2D1N @ Maya House Boat Tasik Kenyir, Terengganu
Assalamualaikum...
Okay kalini kita bercuti jauh sikit ke Terengganu. Nak tunggu dapat naik cruise macam tak mampu. House Boat pun jadik laa. Benda ni semua mulanya masa kitorang balik Melaka lah. So cousin-cousin aku semua nak berjalan ke Terengganu sebab ada sorang pakcik aku tinggal kat sana. Tengah-tengah nak berjalan ke sana tiba anak dia sorang ni ajak bermalam kat House Boat Kenyir. Aku house boat tu apa pun aku taktau ye.. ngikut je.. tapi dengar macam best jugak hehehe..
So cousin aku booked house boat ni seawal bulan 11/2021 lagi ye dan nak perginya pada 24.6.2022 - 25.6.2022. Awal kannn.. haha sebab dia kata house boat ni penuh sampai bulan March. Then April dah puasa May dah raya makanya booked lah terus bulan June. Harga satu house boat ni RM2000/malam dilengkapi dengan semua benda dalam tu macam bilik air, jamban, dapur and 10 bijik bilik. Kiranya berbaloi pergi ramai-ramai lah cuma pastikan tak melebihi limit ye kang tenggelam pulak bot ni kang. Kitorang total dalam 9 family. RM200++ lah se family. Boat kitorang ni biasa-biasa je boleh aku katakan ala-ala asrama penuh je la. Kalau nak yang VIP Boat pun ada tapi harga pun double triple lah ye..
Kisahnya 2 3 minggu sebelum hari kejadian tiba-tiba one of cousin aku cakap kenapa tak booked time cuti sekolah 4.6.2022 tu sebab anak dia sekolah and dia cakap ni lebih kurang seminggu 2 sebelum tu je. ehhh dah tau anak sekolah kenapa tak bagitau awal-awal. takwim kan ada. Dah tu ingat senang nak tukar-tukar tarikh last minute? Geram lak kiteww. Sekali tanya penuh haa kauu adan uke. Tarikh asal pulak orang lain dah amik sebab nak cuti sekolah punya pasal. Cuti sekolah bulan 9 dah penuh tinggal bulan 12 jee adan uke lagi. Actually tu aku tak suka gi reramai nanti jadik camni laa tiba-tiba last minute nak tukar plan bagai. Hmmm...Okaylah sambung cite..
So tarikh baru adalah 16.12.2022-17.12.2022. Nak dijadikan cerita, 5 family yang dari Melaka tuu semua tak dapat join sebab anak sunat pulakk dah tu nak sangat cuti sekolah kan eii geram lah aku haaa pastu sorang lagi ehh kena kerja pulakk pastu sorang lagi ehh tak berani drive smpai Terengganu lah kalau takde peneman. Aku sikit lagi nak maki je tapi okay fine lantak korang yang penting lepas ni malas aku nak join korang. Better pi sendiri je. So yang ada aku ngan mak aku je laa. Kesian lah family Terengganu tu dah beria nak meraikan kita tapi hmmm. K fine sambung cite..
Aku amik cuti awal sehari dari 15.12.2022 hari Khamis sebab nak gerak ke Terengganu pagi tu. Pukul 9.00 am kitorang dah bertolak dari Semenyih. Percutian kalini ada aku, mak aku dan anak aku je. Laki aku takde sebab masih kat Sarawak on job offshore. Tak syok lah sebab takde sape nak jaga Aara hehe. Takpelah kita pergi je lah jalan jalan ye nak..
Macam biasa perjalanan makan masa around 7 jam campur behenti makan 2x. Sarapan dekat Semenyih dan berhenti rehat dekat Gambang. Dalam pukul 5.00 pm baru sampai Kuala Berang and malam tu tidur rumah Kak Mi. Actually nervous sebab sekarang ni musim hujan dan musim banjir. Aku tiap kali tu lah berdoa supaya holiday kalini berjalan lancar. Risau jugak kot jalan tenggalam banjir kang tak dapat balik ke kan..
Pagi tu dalam pukul 8.00 am dah bersiap keluar dari rumah Kak Mi and start gerak ke Jeti Pengkalan Gawi. Yang join ada 4 family je total dalam 20 orang termasuk anak anak diorang. Hujan on off. Pukul 10 am start naik boat and bergerak ke Air Terjun Saok. Bot yang kitorang naik ni nama dia Maya 2 Houseboat. Dekat sini banyak sangat company houseboat yang ada yang korang boleh riki riki harga. Maya ni kira mampu milik lah. 10 bilik lengkap dengan toilet luar dan 3 biji toilet dalam bilik ada dapur dan ruang makan. Harga terkini RM2200/malam..
Maya Houseboat |
Start bergerak |
Pit stop kitorang satu tempat je dekat Air Terjun Saok ni sebab satu malam je kan plus Apis petang baru bot laju hantar sebab dia kena jaga kedai dia dulu. Kitorang bermalam sini. Air terjun nya atas lagi. Kalau nak mandi kena mendaki lah tapi kitorang takde mandi pun sebab musim hujan kan dan malas nak hiking bagai. Bahaya sikit. So lepak bawah je. Budak budak ni mandi lah kat kaki air terjun tu and sekitar tasik. Main kayak. Aku ngan mak naik bot laju je dia bawak pusing pusing tengok tasik. Btw Tasik kenyir ni besar tau keluasan dia lebih kurang 3x Singapore. Nak mandi sila pakai life jacket sebab dalam ye air diaa..
Tengah hari tu masak sambal sardin, sayur dengan goreng ayam je. Bahan bahan makanan dah beli awal and bawak naik masak kat atas houseboat. Sambil makan sambil layan view. Lepas makan baring baring lah rahatkan badan. Dekat situ ada 2 houseboat yang akan bermalam dan ada 1 houseboat datang singgah main main air. Actually kalau booked 3 hari 2 malam lagi banyak aktiviti yang korang boleh buat and banyak tempat diorang bawak contoh macam Taman Negara and Air Terjun Lasir yang jauh sikit lah..
Ruang makan depan boat |
Kayak |
Dia punn nakk |
Malam tu kitorang buat BBQ. Aku tukang makan je. Apis dah perap ayam siap siap dekat kedai sekali ngan nasi goreng and dia datang bawak je malam tu. Tukang bakar dia ngan budak budak bot. Settle makan aku tidur ah plus anak aku mengamuk lagi. Dia ngantuk tapi tahan mata taknak tidur sebab orang ramai so dia excited lah. Yang lelaki kat sini aktiviti diorang mancing ikan, jala ikan and benda benda yang seangkatan dengannya haha..
Buat bara |
Dah boleh makan |
Mandi lagi |
Aara di Taman Herba |
Minuman herba |
Repeat! |
Comments
Post a Comment