Staycation @ Royale Chulan, Seremban

 Assalamualaikum...

Kalini nak cerita tentang staycation aku, mak dan anak aku di Royale Chulan, Seremban pada 4.12.2021 - 5.12.2021 haritu. Sekali lagi percutian kalini sekadar untuk rileks dan merehatkan minda selepas penat bekerja dan mengadap jammed di jalan. Kenapa pilih RC Seremban pulak kalini? Sebab kalau kitorang staycation bertiga je biasanya memang cari yang dekat sebab cepat sampai hehe. Rate harga hotel ni okay lah tak mahal sangat boleh dapat RM180/malam include breakfast booking di Agoda. Normally aku akan include breakfast di setiap penginapan aku sebab senang isi perut haha..

Macam biasa hotel zaman sekarang ni check in start pukul 3.00 pm. Lambat kan? Ingat lagi dulu-dulu ada yang pukul 1.00 pm atau 2.00 pm dah boleh check in. Sekarang kebanyakan hotel atau mungkin semua? rata-rata memang check in pukul 3.00 pm. Rasa rugi kat situ... dann sedikit pengalaman buruk kat RC, Seremban ni adalah servis check in dia yang membuatkan aku rasa nak maki berbakul-bakul..

Aku sampai hotel dalam 2.30 pm and aku tau start check in 3.00 pm. Maka aku beratur menunggu giliran. Bila sampai kaunter, receptionist mintak tunggu dulu sebab belum start check in. Okay aku pun tunggu dekat kereta kejap. Masuk pukul 3.00 pm aku terus masuk nak daftar sekali aku tengok line beratur panjang. Hmm okay aku pun beratur then dia bagi nombor giliran which is aku punya nombor 12. Kau bayangkan dah pukul 4.00 pm nombor yang dah daftar baru sampai nombor 5! Dann yang belakang dah sampai nombor 30 40 dah. Sangat slow.  Bila aku tengok dekat kaunter orangnya tak bergerak-gerak aku start tanya staff situ kenapa register slow sangat. Orang dekat lobby dah penuh. SOP entah ke mana. Sorry je lah pun yang aku dapat kan.. Then sampailah giliran aku lepas dah nak tercabut pinggang aku menunggu. Settle daftar.. ehhh tunggu kejap ye sebab bilik belum ready.. dalam 45 minit ke 1 jam kami akan call.. menguji kesabaran betul. Sampai aku tanya bayar mahal-mahal ni lambat sangat check in esok boleh tak saya nak keluar pukul 3.00 pm??! Of course lah dia kata tak boleh kann. Haaa geram akuu.. Dalam pukul 5.00 ++ lah baru dapat masuk..

Untuk mengelakkan percutian aku ni diselubungi mood yang buruk maka aku decide untuk bertenang dan teruskan dengan kehidupan hahaha. Sette dapat bilik aku terus daftar untuk mandi kolam petang tu jugak sebab esok pagi dah malas an. Bilik aku 408 aku mintak bellboy hantar trolley terus sampai pintu. Masuk bilik settlekan diri kejap terus siapkan diri sendiri dan anak untuk mandi kolam yeayy~~
Meh aku tunjuk gambar sikit..


Bathroom w Bath Tub

Baby Girl Mummy~

Main Building RC Seremban

Kolam Dewasa

Anje ft Kolam Baby


Anje w Maknek

Macam biasa pelampung itu wajib dibawa. Aku pulak siap dah beli baju renang ye untuk merealisasikan cuti-cuti Malaysia aku ni. Kolam ada dekat tingkat bawah sekali. Kecik je saiz kolam dia sebab tu dia had kan orang yang masuk and boleh mandi dalam 30 minit je pun. Kitorang kejap je lah tak rasa nak mandi lama-lama sangat sebab anak aku pun kecik lagi. Mak nya je yang teruja sebenarnya haha..

Settle aktiviti petang tu, malam nya ingatkan nak makan dekat restaurant hotel je sebab malas nak keluarkan kereta dan dah dapat parking cun. Malangnya dia cakap malam ni ala carte tak ada sebab ramai orang dan chef tak sempat masak. whatt.. hmm k fine aku pun carik makan luar je lah. Kitorang makan dekat Juara Char Kuey Teow, Sendayan. Kisah nya.... CKT dia tak sedap langsung dan aku kecewaa arghh smapai aku terpaksa order Chicken Chop pulak sebab nak sembuhkan hati yang luka ini..

Habis makan singgah kedai ayem jap hantar makanan and balik semula hotel dalam pukul 10.00 pm. Anje main-main kejap lepas tu aku tidurkan dia. Aku pulak ingatkan nak hirup-hirup kopi dulu. Last-last aku pun tewas bersama Anje dan terus tidur sampai pagi. Nasib baik nak pergi breakfast pagi tu.. kalau tak semua memang sambung tidur sampai tengah hari haa..

Breakfast pagi tu agak ramai. Aku turun dalam 7.15 am macam tu.  Nasib baik dapat meja hujung-hujung so aman sikit nak makan. Makanan dia biasa-biasa je tak menarik sangat. Punya tak menarik sampai nak amik gambar banyak-banyak pun terlupa. So takdelah gambar buffet breakfast di Royale Chulan Seremban hahaha.. Pastu pulak tengah makan anak aku muntah kat nasi lemak aku and kat atas meja jugak. Jadi breakfast aku pagi tu agak huru hara. Mom's life~~~~

Habis breakfast then naik bilik sambung bawak anak aku mandi dalam bath tub pulak. Nak turun kolam malas an so bath tub pun boleh laa. Mula-mula anak aku gayat lah jugak last-last dia yang taknak keluar smpailah air shower tersembur kena muka dia baru lah dia trauma nak sambung mandi kikiki..

Settle mandi then bagi anak aku tidur kejap sambil mummy nya lepak minum Nescafe pastu terus lah kemas-kemas and bersiap untuk balikkk. Pukul 12.30 pm call receptionist mintak hantar trolley and terus check out macam biasa. Sebelum balik pergi PD dulu jalan-jalan dekat Pantai Cahaya Negeri. Pukul 3.00 pm teruslah pulang ke sarang di Semenyih.

Overall staycation kalini kureng sikit compare dengan yang lepas-lepas sebabnya servis di Royale Chulan, Seremban ni agak tak bagus lah. Slow dan slow. Tapi hmm untuk bercuti satu malam aku anggap okay je lah kann and nak bagi 2 star sahaja hehehe..

Thanks for reading. Bye...

Goodbye Royale Chulan

Anje w Mummy 

Comments

Popular Posts