Pengecualian PTPTN Bagi Pelajar First Class

Assalamualaikum..

Hai.. Macam dah lama tak buat posting. Busy sikit lately ni. Kerja banyak. Haritu aku sampai tak balik rumah sebab ada submission. Duduk office tu smpai 24jam. Stress aku. Tapi nak buat macam mana dah itu hidup sang Engineer.

Ok post kalini aku nak cerita macam mana cara cara untuk settlekan pengecualian PTPTN bagi yang dah dapat First Class Degree tu. Before tu aku nak ucapkan TAHNIAH SEBAB BERJAYA GRAD WITH FIRST CLASS DEGREE!! You deserve it!

Ok first of all. Benda ni perlukan kesabaran sebabnya benda berkaitan duit kan..jadi dokumen2 yang disediakan mmg perlu teliti sikit. Ada dua perkara yang korang perlu aware sama ada:

1. Korang peminjam PTPTN dari awal sem hingga sem terakhir atau
2. Korang peminjam PTPTN untuk beberapa sem kemudian korang terminate PTPTN sebab dapat biasiswa.

Bagi sesiapa yang berada dalam situasi 1 korang takde masalah sebab korang mmg tak perlu bayar apa apa pada PTPTN dan hanya settlekan pengecualian. Sesiapa yang berada dalam situasi 2 korang perlu tau yang korang perlu bayar amaun yang bertindih sebelum apply pengecualian. Contohnya:

Sem 1: PTPTN
Sem 2: PTPTN
Sem 3: PTPTN + Biasiswa
Sem 4 dan seterusnya: Biasiswa

Macam mana sem 3 boleh dapat kedua duanya? Sebab masa ni korang dah terminate PTPTN dan application tu masih dlm proses jadi duit still masuk utk sem tersebut dan biasiswa pula dah mula masuk bermula sem 3 tu makanya korang kaya lah utk sem ni hahaha..Ingat!! Jangan berjoli ye. Duit tu korang kene pulangkan semula. Dan aku berada dlm situasi ni.

Jadi untuk sesiapa yang ada dalam situasi ni korang perlu bayar duit PTPTN utk sem 3 tu yang berjumlah rm3500 (ni aku punya amaun lah) dan baru lah proceed utk pengecualian. Selagi rm3500 tu tak dilangsaikan maka application korang akan pending sampai hutang sebanyak rm3500 tu selesai. Sebab tu aku cakap korang jangan berjoli waktu dapat duit banyak banyak tu dan nasib baik duit tu aku simpan dalam akaun ASB. Alhamdulillah hahaha.

Ok faham tak setakat ni? kalau tak faham boleh tinggalkan comment atau reach aku kat FB dan Twitter (link ada kat profile). Kalau korang dah faham korang boleh teruskan baca. Sekarang macam mana nak settlekan pengecualian tu?

Korang boleh download Borang Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN kat link ni 
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2 (no. 2). Ok kat sini dia senaraikan dokumen dokumen sokongan yang diperlukan untuk hantar sekali dengan borang ni:

1. Borang Permohonan dan Akuan Peminjam Bagi Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Atau Setaraf Dengannya

Ok ni lah borang yang korang download tu. Sila isi ye dan baca syarat yang diorang tulis.

2. Salinan Transkrip Peperiksaan

Yang ni transkrip korang sepanjang Ijazah lah. Jangan lupa untuk dapatkan pengesahan. Masa aku dulu aku dapatkan pengesahan dari Penasihat Akademik aku. Tapi korang bayangkan lah lecturer aku tu kat UTM Skudai. Aku kat Selangor. Takkan lah aku nak pergi sana semata nak mintak sign. Terpaksalah mintak tolong kawan yang still study. Nasib baik ada kalau takde mmg mati lah aku. Lepas tu pulak nak mintak pengesahan punyalah banyak cabaran. Kawan aku free, lecturer takde. Lecturer free, kawan aku takde. Lepas tu bila dah dapat sign pulak dah kene tunggu kawan aku balik Selangor untuk kasi ke aku. Proses aku yang ni lama betul. Berpassing2 aku punya transkrip tu.

