Room Deco Bilik Sendiri

Assalamualaikum...

Hmmm well dah lama tak jenguk blog ni sebab takde benda nak cerita. Memandangkan sekarang tengah musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau MCO (Movement Control Order) hmm nak panggil mana satu ek. Aku sebut MCO je lah eh sebab PKP dah nampak macam nama parti politik pulak hahaha.. Okay sambung.. Memandangkan sekarang tengah MCO ni aku nak cerita satu topik hangat netizen iaitu deco atau hias bilik!!

First of all cerita ni bukan untuk memberitahu bilik aku lawa ke apa ke sebab bilik aku biasa je atau untuk memberi sebarang tips ke. Oh tidak tidak.. Ia hanya sekadar aku nak bercerita sebab ye lah kan tengah bosan tak boleh keluar rumah huhuhu...

Okay aku nak cerita pasal bilik aku kat semenyih ni a.k.a bilik aku kat rumah mak aku. Bukan bilik kat rumah sewa ye sebab rumah sewa kita biasher biasher je... Okay sambung.. Sebelum tu aku mulakan dengan sejarah bilik ni lah eh hahaha adoii macam macam.. Bilik ni masa kekecik aku share ngan adik lelaki aku. Dalam bilik ni ada 2 katil single dan cat nya warna peach and ada border line bunga bunga kat tengah tengah. Ala zaman tu border ni tengah in waktu tu so of course lah mak aku yang buat border border tuu.. And biasalah tak lah nak deco lawa lawa sebab kecik lagi pastu share bilik pulak tu. Masa tu kat dinding penuh aku tampal kata kata semangat lah.. kad raya lah.. lukisan aku lah.. penuh.. dah lah tampal pakai gam. Malangnya aku takde gambar sebelum...

Pastu masa sekolah menengah macam tu aku ambik bilik ni sorang sorang. Adik aku biar pergi tidur kat bawah ke mana mana lah hahaha. Takde mana pun. Dia masuk bilik abang aku je. So dah ada bilik sendiri masa tu benda pertama aku buat ialah tukar katil single tu ke katil queen!! Yeahhh I'm the Queennnn... Cuma of course lah masa tu duit babah. Aku kan masih bergelar pelajar sekolah huehehehe..

Maka bilik itu macam tu lah seadanya sampai lah aku dewasa yeee.. Cuma aku cabut yang tampal tampal tu tapi kesan gam tu ada lah kan. Buruk ye bilik ada kesan tampalan macam tu. Jadinya kesedaran nak cantik kan bilik datang bila aku dah nak kawin. Almaklumlah nak bawak masuk husband dalam bilik kan hihihi.. Aktiviti membetulkan bilik ni sebenarnya ada dua fasa hmmm nak cerita ke tak eh nanti panjang pulak... hmmmm nak cerita jugaklah...

Fasa pertama masa sebelum kawin. Benda pertama aku buat mestilah cat bilik! Mula mula aku nak pasang wallpaper kat dua belah dinding bilik. Masa tu bapak aku kata dalam tahun depan nak renovate rumah kat belah atas so masa tu confirm lah aku nak join buat ceiling bilik aku kan. Nanti wallpaper kena cabut macam bazir pulak. So fikir punya fikir.. cat je lah semua senang. Nanti kalau renovate baru pasang wallpaper. Niat asal nak warna hijau pastel sebab aku memang minat hijau dari baby ye.. tapi sebab nanti lepas renovate baru nak pakai hijau tu so skang warna lain lah dulu.. maka fikir punya fikir suruh babah carik warna light pink! 

Dengan tiba tibanya masa cat itu dibawa pulang ke rumah.. rupanya cat tu warna striking pink huhuwaaaaa.. Nak stress pun macam takde function. Nak suruh tukar macam rasa bersalah pulak. Dalam hati cakap lah takpe nanti renovate rumah boleh tukar warna huhuuuu.. So.. teruskanlah sampai siap..

Masa siap Allahuu pink sangat ye bilik. Rasa macam lampu neon. Mak nak pujuk aku dia kata nanti dia buatkan tirai dekat satu side wall tu warna putih haha. Aku pun on je lah. Nak tengok warna bilik aku? Macam ni...

Tadaaa.. Without Edit!!

