Assalamualaikum...
Kalini nak cerita tentang staycation aku kat Tasik Villa International Resort, Port Dickson pada 30.10.2021 hingga 31.10.2021 pulak. For your info, aku datang kalini buat kali yang kedua. First time boleh baca dekat sini. Cuma masa ni aku pergi time pregnant 8 bulan. Kalini aku pergi masa anak aku dah pun 8 bulan. Kenapa repeat? Sebab aku rasa best. Masa haritu pergi ambik bilik Deluxe Jacuzzi. Kalini nak try ambik Family Villa pulak. Nak try pool sebab rindu nak berendam hahaha..
Villa ni terletak dekat Lukut, Port Dickson. Dari Kuala Lumpur sebelum sampai pekan PD akan jumpa Lukut dulu. Kawasan kampung je cuma dia buat cantik-cantik siap dengan tasik dan ada aktiviti sendiri dalam kawasan hotel ni. Staycation kalini aku pergi dengan satu family aku. Mak aku, abang aku, adik aku, husband aku dan anak aku. Amik Family Villa iaitu rumah kecik yang ada 2 tingkat. Harga RM480/malam booking di Agoda. Tingkat atas ada 2 katil single dan 1 katil king. Tingkat bawah ada dapur kecik dan ruang tamu. Kolam kat tingkat bawah belah belakang. So far aku memang suka ye tempat ni hehehe..
|
Berhadapan Pintu Family Villa |
|
Family Villa |
Check in macam biasa pukul 3.00 pm. Aku gerak dari rumah pukul 12.00 pm. Aku, mak and anje naik satu kereta. Abang aku dan adik aku naik kereta lain sebab esok diorang nak terus pergi kerja. Husband aku gerak dari Kluang. Singgah lunch dulu macam biasa then terus menuju destinasi. Sampai dalam 2.30 pm macam tu. Agak ramai sebab waktu puncak untuk check in. Perlu tunjuk sijil fully vaccinated baru boleh register masuk. Agak cepat jugak diorang buat kerja. Laju. Lepas check in terus pilih set breakfast untuk esok sebabnya breakfast akan dihantar ke bilik. Breakfast for 4 person..
Settle semua dalam 3.30 pm dan terus bawak kereta parking depan villa terus. Senang sebab barang boleh terus angkut kan. Petang tak buat apa pun cuma berkubang dalam kolam je. Husband masih belum sampai. Kitorang semua mandi kolam kecuali mak aku..
|
Dapur dan Tangga Naik |
|
Mini Dapur |
|
Private Pool |
|
Anje Ready!! |
|
Anje with Pakcu |
|
Babah dah sampai!! |
Selesai mandi baru lah husband aku sampai. Terus dia tukar baju dan berkubang while aku, anje and maknek pergi jalan-jalan dekat tasik depan untuk ambik gambar. Tengah syok ambik gambar hujan pulak so terus lah balik semula sebab anje nampaknya sudah mengantuk kepenatan berendam dalam kolam. Meh gambar sikit..
|
Anje with Maknek |
|
Princess Posing~~ |
Malam tu kitorang buat BBQ je dalam villa tepi kolam tu. Memang bawak siap-siap pemanggang elektrik dan induction cooker untuk buat steamboat. Aku beli kambing bakar Mamasab tu 2 bekas. Satu bekas RM 55/1.2kg. Adalah dapat dalam 7-8 keping satu bekas. Mak aku bawak siap-siap frozen dari rumah macam daging burger, hotdog and bola-bola untuk steamboat. Pukul 7.30 pm je kitorang dah start set up barang. Sambil masak sambil makan sambil lah aku mandi hehehe..
|
Steamboat Odeen |
|
Kambing Mamasab |
|
Tasik Villa Night View |
Malam tu kol 10.30 pm terus tumbang mengantuk. Anje pun longlai dah kepenatan mandi kolam sempai esok kol 8.00 am pun kena kejut bangun padahal selalu 6.30 am dah tercodak je kepala haha. Pagi tu breakfast sampai dalam pukul 8.30 am. Sambung masak steamboat dan bakar kambing untuk habiskan terus. Aku pun tidak melepaskan peluang untuk mandi sebelum bersiap nak balik. Kiranya yang asyik mandi aku ngan husband aku je yang lain tak heran pun kolam tu wahaha..
Habis makan and mandi kitorang pun berkemas-kemas lah untuk balik. Pukul 11.00 am abang dan adik aku terus pergi kedai. Pukul 12.00 pm kitorang pun check out. Btw kena letak deposit RM 200 dan akan dipulangkan masa check out kalau tak ada apa-apa barang rosak. Husband aku akan terus balik Kluang and kitorang balik Semenyih. Sebelum tu kitorang pun lajak ke Pengkalan Balak untuk jalan-jalan dan tak semena-mena aku terbooked satu Chalet ni dekat Linggi, Melaka hehehe..
Okay tu sahaja cerita kalini. Thank you for reading...
Comments
Post a Comment