3. Salinan Ijazah Kelas Pertama. Pastikan perkataan KELAS PERTAMA dicatatkan pada Ijazah atau:

4. Surat Pengesahan Kelas Pertama daripada Bahagian Akademik IPT jika tidak tercatat perkataan KELAS PERTAMA pada Ijazah.

Ok untuk yang tak faham dengan item 3 dan 4 ni, korang perlu lah sediakan Sijil Grad korang yang dapat masa atas pentas tu. Sijil tu perlu lah ada perkataan "KELAS PERTAMA" (item 3). Kalau takde korang perlu mintak surat pengesahan yang mengatakan korang ni pemegang Ijazah Kelas Pertama (item 4). Mintak dengan bahagian pentadbiran korang. Aku dulu call bagi IC dan fakulti dan alamat pastu dia pos kan ke rumah.

5. Salinan Surat Tawaran Penajaan Lain.

Yang ni untuk sesiapa yang dapat biasiswa sahaja. Kalau korang peminjam PTPTN sampai semester akhir so item 5 ni tak perlu. Untuk kes aku, aku perlukan benda ni.

Jadi bila semua dokumen dan borang dah lengkap, korang boleh lah pergi mana mana kaunter PTPTN yang ada di seluruh Malaysia untuk hantar dan tunggu sampai Surat sampai.

Masa aku dulu, aku pergi ke kaunter Mines (kali pertama) untuk tanya apa yang perlu untuk settlekan pengecualian. Dia cakap item 5 tu tak perlu so aku tak sediakan lah masa aku nak hantar tu (kali kedua). Bila kali kedua aku nak hantar tu orang kaunter tu tak nak terima application aku sebab item 5 takde. Maka sia sia lah aku pergi kali kedua tu. Aku pon gigih cari balik Surat Tawaran Biasiswa aku sbb dah hilangkan so aku print baru. Then disebabkan aku sewa rumah kat Damansara aku pergilah hantar dokumen tu kat kaunter PTPTN caw Kota Damansara. Boleh pulak diorang taknak terima ok. Diorang kata kalau hantar situ takut lambat sebab diorang nak kene hantar ke HQ lagi so diorang suruh aku ke HQ kat Kampung Baru KL nun. Dia ingat banyak pulak masa aku nak pergi sana dengan jem nye. So aku pun contact akak PTPTN Mines yang aku deal mula mula masa kali pertama tu. Dia cakap boleh je hantar ke kaunter hahaha siap kata mungkin orang Damansara tu malas kot nak pergi HQ hantar borang. So aku pun amik half day dan pergi ke Mines untuk hantar semua dokumen tu. Aku tanya lama ke proses nak settle benda ni. Akak tu kata dalam 2-3 bulan nanti akan ada surat bebas hutang sampai. Maka aku tunggu je lah dengan hati yang lega sebab dah settle

Dua bulan kemudian surat pun sampaiiii..Alhamdulillah

'Sehubungan dengan itu pinjaman pendidikan PTPTN tuan/puan bagi peringkat pengajian ini telah selesai dan tidak terikat dengan pihak perbadanan'
Happynya dapat surat ni!!!


Dua bulan lepas aku dapat surat ni aku teringat nak cek status aku macam mana. Hutang dah settle ke. Sekali bila aku login untuk tengok penyata baki rupanya pihak PTPTN hutang aku sebanyak rm500. Yeay dapat duit balik hahaha. Ni mungkin ada duit yang terlebih bayar ke apa ke kan. So korang boleh pergi ke link ni http://semakanonline.ptptn.gov.my/lebihanbayaran/index.php dan mohonlah. InsyaAllah duit korang akan dipulangkan dalam tempoh 21 hari. Alhamdulillah. Kira rezeki lah ni sebab aku banyak nak pakai duit memandangkan aku nak tunang bulan 12 ni. Doakan aku.

Ok duit dah dikreditkan dalam akaun aku. Pagi pagi masuk office dah dapat email gembira hahaha. PTPTN cuma ambil masa seminggu je untuk kreditkan duit dlm akaun aku. Alhamdulillah yeay hahaha


P/S: Kalau ada kemusykilan jangan malu untuk bertanya. Terima kasih.

