Setelah 8 Bulan Berkhidmat as Penjawat Awam di JKR

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Post harini sekadar nak bercerita pengalaman setelah 8 bulan berkhidmat sebagai penjawat awam di Jabatan Kerja Raya. At least ada gambaran sikit untuk sesiapa yang nak tahu and nanti kalau dah masuk takdelah terkejut sangat ye hihi. Apalah yang terkejut sangat tu ye....

Aku start berkhidmat 05.10.2020 haritu. Sekarang dah lebih kurang 8 bulan. Even dah ambik cuti bersalin 3 bulan tapi perkhidmatan masih dikira selama 8 bulan jugak so kira layaklah nak bercerita eh.. haha dengar je laa pengalaman ni ye tak..

Aku sebagai Jurutera Awam J41 mula ditempatkan di Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat di Ibu Pejabat JKR. Dalam Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Unit Perkhidmatan. Skop kerja aku banyak melibatkan urusan permohonan dan pengesahan. Secara ringkas aku akan memproses permohonan cuti yang panjang contohnya Cuti Sakit 90 Hari, Cuti Sakit Barah, Cuti Tanpa Gaji etc. etc. permohonan tuntutan perbelanjaan, permohonan tanggung kerja, urusan persaraan, urusan pengesahan pegawai termasuklah pengesahan pelantikan, pengesahan perkhidmatan dan pemberian taraf pencen..

Bila dengar skop kerja aku mesti korang tertanya kan. Aku kan Jurutera Awam dah kenapa skop kerja macam tak berkaitan je tuuu. haaaa.. ye memang tak berkaitan hahaha tapi itulah hakikatnya..

Dekat JKR ni mostly pegawai memang dalam Skim Kejuruteraan contohnya Jurutera/Arkitek/Juruukur Bahan. Kami akan ada rotation dan setiap pegawai mmg kalau boleh akan diletakkan di bahagian pengurusan jugak. Cuma aku dapat awal sebab masa mula mula masuk aku memilih pengurusan am sebagai preferance aku..

Kenapa aku pilih pengurusan am? Sebabnya aku suka dan minat kot. Aku lebih kepada management even masa universiti dulu pun.. Kira rezeki jugak lah and aku terima dan suka kerja aku sekarang ni.. walaupun ada benda yang tak menarik tapi aku taknak cerita. Aku nak cerita yang best je kat sini hihi..

Aku nak cerita tentang unit aku lah iaitu Unit Perkhidmatan. Dalam unit ni ada pecahan lagi dan aku ada team aku yang membantu aku untuk urusan yang aku sebut dekat atas ni. Peranan aku kat sini sebagai pegawai penyemak. Aku akan semak semua permohonan yang dihantar melalui cawangan dan disediakan oleh staff aku untuk aku semak dan hantar pulak ke bos sehinggalah sampai ke Pengarah/KP/KSU

Ha basically tugas aku macam tu lah and still jugak ada tugas lain as tugas sampingan. Semenjak masuk dari bulan 10 tahun lepas tu kan Malaysia busy dengan PKP lah PKPB lah so aku sebenarnya masuk office 2x seminggu je sebab tak boleh nak ada 100% kedatangan ke office and perlukan penggiliran. Full kehadiran masa bulan 3 haritu tapi masa tu aku cuti bersalin and bila start masuk office je dah PKP semula..

Okay apa perasaan aku lepas dah kerja selama 8 bulan kat sini? 
Aku seronok. Dia macam masuk ke dalam jiwa aku kot sebab aku minat. Maksudnya baru sekarang aku sedar aku suka kerja macam ni berbanding kerja fully engineer..

Cuma yang pastinya aku masih engineer dan mungkin beberapa tahun lagi aku mungkin akan di transfer ke cawangan lain kan. Yang tu aku taktau lah macam mana kisahnya lagi cuma buat masa sekarang ni aku suka lah kerja aku..

Kenapa aku suka? Selain dari skop kerja. Ada banyak perbezaan bila bekerja as pekerja swasta dan penjawat awam. Penjawat awam ni kerja dia lebih teratur. 
Lebih teratur macam mana tu?

Skop kerja kau lebih terperinci. Kau takde nak buat kerja yang bukan dalam skop tugas kau. Kalau kena buat pun akan ada arahan lain iaitu penanggungan kerja dan akan ada bayaran untuk penganggungan kerja tu. Bukan buat free free..

Kerja kau 5x seminggu 8 jam sehari. Kau takkan diganggu luar waktu kerja. Kau cuti pun takkan ada orang ganggu. Itulah yang bestnya berbanding kerja dengan swasta kau kena bagi masa kau 24 jam sehari untuk company..

Waktu kerja akan ada thumb print lah of course. Aku akan masuk awal pukul 7.30 pagi supaya pukul 4.30 aku boleh balik sebab aku taknak meredah jammed kat jalan. So takkan ada siapa yang halang kau balik pukul 4.30 tu walaupun bos kau. Takde budaya salah bila balik awal..

So ni je lah cerita aku supaya korang yang cari tu dapatlah gambaran kerja as penjawat awam ni macam mana kan..

Nah aku bagi satu selfie masa dekat office..hehe..
Thanks for reading.. 
Bye..

Berkhidmat Untuk Negara


Comments

  1. Tumpang tanya. Kerajaan ni waktu bekerja dia flexible ke? Kalau masuk lmbt balik lambat , masuk awak balik awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. flexible antara 730 pagi sehingga 9 pagi. kalau masuk 730 boleh balik 430. masuk 750 balik 450. kalau masuk sebelum 730 paling awal boleh balik still 430. takde lagi awal. tapi last waktu masuk adalah 9

      Delete
  2. assalammualaikum puan...saya ditawar untuk lantikan tetap Penolong Jurutera JA 29 elektrik
    dan minta dilapor diri pada 4 oktober 2021 di ibu pejabat kkr..Pertanyaan saya kira bila lapor diri saya berkhidmat di KL dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. masa lapor diri akan dapat form penempatan

      Delete
  3. Assalamualaikum. Tumpang tanya. Kalau J41(Elektrikal) boleh pilih preference pengurusan jugak ke atau lebih kepada handle projek yang berkaitan dengan elektrikal?. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di JKR. mmg skim J akan terlibat dia bahagian pengurusan

      Delete
    2. Salam puan , maaf tny .. utk tempoh lantikan simpanan hanya sah laki dia setahun shja kan atau pihak spa akan pggil je bila2 masa apabila ade keksongan .. maaf ye sbb sy pun salah satu calon simpanan

      Delete
    3. ikut pada pihak spa. kadang2 setahun lepas tu burn. kadang2 dia panggil jugak. ikut pada bajet kerajaan juga

      Delete
  4. The best casino games available on Android and iOS
    Looking 김해 출장안마 for a great casino app? 나주 출장안마 At 안동 출장마사지 JTM Hub, we 의왕 출장안마 have all the casino games you need to have online 안양 출장마사지 on Android, iPhone, iPad.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts