Pengalaman Pemasangan Implanon Sebagai Kaedah Perancang Keluarga

Assalamualaikum..

Okay harini nak bercerita tentang pengalaman aku memasang rod implanon sebagai alat perancang keluarga. Aku rasa ramai kot tahu tentang benda ni terutamanya pada pasangan yang ingin mengehadkan jumlah anak atas sebab-sebab tertentu..

Terdapat banyak kaedah perancang keluarga yang boleh dapat sekarang ni seperti dalam gambar yang akan tunjuk dekat bawah ni:


Nak aku explain satu satu ke? Tak perlu rasanya korang boleh faham gambar dekat atas ni. Kaedah no.5 tu sesuai untuk pasangan yang dah tak nak anak lagi kemungkinan disebabkan faktor kesihatan atau faktor usia. Kaedah no.3 lebih dikenali sebagai IUCD (Intrauterine Contraceptive Device) iaitu sebuah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk menghalang persenyawaan daripada berlaku. Kaedah no.2 dan no.1 semua orang tahu kan? So tak perlu lah aku cerita lagi.. 

Post ni aku nak cerita tentang kaedah no.4 iaitu mencegah kehamilan melalui hormon. Terdapat 3 perkara yang boleh kita pilih seperti pengambilan pil perancang, pemakaian implan dan jugak melalui suntikan depo setiap 3 bulan sekali.. 

Dan aku memilih kaedah pemasangan implanon. Sebab apa? Sebab aku tau aku bukan seorang yang consistent untuk jaga waktu makan pil. Takut kang terlepas nak makan..nayaa.. Suntikan depo pun sama jugak perlu hadir ke klinik kesihatan setiap 3 bulan untuk mendapatkan suntikan which is aku malas..hihi..

Implanon ialah implan perancang keluarga yang saiznya lebih kurang batang mancis dan diletakkan di bahagian bawah lengan. Ia membebaskan hormon progestin yang menghalang kehamilan daripada berlaku..


Kenapa taknak merancang melalui kaedah semulajadi? Kan mudah. Takde gangguan hormon..
Hmm berat soalan ni..hahaha.. Sebabnya aku takot ada unexpected pregnancy. Kaedah semulajadi ni peratusan nak berjaya sangat rendah so aku taknak ambik apa apa risiko sebab nanti fizikal dan mental aku yang merana..

Kenapa nak mencegah kehamilan? Anak ni kan rezeki. 
Yes betul anak ialah rezeki dari Allah. Cumanya.. kita mampu ke nak bertanggungjawab sepenuhnya dekat setiap anak kita? Kalau ada 10 anak mampu ke kita layan 10 anak tersebut secara adil? Bab pemakanan, pemakaian, pendidikan dan sebagainya.. 
Jangan pandai buat anak tapi kebajikan anak tak mampu nak jaga. Bukan anak yang mintak dia dilahirkan tapi kita parents yang memilih untuk melahirkan anak.. so fikir fikirkan..

Aku dah survey dan fikir untuk menggunakan kaedah implanon ni lama dah semenjak mengandung lagi. Survey banyak klinik untuk nak tengok harga. Akhirnya dah jumpa dah klinik yang affordable dan dekat. Klinik ni jugaklah aku buat detail scan dan 3D4D5D scan. Klinik apa? Uniklinik cawangan Semenyih..

Okay 3 bulan lepas lahirkan Aara aku masih belum pasang implanon ni lagi. Aku pun masih belum bersama lagi so takdelah takot tapi lama lama rasa mcm dah kena start pakai ni kalau tak bila lagi. So buat appointment untuk pakai pada 11.06.2021..

Sebelum pakai memang aku nervous teruk. BP aku kemain mencanak tinggi. Berdebor. So masuk jumpa doktor adalah consultation sikit dengan doktor. Boleh tanya apa yang kita nak tanya. Insyaallah doktor akan jawab..

Aku tanya lama tak nak pasang? Sekejapp je dalam seminit dua dah siap.. Kita akan dibius dulu supaya kebas dan rod akan dipasang menggunakan alat sebelum rod tersebut released di bawah lengan kita.. Boleh tengok gambar dekat bawah ni.. 


Harga?
Dekat klinik ni pemasaangan implanon berharga RM580 dan ubat tahan sakit RM5 (tak makan pun ubat ni sebab tak sakit) dan UPT RM20. Akan ada pregnancy check menggunakan UPT sebelum proceed pemasangan in case kalau korang mengandung tanpa sedar pulak ke kan.. So total RM605. Ye aku sanggup leburkan RM605 untuk merancang kehamilan.. huhu

Side effect?
Okay masa mula mula aku decide nak pasang implan ni.. ramai kawan kata jangan pakai sebab nanti hormon tak stabil. Badan lesu. Badan cepat naik. Yes aku tak nafikan. Nama pun kaedah melalui hormon so confirm sedikit sebanyak akan effect badan kita. Tapi benda ni bergantung kepada individu. Penerimaan badan orang lain lain so kita je kenal badan kita. Kalau rasa badan cepat naik rajin rajinlah diet dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Effect sama jugak macam ambil pil dan suntikan. Sama..
So.. kitalah kena decide sendiri..

Okay implan ni akan kekal dekat badan kita selama 3 tahun. Sebulan sebelum tarikh expired kita bolehlah datang semula klinik untuk keluarkan dan pasang semula yang baru jika nak sambung. Kalau taknak sambung bolehlah terus bukak dan try to conceive..

After bukak implan ni nanti.. badan kita akan ambik masa untuk stabilkan semula hormon. Mungkin akan ambik masa sebulan dua bulan malahan setahun pun ada. So rileks sambil trying to conceive semula ye. Jangan stress bila tengok eh aku tak mengandung lagi.. 

Kaedah perancang implanon ni mempunyai 99.9% keberkesanan so tak perlu lah nak takut terjadinya unexpected pregnancy. Aku bukan apa.. circle aku banyak sangat nak merancang sendiri secara natural tapi akhirnya kecundang. Anak baru 5 bulan 6 bulan dah mengandung.. Kesian kat anak and kesian kat diri sendiri jugak.. yang mengandungnya kita perempuan..bukannya lelaki..

Harap perkongsian kalini dapat lah sedikit sebanyak ilmu untuk korang yang carik posting ni ye. Kalau korang betul betul nak merancang.. aku suggest pakai lah implanon ni.. tak perlu peduli kata orang..

Goodluck and Thanks!!

Comments

Popular Posts