Comments

  1. Boleh share nombor UTM yang perlu saya call untuk minta item no.4 tu tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Academic Management Division (AMD)
      Office Of Deputy Vice Chancellor (Academic & International)
      Universiti Teknologi Malaysia
      81310 UTM Johor Bahru, Malaysia
      Tel: 07-5530459 Fax: 07-5581791
      Primary Email: afidatulhanum@utm.m

      Delete
  2. Salam sis nak tanya, kalau kite dapat biasiswa semasa pertengahan sem pertama. Dan waktu itu saya dah dapat ptptn. So saya perlu membayar duit ptptn untuk sem pertama tu dulu ke?

    ReplyDelete
  3. Hai nak tanya. Pengesahan untuk dokumen2 tu bole dibuat dekat utm kl ke ?

    ReplyDelete
  4. Salam Sis, kalau saya dah amik ptptn time diploma, pastu time degree pon amik. dia akan kecualikan time diploma dan degree ke, atau time degree je?

    ReplyDelete
  5. Hai nk tanya.. pegawai yg boleh sahkan salinan yg diperlukan tu is bahagian akademik kan.. so boleh ke kalau pensyarah Kita sendiri yang sahkan?

    ReplyDelete
  6. Salam ..saya nk tnya ..klau masa diploma sya dh amik ptptn n then sya smbung degree n dpt first class.. Ptptn yg msa diploma dpt pngecualian jugak ke ??

    ReplyDelete
  7. hi boleh tanya ? sebelum membuat permohonan awak bayar tak bulanan ? sementara tunggu pengesahan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pengecualian tak perlu bayar. terus buat permohonan. kecuali kalau ada clash antara ptptn dan biasiswa. yang tu perlu bayar habis untuk sem tersebut

      Delete
  8. Assalamualaikum, nak tanya.. sekarang masih ada lgi ke offer pengecualian ni ? ataupun dah takde ye?😅

    ReplyDelete
  9. assalammualaikuum kak, betul ke boleh mohon biasiswa untuk pelajar diploma bila dah masuk sem 2 nanti?

    ReplyDelete
  10. Hi nak tanya sikit, kenapa awak kena bayar jugak 3500 untuk sem 3 sedangkan awak dah dapat pengecualian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sebab bertindih PTPTN dan JPA untuk sem tersebut. Dapat dua dua means dia tak boleh lah nak bagi free so kene bayar dulu utk sem tu..

      Delete
  11. Kalau nak amik pjj, buat pinjaman. Bila dpt first class tetap kena byr sbb tak sepenuh masa eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti sekarang punya sistem ptptn mcm mana. semenjak dah tukar kerajaan baru ni. maaf ya😅

      Delete
  12. Hy miss... Boleh x sya nak tahu cara pengiraan pointer keseluruhan sem untuk saya tahu berapa pointer sebenar sya yg melayakkan untuk tidak bayar ptptn... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. average je.. total kan semua pointer tiap sem bahagikan dengan jumlah sem

      Delete
  13. Salam sis, saya taraf diploma , pointer apa yang saya kena lepas dari bayar balik pinjam?

    ReplyDelete
  14. Salam sis..nak tanya.. Saya bru tahun pertama degree.. Ptptn dpt dlm 18k..
    Kenapa sem 1 ni.. Saya just dapat 25++ je.. Sedangkan saya 6 sem.. Kalau didivide utk 6 sem.. Maybe dlm 3k..knp ya.. Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah yang ni. Boleh call PTPTN tanya

      Delete
    2. Mungkin awak apply bayaran terdahulu yg rm1500 utk awal sem. PTPTN akan auto potong bulanan yang masuk

      Delete
    3. Sorry bukan bulanan, duit setiap sem yang masuk

      Delete
  15. Hai awk nak tnye, utm punye pointer utk degree first class brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, nak tanya, time sis study dkt utm tu pointer utk dean list utm brp ye ? 3.75 jgk eh sis ? Terima kasih ☺️

      Delete
  16. Salam kak. maksudnya any lecturer boleh je ke sahkan item tu ? thanks kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. lecturer at certain gred. lupa pulak gred berapa ke atas. nnti boleh cek semula

      Delete
  17. PROGRAM PINJAMAN MUDAH
    Selama masa ekonomi yang tidak pasti ini, banyak orang mendapati diri mereka dihadapkan pada situasi di mana mereka dapat menggunakan bantuan keuangan. Apakah itu untuk keadaan darurat, perbaikan rumah, konsolidasi utang atau bahkan liburan keluarga - pinjaman pribadi berbunga rendah adalah cara yang aman dan dapat diandalkan untuk memenuhi kebutuhan keuangan Anda. Di Alta Finance LLC, kami berspesialisasi dalam program pendanaan Pinjaman yang andal dan efisien. Hubungi kami hari ini menggunakan email perusahaan kami: altafinancellcfunding@gmail.com atau melalui teks +1 702 805-0119

    ReplyDelete
  18. Hai,
    1. Saya scan Ijazah dan Transcript dan suruh kawan di college print dan tolong bagi sign bolehkan?
    2. Hanya Ijazah dan Transcript perlukan pengesahan kan? Salinan surat tawaran tajaan lain perlu dapatkan pengesahan?

    ReplyDelete
  19. A'salam sis, saya kurang faham, maksudnye kalau degree sem 1-3 saya guna ptptn, and then sem 3 saya dpt duit dri ptptn+tajaan lain, saya nak batlkan ptptn, maksudnye perlu bayar dahulu ptptn sem 3 sebelum batalkan? Still bole dpt ke untuk pengecualian ptpn walupun dh dibatalkan? Bayaran balik keseluruhan ptpn mcm mana ya? Atau tunggu habis bljr or keje? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak batalkan tak perlu bayar. terus batalkan je. bayar tu nnti bila dah habis belajar. pengecualian jika first class tu boleh untuk sem tak bertindih je. yang sem bertindih tu kena bayar. tapi kene cek semula prosedur baru ye. sbb sy punya ni tahun 2016. skang bnyak isu baru utk ptptn. ada yang kata kalau batal tak boleh buat pengecualian dah. tapi kalau nak bayar balik sebelum habis belajar boleh je.

      Delete
  20. Kalau yg pnjam time dploma mcammna plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinjaman diploma kene bayar dik. pengecualian untuk ijazah

      Delete
  21. Slm nak tanya, perlu first class setiap sem ke? atau first class keseluruhan baru dpt pengecualian ptptn?

    ReplyDelete
  22. Kene dekan every sem atau dekan secara keseluruhan bila da grad?

    ReplyDelete
  23. Kiranya kena dekan every sem since diploma lagi ke atau dekan every sem utk degree tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. degree.. pinjaman diploma mmg takde pengecualian. first class degree only

      Delete
  24. Boleh saya tahu mcm mana dikira degree First class tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut universiti masing2. pergi cek. ada uni 3.5 ada 3.67 ada yang 3.75..
      untuk keseluruhan sepanjang 4 tahun tu. cgpa. keseluruhan

      Delete
  25. sorry for asking, pinjaman ptptn potong terus untuk yuran ke masuk account pelajar. and pinjaman tu yuran pemgajian sahaja ke sekali dgn duit poket ?? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kelayakan. ada yang dapat utk yuran pengajian sahaja. ada yang dapat untuk yuran dan sara hidup. kalau degree rm3500 tu sekali dengan sara hidup lah tu

      Delete
  26. Sy dpt first class degree haritu tp still kena bayar penuh balik ptptn.. Xadil betul laaaa.. Ramai je kawan kawan sy yg jauh lbh kaya n senang dr sy...tp dptvje pengecualian ptptn.. Benci laaa ptptn xadill...ni semua sbb bertukar kerajaan haritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan2 awak tu batch yg sama ke atau batch yang lain? kalau ptptn buat syarat baru selepas tukar kerajaan tak boleh nak buat apa lah. tapi kalau sama batch mesti sama syarat nya

      Delete
  27. Maaf,boleh saya Tanya,contoh klau keluarga pendapatan lebih rm8000,then dpt pinjaman Kadar 50% dari pinjaman asal,adakah ia hanya merangkumi duit yuran sahaja?atau Sara hidup sekali?tq

    ReplyDelete
  28. Hi, saya dah terima surat pengecualian ptptn, jadi seterusnya saya perlu buat apa-apa kat website ptptn atau pejabat ptptn? terima kasih atas balasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde. tggu je. nnti cek online baki pinjaman

      Delete
  29. Maaf, boleh saya tanya, lepas pemohonan lulus, penyata baki peminjam akan automatic kemaskini dengan amaun yang dikecualikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya nnti dia kemaskini. boleh lah cek dari semasa ke semasa

      Delete
  30. Ambil masa berapa lama yer utk pengecualian diluluskan?

