Royale Chulan Chalet, Cherating

 Assalamualaikum...

Actually post ni adalah sambungan dari post Tasik Kenyir dekat sini. Balik dari Tasik Kenyir macam penat sangat pulak nak drive sampai ke Semenyih so aku decide untuk tidur dekat Cherating 1 malam. Pilih Royale Chulan Chalet sebab harga mampu milik RM250/malam include breakfast thanks to husband sebab bayarkan hehehe. Royale Chulan ada satu lagi iaitu Villa bersebelahan je dengan Chalet tapi naik ke atas bukit lagi and don't worry dia ada sediakan buggy. If Chalet takde lah sebab dekat je and landai. Rate harga Villa sekitar RM1k/malam..

Teringin sebenarnya nak tengok Cherating ni macam mana. Dulu dulu masa tengok cerita Senario Lagi kan diorang bercuti ke Cherating. Masa tu rasa macam bestnya Cherating. Dah lah masa tu kecik lagi jarang lah nak ke sana ke sini sesuka hati kan. So bila dah alang alang lalu sini kita bermalam lah sekali ye dak..

Kami check in dalam pukul 5 pm dapat bilik tingkat bawah 1104. Ada bangunan 2 tingkat ada yang 3 tingkat. Luckily dapat bilik bawah sebab jenuh lah nak naik tangga kan dengan maknya dengan anaknya dengan luggage nya. No security deposit. Sampai je letak barang dan terus cari pantai. Tak mandi sebab tak larat so nak tengok view je..

Royale Chulan Chalet

Alhamdulillah cuaca petang ni sangat cerah boleh lah round round chalet dan laut sambil tengok orang main surfboard. Dekat Cherating ni memang ramai eh orang main surfboard. Aku ingat musim hujan laut sunyi lah rupanya masih lagi ada orang. Mungkin kalau musim panas ramai lagi kott. Laut dia landai macam teluk so boleh lah bawak anak anak mandi and main pasir..

Mother Daughter OOD


Sunset Pantai Cherating


Nice view


Royale Chulan Villa


Ha itulah villa dia. Villa dia atas bukit and memang nampak view laut lah. Ada swimming pool. Chalet takde swimming pool. Kalau ada rezeki lebih and datang ramai sikit so boleh lah amik villa. Besar sikit. Chalet untuk 2 pax je okaylah. Masa tengah jalan jalan nampak lah orang tengah dengar briefing main surfboard. Ha kalau sape sape taktau surfboard tu apa tengok lah dalam gambar tu..


Surfboard practice


Malam takde aktiviti sangat. Kitorang round naik kereta pusing pusing pantai tapi agak suram ye malam di Cherating. Macam mati padahal ni malam minggu tau. Kedai pun suam suam kuku. Kitorang singgah kedai depan hotel je minum air tak makan pun sebab dah beli banyak makanan tadi..

Malam tu aku tido awal tapi sebelum tido sempatlah tengok sikit 3rd place match World Cup 2022 Crotia vs Morocco. Dekat tengah tengah Chalet dia bukak layar pasang match bola sepanjang World Cup. Malam tu hujan je sepanjang malam and sejukk..

Pagi pukul 730 am kitorang dah pergi breakfast. Kitorang kalau breakfast memang juara dan jadi yang terawal haha. Makanan macam biasa je and macam hotel hotel yang lain. Okaylah kan dengan harga hotel yang dah include sarapan tu..


Breakfast


Habis makan terus masuk bilik baring jap and kemas kemas dah untuk balik. Masih hujan dan tak dapat nak jalan sangat. Nasib baik petang semalam dah amik gambar haha. Otw balik singgah jap dekat area pintu gerbang Cherating untuk mak beli keropok lekor nak bagi jiran sorang sikit. Then terus balik Semenyih. Sepanjang jalan hujan on off singgah RnR Temerloh makan..


Bye Cherating!


Cherating ni best rasa macam datang nak santai santai okay lah kalau nak jalan jalan takde apa sangat. Boleh lah datang lagi ajak husband pulak tapi make sure time cuaca panas!

Thanks for reading. Bye!

Comments

Popular Posts