Babymoon di Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Assalamualaikum...
Hai semua. Harini nak cerita pasal percutian satu malam aku dan suami aku di Port Dickson pada 09.01.2021 hingga 10.01.2021 and kitorang namakan percutian ni as Babymoon Staycation lah ye memandangkan masa ni kandungan aku dah cecah 8 bulan hahaha..
Macam mana kitorang decide pasal percutian ni? Actually last kitorang bercuti masa September 2019 kat Medan Indonesia. Lepas tu dah start covid and PKP semua. Habis PKP aku start pregnant so kitorang tak sempat lah nak berjalan lagi. Tengok pulak dekat instagram ramai member bercuti sana sini sooo aku pun cadang lah kat suami aku nak pergi bercuti jugak hahaha. Aku nak pergi tempat yang dekat sebab dah malas nak travel and nak duduk hotel je taknak berjalan sangat pun. Masa cadang ni dalam bulan September..
Aku pun start lah search nak ke mana. Yang aku tau aku nak pergi PD tapi taktau nak tidur mana. Aku macam nak berendam dalam kolam so nak ada private pool lah. Carik Lexis Hibiscus fuh macam mahal sangat untuk kami yang marhaen ni satu malam dalam RM 800. Search Grand Lexis untuk tarikh kitorang nak pun dah RM 600 satu malam. Then ada kawan suggest resort baru nama dia Tasik Villa International Resort and ada certain bilik yang ada private pool..
Maka aku pun teruskan pencarian. Yang ada pool adalah Family Villa which is sesuai untuk family dalam 4 atau 5 orang. Sejenis villa dua tingkat dan ada pool sendiri. Memang cantik. Cuma untuk kitorang berdua agak terlalu besar. Ni nanti lah kita bercuti satu family. Satu malam RM 450 hingga RM 500. Dekat sini ada macam-macam jenis bilik. Ada water challet jugak. Then aku decide untuk ambik Deluxe Room yang ada jacuzzi besar hahaha nak jugak tu berendam dalam air. Satu malam RM 300 tak termasuk breakfast pada mulanya..
Nak dijadikan cerita kitorang book hotel ini untuk tarikh 07.11.2020 dan 08.11.2020 tapi malangnya negeri Selangor dan KL dikenakan PKPB waktu ni dan larangan rentas negeri. Husband pulak kat Johor. So macam mana nak datang kan. Fikir-fikir call hotel minta tunda and dia bagi pilih tarikh baru so husband pilih lah 05.12.2020 dan 06.12.2020 dan malang sekali lagi PKPB masih ada waktu ni dan kitorang tak dapat nak teruskan percutian ni. Husband call lagi hotel. Kalini aku cakap nak cancel je sebab taktau PKPB ni bila akan habis kan. Hotel kata takleh refund sebab aku book ni through Booking.com yang non-refundable. Haih macam mana kan aku lama lama nak beranak dah. Then pikir punya pikir aku cakap kat husband tukar bulan 7 je lah anniversary terus tapi hotel kata lambat sangat tu dia suruh bulan 1 jugak. Husband pun pick je lah tarikh 09.01.2021 and 10.01.2021 tu sambil redha hahaha..
Kebetulan yang sangat kebetulan aku ada kursus dekat Melaka pada 04.01.2021 sampai 15.01.2021 selama 2 minggu so ada weekend tengah tengah tu. Alhamdulillah tarikh yang randomly pick oleh husband aku tu jatuh kat weekend tengah tengah tu. So boleh lah teruskan percutian ni yihaaaa..
So tibalah hari yang dinantikan selepas mukadimah yang panjang berjela jela jela niii. Check in start pukul 3.00 pm agak lewat lah. Husband kerja separuh hari masa ni. Gerak dari Johor pukul 12.00 pm and sampai Melaka untuk ambik aku lebih kurang 2.30 pm. Kitorang singgah makan kat Alor Gajah sekejap and bungkus cucur udang sikit buat minum petang nanti hihihi..
