Staycation @ Palm Garden Resort IOI, Putrajaya

 Assalamualaikum...

Harini nak cerita sikit pengalaman menginap di Palm Garden Resort IOI Putrajaya 16.10.2021 hingga 17.10.2021 haritu. Bila kita semua dah lama PKP terperap di rumah so terfikir nak bawak mak dan anak pergi jalan. Tempat yang paling mudah dan baby friendly dah tentu lah tidur di hotel kann. Aku namakan percutian ni 'Percutian Mummy, Anje dan Maknek' hehehe..

Aku book bila Perdana Menteri kita dah annouce sektor pelancongan dah dibuka, rentas daerah dah dibenarkan, majlis sosial dah dibenarkan beroperasi. Aku pun ambik kesempatan ni untuk bawak anak aku yang dah 8 bulan masa ni tapi jarang keluar rumah sampai tiap kali nampak orang lalu je mesti nangis ketakutan. Sian anje mummy ni. Rate harga hotel ni masa aku booked di Agoda ialah RM150/malam tak include breakfast. Heliconia Room with balcony. Ini kira masih murah sebab baru buka semula. Sekarang bilik yang sama dekat Agoda dah RM 400. Fuh..

Banyak Pokok

View dari Balcony

Heliconia Room

Kitorang tido satu malam je sebab yelah sekadar untuk rileks dan berehat bersama orang tersayang. Lagipun rumah kitorang dekat Semenyih je. 30 minit dah sampai. Check in pukul 3.00 pm so kitorang gerak dari rumah dalam pukul 1.00 pm jugak sebab nak singgah makan. Sampai dalam pukul 3.00++ then boleh terus check in. Aku tambah breakfast for 2 person sebab masa booked tak include breakfast. Harga dia RM 31/pax. So okay lah aku rasa..

Takde apa nak cerita sangat sebab memang tak buat apa pun kat sini. Cerita sekadar kenangan. Petang tu kitorang just keluar ambil gambar je sebab resort dia agak cantik. Bangunan dia rendah-rendah dah nampak english-looked gituhh. Lalu kolam pun untuk ambil gambar je. Kitorang tak mandi sebab anje pun kecik lagi tak reti nak mandi. Satgi last-last mammy nya yang berkubang kang..


Mummy & Anje

Maknek & Anje

Habis bergambar kitorang terus naik bilik dan siap-siap sebab malam nanti babah anje kata nak datang. Husband aku duduk and kerja kat Kluang. So masa ni dia ada hal dekat Seremban so dia lajak lah naik Semenyih. Malangnya dia takleh tidur sini sebab bilik untuk dua orang je hihihi. Maka dia datang malam tu untuk belanje dinner sahaja. Yihaa..

Kitorang dinner dekat retoran dalam hotel ni je. Aroi Dee Thai Restaurant nama dia. Harga standard hotel lah kan. Makan pun biasa-biasa je makanan Thai. Habis makan babah anje bawak jalan-jalan Putrajaya tapi jalan jammed ye so pusing sikit je terus balik. Dah ngantuk..

Pagi tu takde aktiviti pun. Hanya makan breakfast. Breakfast kat sini ada masa dia sebab masih ikut SOP tak boleh ramai-ramai dalam satu tempat. So dia bahagi kan kepada 3 slot. 7 am - 8 am. 8 am - 9 am dan 9 am - 10 am. Aku amik slot 8 am - 9 am lah. Makanan dia so far okay je. Rasa tu takdelah sedap sangat. Sedap lagi makcik tepi jalan punya nasi lemak. Tapi kuantiti banyak jugak and banyak station. Station buah dia pun banyak buah dia sediakan. Station roti pun best. Coffee pun best. Ah semua lah best hahaha..

Main Breakfast

Roti

Salad and Fruits


Habis breakfast masuk bilik anje sambung tidur and lepastu terus siap-siap untuk check out. Dalam 11.45 am panggil trolley naik and terus lah kami pun balik. So far hotel ni best. Kalau dapat harga bawah RM 200 tu kira berbaloi lah. Kalau dapat harga mahal aku rasa tak payah lah. Kolam dia pun bersaiz besar. Saiz bilik okay besar kalau nak seludup 2 orang lagi pun okay je bentang toto kat bawah. Aku bagi 4 star lah sebab tiada yang sempurna di muka bumi ini hehehe..

Balik dari staycation ni aku terus bercadang nak buat hotel hopping at least sekali sebulan nak tidur dekat hotel yang dekat-dekat sekdar untuk rileks dan berehat. Nanti aku cerita lagi..

Thank you for reading..


Comments

Popular Posts