. Kitorang dah berkawan since 2011 so dan 11 tahun lah kan? Wow boleh tahan. Kitorang ada 3 orang je. Tak ramai dan tak lah selalu jumpa tapi dekat whatsapp tu selalu lah bertanya khabar memasing. Cuma kalini eh tiba-tiba teringin buat staycation sambil bawa anak masing-masing. Husband is not allowed kalini..

Roza belum kahwin so dia bawak diri je lah. Fatin pulak dah 2 anak masing-masing umur 3 tahun dan setahun setengah. Tapii dia tinggalkan yang nombor dua si Maryam dekat laki dia and dia bawak Nuh je sebab jenuhh nak jaga dua dua yang tengah fasa melasak sekarang ni. Pahamm. While aku bawak anak aku yang usia dia skang 1 tahun 9 bulan..

Rancang percutian ni rasa macam setahun lebih kot haha lama kann sebab kitorang suka berangan je dulu. Dalam pada tu kitorang survey tempat yang sesuai dan tak terlalu jauh sebab malas nak drive. Lepas dah tambah tolak darab bahagi maka kitorang bersepakatt untuk pilih Anjung Pool Villa dekat Sekinchan ni. Agak jauh dengan aku sebab aku duduk Semenyih. Okay tempat ni ada 4 Villa sahaja iaitu 2 Bedroom Villa dan Studio Villa. 2 Bedroom Villa ada 2 unit sahaja iaitu Yellow unit dan Blue unit. Studio Villa pun ada 2 unit nama Red Villa dan masing-masing ada private pool so kalau anak dah besar-besar seronok lah kan. Kami pilih 2 Berdroom Villa dengan harga RM530. Btw harga ni harga baru untuk October onwards dan ada tambahan villa iaitu Super 2 Bedroom Villa. Boleh tengok harga sini..

New Rate

Okaylah kan sebab kitorang bahagi 3 so sorang bayar dalam RM180. Okay disebabkan aku paling jauh maka aku gerak paling awal. Pukul 9.30 pagi aku dah keluar rumah and pergi sarapan dulu dengan mak dan anak aku. Dalam pukul 10 pagi habis makan and terus hantar mak balik dan aku teruskan perjalanan yang dijangka selama 3 jam nii. First time sebenarnya nak berjalan berdua je dengan anak. Fuh semoga anakku behavee..

Macam biasa lalu jalan Kajang-KL-Kepong-Sg Buloh-Kuala Selangor tu sebab tu paling singkat dan mudah. Anak aku tido dalam pukul 1130 pagi dan aku pun terus menarik nafas lega arghhh. Sekali pukul 1215 tengah hari dah bangunn OMG cepatnyaaa. Macam biasa anak aku akan menangis nak macam-macam sampai taktau nak bagi apa dah. Singgah kejap dekat area Kuala Selangor beli goreng gorengan sikit and belikan Aara nugget untuk dia kudap kudap then terus sambung perjalanan..

ETA dekat Waze around 215 petang. Sekali waze bawak jalan batu batu yang traktor lalu and bertembung pulak dengan aku so berpusing pusing kat situ je dah 10 minit maka akhirnya tibalah di Anjung Pool Villa setelah bertukar menggunakan Google Maps pulak. Masa ni Roza dah smpai dan check in. Fatin pulak lambat sikit sebab attend Majlis Graduasi tadika anak dia..

Petang tu takde apa aktiviti cuma menenangkan anak aku yang menangis sebab nampak orang lain. Hampir sejam jugak dia mengamuk. Roza pulak dah start pergi berenang kat situ sebab takut esok tak sempat. Habis je mandi dan sementara tunggu Fatin so kitorang pun start bergambar dulu.. Roza ada beli air and makanan dekat Foodpanda konon nak kudap kudap laa haha. Meh lah tengok gambar dulu..


Area Anjung Pool Villa

Ewah dia pun sama..

Sawah tengah menguning

So dalam pukul 530 petang macam tu Fatin pun sampai. Settle kemas kemas so ni je lah aktiviti kitorang gambar gambar dan bergambar sambil bergaduh dengan anak masing-masing hahaha. Aara asyik menangis nampak orang dan Nuh asyik kacau Aara haha..


Permata. Dari Kiri: Aku, Roza dan Fatin

Love

Me and Roza

Depan Anjung Pool Villa

Siap sedondon kauu haha. Actually tudung tu aku belikan untuk semua sebab nak pergi trip ni. Alaa biasalah orang pompuan ke suka matchy matchy gituhh macam budak sekolah. But sweet laa gambar warna sama wihihi. Balik je dari dok bergambar ni Fatin and anak dia sempat lah mandi 5 minit dalam kolam pastu terus naik sebab sejuk katanya..

Malam takde aktiviti pun cuma keluar pergi makan dekat kedai tomyam kat jalan besar je. Kitorang main singgah je mana kedai yang dekat dan tak ramai orang. Walaupun tak ramai orang tapi lambat gila makanan nak sampai waduhh. Tapi dok borak borak sambil gaduh ngan anak so okaylah kot. Dinner malam ni Fatin belanje. Thanks Fatin!

Balik je rumah anak aku terus layu dan ketiduran. Sejurus selepas anak tido maka maknya pun tumbang sekalii. Ngantuk sungguh. Dua orang ni pulak dok sembang apa aku tengok dah pukul 1 pagi pun tak tido tido lagi. Malam berlalu dengana aman tanpa sebarang drama. Alhamdulillah..

Pagi tu kitorang dah order sarapan dengan owner villa. Nasi lemak telur mata 3 and bihun telur mata 2. Semua nya berharga RM3.50 setiap satu. Sedap lah weh. Anak aku punya bihun tak habis sebab dia syok dok makan apam yang Roza bawak semalam. Bawak balik then aku panaskan je bihun dia tu. Habis je sarapan terus kemas kemas and nak check out sebab pukul 11 pagi nak pergi Laman Tebu Aidil hahaha. Tempat viral kena maii kikiki..


Bye Anjung Pool!

'Saya nak kawan je laaa...'



Dalam 10 km dari Anjung Pool ke Laman Tebu Aidil. Hmm tak seperti di sangka pun sebab aku bayangkan besar tempat dia sekali ada lah 2 baris tebu je untuk amik gambar.. Pastu ada gerai gerai makan so boleh laa. Kitorang beli nugget, sosej, keropok lekor, chicken wings and air je untuk alas alas perut sebelum balik. Then terus pergi amik gambar dengan tebu hehehehe..


Laman Tebu Aidil, Sungai Besar

Habis je sesi menebu then masing-masing meneruskan perjalanan pulang. Aara start je gerak terus tido sampai lah dekat Cheras dalam 2 jam setengah jam jugak lah. Fuh Alhamdulillah dapat mummy drive dengan tenang. Bila balik dah rinduu. Short but memorable one. Till next time guysss.. Thanks for reading!

Comments

Popular Posts