Staycation @ Pulse Grande, Putrajaya
Assalamualaikum...
Kembali lagi dalam kisah staycation again and again. Agak kerap sikit review staycation hotel tahun ni sebab bila dah 40% pulih dari Covid-19 ni rasa macam we need to live our life to the fullest. Masa tak akan berpatah balik. 2 tahun hidup dengan Covid ni membuatkan semua orang rasa kehidupan berhenti seketika. Arhh sedih taknak ceita.. kita fokus dengan kisah percutian kalini..
Kalini aku pergi dengan suami dan anak aku pulak. Bertiga jugak. Pergi pada 24.12.2021 - 25.12.2021. Destinasi pilihan adalah di Pulse Grande, Putrajaya. Macam mana boleh pilih hotel ni? Taktau laa ni pilihan husband aku sebab dia cakap cantik and dia pun nak berehat tenangkan minda macam aku selalu buat jugak so search Agoda tengok harga macam okay. RM 280/malam include breakfast. Hotel ni formerly known as Shangri La Putrajaya and now management dah berubah-ubah so nama terbaru dia Pulse Grande Putrajaya. Dannnn aku baru tau kewujudan hotel ni. Pulak tu kedudukan hotel ni ada dekat tengah-tengah bulatan Putrajaya tu. Kalau siapa-siapa tau Putrajaya memang kenal lah dengan bulatan ni. Aku ingatkan bulatan tu ada pokok je. Tak sangka pulak wujudnya sebuah hotel kat situ. Agak menyeramkan pulak bila ada beberapa kawan aku kata jalan nak masuk ke hotel ni agak menakutkan dan sunyi hahaha adoilaa.. Namun disebabkan itu hati aku berkobar-kobar nak jugak try hotel ini..
Macam biasa check in pukul 3.00 pm. Aku gerak dari Semenyih dalam pukul 12.40 macam tu kot sebab nak lunch dulu. Pikir punya pikir okaylah kita lunch di Putrajaya je lah. Dalam kepala aku dah terbayang nak makan dekat Laman Putra. Dekat area sebelah pejabat PM tu. Sampai-sampai je ambik lah gambar se das dua then pergilah ke tempat makan. Sekali tengok eh ada 2 stall je bukak. Stall air pun tak bukak so macam mana nak makan kan kalau air takde maka tak jadik lah makan situ round tempat lain pulak lah. Aku kalau kat Putrajaya ni tempat makan pun taktau mana sangat..
Laman Putra with Mummy |
Babah dan Anje |
Maka aku pun menuju ke bangunan Perbadanan Putrajaya tu. Aku ingat lagi kat situ ada kedai makan area bawah tangga tu. Silap jugak pergi time tu orang baru lepas habis Solat Jumaat area masjid besi tu. Bila tengok situ agak ramai and baby chair pun takde so tak jadik lah pergi tempat lain lah. Last-last kitorang makan dekat bawah hotel Dorsett kedai mamak Line Clear boleh laaa buat alas perut..
Habis makan terus pergi hotel nak check in. Masuk area bulatan tu okay agak sunyi penuh pokok je tapi nasib baik siang so nampak lah jugak keindahan tu. Sampai dekat lobby hotel okayy cantik jugak hotel nii. Aku park kereta kat bawah sikit and aku pergi naik check in dulu. Proses check in sangat laju dan smooth. Tak sama langsung macam Royale Chulan Seremban. dalam 3.15 pm je dah dapat kad. Aku bawak kete singgah drop off lobby and letak barang dalam trolley and terus pergi park kereta dekat parking lot. Then naik buggy untuk ke hotel semula..
Boleh intai masa mandi |
Petang tu takde apa sangat cuma kitorang bertiga pergi mandi kolam. Ambik slot kolam pukul 5.45 - 6.45 pm. Kolam dia agak best jugak and agak besar. Husband aku mandi dengan anak aku dekat kolam kecik while aku berendam dekat kolam besar. Last-last kitorang semua pi berendam dekat kolam besar sebab nak ambik gambar. So far so goodddd and bestttt..
Pool Dewasa |
Pool Kanak Kanak |
Menarik seat dia.. |
Then balik bilik rehat jap and bersiap untuk keluar malam tu. Malam tu decide nak naik grab je pergi Dataran Putra sebab malas nak keluar parking nanti balik parking susah nak cari. Maka naiklah kami grab ke sana. Permulaan yang indah hahaha. Round-round tengok budak bermain-main. Mula-mula ingat nak makan situ. Dulu bawah tu sebelah tasik ada kedai rupanya skang dah tak wujud hmmm tak dapatlah nak makan. Dah lah tak bawak kete. So beli air botol orang jual tepi jalan je lah dengan mangga botol tu..
Bila dah pukul 9.15 pm okay jomlah balik. Rupanyaaaaa.... dataran dah tutup takleh kereta masuk. Dia bukak satu pagar je untuk kereta dalam yang keluar. So macam mana nak ambik grab?? Sebab pick up point dekat area dataran.
Grab pertama:
Dia call mintak cancel sebab jauh katanya. Okay aku pun klik cancel.
Grab kedua:
Dia call. Cik jalan dah tutup saya takleh masuk. Hmm kitorang dah start menggelabah.
Masa ni dah cakap ngan husband jom gerak ke depan sikit area pintu tu tutup so kereta takyah masuk area dataran. Masa ni seram jugak. Ikutkan situ jalan gelap. Dah lah bawak anak sian dia dah berpeluh haha..
Grab ketiga:
Tunggu agak lama. Ingatkan kalini berjaya. Sekali dia call kata jalan dah tutup area roundabout jambatan tu. Kira kitorang tunggu belah utara. Grab datang dari selatan. So jauh lah untuk kitorang jalan kaki ke sana. Okay terpaksa cancel..
Pikir punya pikir jalan lagi ke depan supaya grab yang received order tu nanti datang area bulatan dan bukan jambatan. Kitorang berhenti dekat tengah and order..
Grab keempat:
Dia tanya dah ready ke. Aku jawablah dah tengah berpeluh ni haa. Sekali dia call kata jalan depan tutup. Okay rupanya dia tutup jalan dari depannn lagii. Arghh stress. Aku pun mintak driver tu tunggu and kami akan berlari ke sana. Risau kalau dia pergi cemane kitorang nak balik..
Okay akhirnya berjaya jugak sampai ke hotel dengan selamat. Sobs rasa nak nangis. Last-last order pizza guna foodpanda je la. Anak tido and kitorang pun makan dengan tenang sambil berjujuran air mata kegembiraaan hahaha..
Esoknya macam biasa 7.30 am kitorang turun cafe untuk buffet breakfast. Package include dalam RM 280 tu. Agak best sebab tak ramai orang. Aman je. Tapi makanan dia okay lah biasa-biasa je takdelah sedap sangat walaupun hotel bertaraf berbintang-bintang. Restaurant dia nama Palm Hill Cafe. Habis breakfast cam biasalah bergambar lah sikit-sikit.
Buffet Breakfast |
Lobby |
Kitorang ada booked pool pukul 8.45 am tapi husband aku kata malas lah nak turun bagi anak mandi dalam bath tub je lah. So okay lah boleh lah mummy kemas-kemas. Anak aku pulak happy mandi taknak keluar-keluar dari bath tub sampai pukul 10.00 am. Lepas mandi siap-siapkan dia and bagi dia tido. Punya letih sampai kena kejut bila dah nak check out. Macam biasa amik trolley then tinggalkan jap and naik buggy ke parking lot untuk ambik semula kereta..
Tengah haritu malas nak balik terus sebab awal lagi. Dah lah rumah dekat sekangkang kera je. So decide nak pusing-pusing. Jumpalah satu tempat ni nama Monumen Alaf Baru. Aku tau je tempat ni selalu lalu tapi tak pernah singgah sebab macam takde apa. Tapi dah alang-alang sampai ni singgah je lah kan untuk ambik gambar. Lunch terus situ sebab ada cafe kat situ. Okay jugak lah menarik. Then nampak ada shop lot kedai-kedai kat seberang tasik cuma taktau camne nak pergi. Habis makan round-round oh rupannya nama tempat tu Ayer 8 dekat Lebuh Wawasan. Banyak kedai baik pi makan situ je semalam haha..
Babah dan Anje di Monumen Alaf Baru |
Love |
Mummy dan Aara Naura |
Okay so far hotel ni best. Cantik. Servis menarik. Boleh lah repeat tapi mahal lah jugak an. Korang kalau nak try boleh try. Worth every penny. Hehe. Okay thank you for reading. Bye..
Comments
Post a Comment