Sampai dekat Tasik Villa dalam pukul 4.30 pm dan terus check ini. Tasik Villa International Resort ni terletak dekat Lukut and dekat nak ke arah Sepang dah. Kawasan dia memang ada resort ni sorang je. So kat dalam resort ada aktiviti dia sendiri lah. Masa check in rupanya receptionist kata booking kami dah include breakfast for 4 pax. Mak aihhh banyaknya nak makan. Breakfast akan dihantar ke bilik start pukul 8.00 am smpai 10.00 am so kitorang terus pilih menu untuk breakfast..
Kami naik bilik letak barang then baring baring ambik gambar kejap sambil makan cucur udang dulu. Bilik besar. 2 katil king. Bawah pun masih lapang boleh bentang toto. Bilik air ada 2. Satu untuk membuang hajat. Satu lagi buang hajat sekali dengan bilik mandi and bersambung dengan jacuzi luar. Jacuzi pun besar untuk 2 orang sekali masuk. Ada TV ada sofa ada wardrobe, iron, bath robe, peti ais, microwave and banyak lagi..
Dalam pukul 5.30 pm lepas kemas kemas solat apa semua kami pun turun untuk round area Tasik Villa. Kitorang ambik gambar je. Public pool ditutup. Aktiviti lain masih ada macam paddle boat dekat tasik. Boleh sewa basikal and motor elektrik jugak. Kitorang tak buat apa cuma round dan ambik gambar. Meh lah tengok sikit gambar kami hihihi..
Lepas penat bergambar kitorang ingat nak keluar kejap beli makanan untuk makan malam. Sekali lalu kat sebelah restoran hotel ni. Kitorang macam nak try makan sini je. So kitorang masuk lah tanya restoran bukak tak untuk dinner. Dia kata bukak and boleh pilih sama ada untuk dine in atau hantar ke bilik hihihi. Ingatkan nak hantar ke bilik tapi husband kata makan kat situ lah sebab cantik deco boleh ambik gambar. Maka kitorang pun order lah siap siap makanan untuk makan pukul 8.00 pm nanti..
Pukul 8.00 kitorang turun and makanan dah hampir ready. Aku makan Fish and Chip (RM 26). Husband aku amakan Chicken Chop (RM 26) dan 2 Iced Chocolate (RM 15 each). Bagi aku harga dia okay lagi tak terlalu mahal cuma air dia je cawan kecik bertangkai tu. Tak puasss. Portion besar jugak sebab kitorang kenyang betul malam tu haha..
Table Decoration |
Tengah tengah makan tiba tiba waiter hantar lilin weh hahaha terus jadik sweet candlelight dinner macam honeymoon pulak rasa. Gambar makanan tak sempat ambik. Sibuk buat story IG je. Overall okay dinner kitorang. Rasa sweet and best hihihi..
Lepas makan ada show air pancut kat tasik. Ada boat besar orang naik dalam tu ada meja meja. Siap ada pakcik and makcik menari lagi dengar lagu tu. Kitorang tengok sekejap and ambik gambar sikit. Lepas tu terus naik masa ni dalam pukul 9.30 pm macam tu kot..
Dah sampai bilik tiba lah masa yang dinantikan oleh kami iaitu mandi jacuzzi hahaha. Suruh husband tadah air. Campur air panas dan sejuk. Dalam pukul 10.00 pm kitorang mandi. Besttt sangattt. Siap ada adegan tak disangka. Rupanya tub tu dia ada air pancutan kat tepi. Terkejut tiba tiba air menyembur ingatkan rosak. Aku dah terjerit jerit dah. Last last husband aku tutup suis so terpadam lah lampu lampu dalam jacuzi tuuu..
Aku keluar jacuzi dalam pukul 10.30 pm je sebab macam dah lama sangat dah rasa. Sejokkk.. Terus bersiap untuk tidur. Before tidur kitorang lepak dekat balkoni sambil minum nescafe. Kat bawah masih bising dengan suara budak budak dan suara orang karaoke. Dalam pukul 12 ke pukul 1 macam tu kitorang pun ready untuk tidur..
Esoknya lepas subuh terus bangun sebab dah lapar. Nak tunggu sarapan. Husband aku duduk balkoni tengok villa depan dah dapat diorang punya sarapan tapi sarapan kami tak sampai lagiii. Kami lapar. Elok sambung baring tiba tiba dalam pukul 8.30 am ting tongggg sarapan sudah sampaii. Seronoknyaaa..
4 Sets Breakfast |
Kitorang makan semua 4 pax breakfast tu. 2 set nasi lemak rendang ayam. 2 set western style breakfast. Makanan dihantar bungkus macam ni sebab kan SOP Covid ni lah. Semua guna pakai buang je. Kalau tak dia akan hantar dalam pinggan macam tu. Cawan pun semua dia bagi cawan kertas je sebab senang nak buang..
Lepas makan nasi lemak kitorang sambung berkubang dalam jacuzzi lebih kurang sejam macam tu. Aku keluar dulu tapi husband aku syok sangat mandi taknak keluar keluar ha sampai aku kena panggil naik sebab dah nak check out daaa..
Kitorang ada beli bath bomb yang campak dalam tub then dia dissolve macam panadol soluble tu. Beli dah lama sebab macam teringin haha. Aku beli warna purple blue macam unicorn. Pastu masa nak mandi pagi ni ingatkan nak mandi bersama bath bomb lah pastu tiba tiba rasa macam seram takut badan bertukar warna biru haha. Last kitorang mandi dulu dah habis mandi baru campak bath bomb tu sebab nak buat video. Masa campak tu ingat dia dissolve laju rupanya sendi je weh. Mungkin bath bomb tu kecik and jacuzzi tu besar kot hahaha..
Bath Bomb |
Habis mandi tu kitorang kemas kemas and ready untuk check out pukul 12.00 pm. Sedih sangatttt sebab rasa macam percutian ni seronok sangattt. Mandi jacuzi. Spend time dengan husband. Picit picit badan aku yang dah sakit ni. Lepas ni jumpa husband sebulan lagi entah entah masa tu dah beranak kot... Sedihnyaaaa..
Meh tengok sikit kawasan Tasik Villa International Resort ni sebelum balik...
Bangunan Utama Tasik Villa |
Family Villa |
Water Challet |
Paddle Boat Activity |
Lunch kami singgah di Cowboy Place area Teluk Kemang makan nasi kukus ayam panggang. Then lalu lah kat area Teluk Kemang. Ya Allah ramai sungguh ye macam Covid ni dah habis hahaha. Kitorang tak turun pun sebab serabut sangat and takut. Lepas makan terus gerak balik Melaka hantar aku balik ke tempat kursus semula..
Sebelum hantar aku singgah kat Pangkalan Balak jap minum teh ais then baru sambung perjalanan. Sambil sambil tu husband aku nak cari kampung Azfarheri hahaha. Suprisingly jumpaaa weehhh betul betul tepi jalan so kitorang patah balik untuk ambik gambar hahahaha. Kitorang dua memang peminat Azfarheri kehkeh..
Dalam pukul 4.00 pm sampai tempat kursus and husband tido and rehat sekejap dalam bilik aku sebelum bergerak pulang ke Johor pukul 8.00 malam. Sedih betul nak akhiri percutian kalini. Moody sungguh.. Memang confirm akan repeat!
Balik je bercuti esok sambung kursus and petang tu ada pengumuman oleh PM kita bahawasanya PKP bermula semula 13.01.2021 huhuhu nasib baik sempat jugak datang PD..
Balik je bercuti esok sambung kursus and petang tu ada pengumuman oleh PM kita bahawasanya PKP bermula semula 13.01.2021 huhuhu nasib baik sempat jugak datang PD..
Okaylah ni je perkongsian kalini. Doakan aku selamat beranak ye!! Jumpa lagi..
Comments
Post a Comment