    ReplyDelete
  31. Salam nak tanya, yg biasiswa awak dapat ni jenis PIDN JPA ke?

    ReplyDelete
  32. hai boleh sy tau sekarng ptptn dah tk buat ka pengecualian bayaran ni?

    ReplyDelete
  33. hi sy pon dlm situasi ni, tapi saya x igt dah berapa amaun semester yg ptptn bagi setiap semester. memang 3500 ke jumlahnya?atau sy kena tanya ptptn balik?

    ReplyDelete
  34. Hi sis.. Saya nak tnya.. Sya skrg baru nk masuk 2nd year.. Utk tahun 1, sya under ptptn, utk tahun 2 sya amik pidn jpa.. Yg ptptn tu sya dh terminate before masuk sem 1 tahun 2, so if saya dapat free class degree (amin) bila dh abis nnti.. Saya still bole dptkn ke pengecualian byr ptptn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk masa sekarang sy tak pasti sebab ada yang kata pengeculian dah tk ada. in case kalau masih wujud yes u boleh dapat pengecualian cuma sekarang ni tu lah. bnyak benefit dah ditarik balik. lebih baik u call ptptn utk tnya

      Delete
  35. Assalam nak tnya, surat perjanjian PTPTN tertulis sebanyak 6 semester dpt duit dan saya hanya study smpai sem 4 shj kerana credit transfer. Bolehke saya buat pembatalan kontrak kerana saya sudah tamat belajar?

    2. Adakah ia mampu affect permohonan pengecualian bayaran kelak sbb saya dpt ANC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk PTPTN. ni luar bidang kuasa sy ni..

      Delete
  36. Salam, saya dalam kes kedua..saya nak tanya kalau kita dah settlekan hutang ptptn tu before grad tapi bila grad dapat first class degree, adakah duit yang saya dah settlekan ptptn tu boleh dapat balik juga?

    ReplyDelete
  37. nak tanya, pengesahan dokumen kena daripada mesti daripada universiti je ke, kalau dapat pengesahan daripada ketua kampung or pegawai gred2 tinggi boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengesahan utk salinan akui sah boleh je dari pegawai gred tinggi

      Delete
  38. Kalau sem1 saya dpt pointer 3.75 pastu dh msk sem2 ..sy dpt tawaran uni baru..sy juga dh guna duit ptptn sem1...untk pembatalan ptptn tu..sy kena bayar jgk ka atau boleh dapat pengecualian...Mohon penceraha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis belajar ke dan dah dapat first class ke?

      Delete
  39. Hi, boleh ke saya nak minta nama socmed (twitter/fb) untuk saya tanya soalan saya dgn kebih lanjut?

    ReplyDelete
  40. Hi nak tanya First Class Degree UTM still 3.67 ke? Dan semua fakulti kat UTM sama ke pointer untuk dapat First Class Degree?

    ReplyDelete
  41. Hi nak tanya, means pihak ptptn boleh tahu ye if ada bantuan kewangan yang bertindih?

    ReplyDelete
  42. Hiii sis, nk tnya, maybe out of topic. Saya tgh diploma di UTM, CGPA sekarang sem 5 : 3.64 , nnti bila dh kire keseluruhan dia akan naik or turun ye?
    Sbb saya kire yg total total all sem tu dia CGPA tu jadi 3.34. Dh grad nnti dia kire GPA sem 6 atau CGPA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CGPA adalah cumulative. average kesemua sem. kalau ada 6 sem. total GPA utk 6 sem then bahagi 6. itu lah CGPA kita grad. nak CGPA tinggi kenalah setiap sem perform. bukan hanya 1 sem sahaja

      Delete

Post a Comment

Popular Posts