Room Deco Bilik Sendiri 2.0

 Assalamualaikum..

Okay post kalini adalah kesinambungan dari post yang terdahulu yang boleh korang baca dekat link ini.. Dekat post tu dah panjang berjela aku cerita tentang kisah bilik pink aku tuu..hihi

So kalini nak cerita tentang deco yang terbaru..
Bermulanya kisah macam ni.. February haritu mak aku renovate rumah sebab nak tambah satu bilik and nak besarkan ruang tamu so sambil tu kemaskan lah bilik aku. Pasang ceiling, tukar pintu, tukar lampu dan kipas, cat warna baru dan yang seangkatan dengan nya laa..

Saiz bilik ke kedudukan bilik ke apa tu sama je cuma cantikkan dalam je..

So kalini kurang sikit membebel sebab korang boleh baca description dekat dalam setiap gambar..


Btw buai tu sebenarnya buai anak aku tido. Ada dua besi buai satu dekat atas satu dekat bawah sebab takkan nak angkut besi pulak kan. Cuma motor dia aku alih alih lah bila siang bawak turun bila malam bawak naik. Tapi sekarang ni malam anak aku dah tak tido buai pulak. Dia lebih lena tido dekat atas tilam dia so besi buai kat bilik ni dah takde function lah kan haha..

Nak jual besi buruk belum masanya lagi. Kot nanti adik dia pulak nak guna ke kan.. So simpan je lah duluu walaupun sakit mata tengok..



Okay ni dressing table mak mak lah. Simple takde barang. Lebih ekonomi sebab senang berpindah pindah hihi. Tak banyak benda pun atas tu sekadar barang peribadi yang utama sahaja..



Okay ni area study table. Nampak banyak barang tapi aku sentiasa kemas lah. Mata aku serabut lah tengok barang bersepah. Besi buai masih lagi mengganggu pemandangan..



Btw cadar patchwork ni best tau. Takpayah nak sentiasa tegang kan dia sebab dia tak mudah kedut. Cuma bila bangun pagi tu just tarik tarik sikit je. Cadar fitted with comforter dulu aku suka lah tapi sekarang macam dah malas pulak pakai mcm tu. Mungkin nak tukar angin nanti aku pasang yang tu pulak lah kot.. Tapi patchwork terbaik...



Okay last nak tunjuk area tempat susu Aara je. Ni dekat depan pintu bilik aku. Senang malam malam nak bancuhkan susu anak aku. Susun kemas kemas. Janji mata tak sakit hehe..

Okay rasanya ni je lah room tour aku versi gambar tanpa movement haha. Tak lah luas dan cantik tapi selesa untuk aku dan anak aku bila duduk dalam bilik..

Tunggu lah rumah aku siap haaa aku buat house tour pulak haha.. Ntah bila lah nak siap tu..

Thanks for reading.. Bye!

Comments

Popular Posts