Dah settle semua bawak masuk balik perabot yang perlu sahaja contohnya katil dan tilam aku.. dressing table.. penyangkut tuala sejadah tu.. dan wardrobe baju.. Yang tak perlu kau tau mana aku campak? Kat bilik mak akuuuu haha. Ada 5 storage box dan 3 kotak biasa. Dalam tu dipenuhi buku buku dan bahan bacaan aku. Selain kotak tu yang aku letak kat bilik mak aku adalah 2 rak buku 3 Tier dan 1 study table.. Sebab tu lah terjadinya fasa kedua yang aku akan cerita kejap lagi..

So skang bilik aku simple lah comel tapi bertahan 2 bulan je. Pastu bila kawin banyak hadiah kawin aku angkut semua masuk bilik dan bilik aku pun jadi sempit. Lepas tu aku pregnant aku malas nak kemas and susun hadiah aku biar kan lantak haha. Then tiba tiba tilam rasa tenggelam sebab masa ni pakai tilam lama yang murah tu. Then katil pulak bengkok hahahaha macam macam hal... Aku bentang toto tido kat lantai bila time balik rumah mak..

So.... lepas miscarriage aku rasa aku perlu cantikkan and susun baru bilik aku ni sebab aku akan selalu duduk sini dan aku nak selesa! Masa ni husband pindah Johor dan aku stay rumah mak aku ni.. Mak pulak asyik suruh aku ambik barang yang aku letak kat bilik dia sebab dia kata bilik dia dah semak dengan barang aku hahaha okay mak okay...

Fasa dua bermulalah.. 
Cat masih sama. Aku start dengan tukar katil dan tilam. Kebanyakannya guna duit suami dan subsidi dari babah. Aku? hihihi biasalah kesayangan suami dan daddy's princess hihihi.. I love youuuu.. Okay okay sambung..

Beli divan bed. 2 bijik. Satu lagi untuk bilik bawah. Sebijik katil RM300 aku carik kat facebook. Okaylah taklah teruk. Sederhana besar. Tilam pulak aku nak beli yang tebal. Tapi baru lepas beli tilam Vono untuk rumah sewa dalam RM1k lebih so duit tengah sedih masa tu maka yang ni kita beli yang biasa biasa je lah ehh.. Biasa dia pun harga RM570 jugak.. hmmm bolehlaaa..

Then pasang aircond untuk menambahkan nikmat hidup. Before ni takde aircond. Masa nak beli aircond aku suruh babah ngan mak pergi survey and beli sebab aku busy kerja. Budget kitorang RM1k maximum sebijik. Ambik jenama Midea pun aku on lah.. Sekali babah beli Panasonic. Dia kata dia tak percaya brand lain hahahaha.. Harga nya RM1200+ ada inverter.. Babah suruh bayar RM700 je hihihi babah baik..

Langsir pulak aku tukar sebab before ni langsir cream and putih. Then langsir tu terlebih panjang lepas pasang aircond so tak dan nak potong bawah. Malas pulak so amik langsir rumah sewa aku kat Saville. Ngam size dia okay. Warna pun kena. Hitam merah hahaha gelap ye bilik aku waktu siang..

Then aku susun balik dressing table. Dressing table ni mak aku belikan masa aku kawin. Sebelah dia aku bawak masuk study table. Okay study table ni lama dah usia dia. Masa aku form 3 lebih kurang 15 tahun yang lalu ye. So surface dia bercalar calar and gelembung tak lawa lah. Ingat nak buang je nak beli baru. Still nak ada sebab nak main laptop kan... tapi fikir fikir macam tak baik membazir kan so guna je lah. Kita edit permukaan dia dengan barang dari Shoppee!! Dah masuk Shoppee tu hmm mestilah terbeli benda lain sekali kan kihkih. Aku beli table finishing.. lampu tidur.. and kerusi baru.. hihi.. Semua ni nanti aku bagi gambar ye..

Depan katil aku cuma ade dalam 1.5 kaki je lepastu terus almari baju. Takde ruang sangat pun. Sebelah almari baju tu letak penyidai tuala and sejadah lepastu laundry bag. Settle! Simple je bilik aku. Kecik comel aum aum jee.. Oh ye ade 2 rak buku 3 Tier tu satu aku letak sebelah katil buat side table satu lagi sebelah almari baju. Buku buku aku still dalam kotak aku biarkan. Tunggu kat rumah sendiri nanti aku nak bukak library mihmihmih..

Okay tengok gambar pulak.. Aku edit warna dia untuk bagi effect menawan ye.. Nampak suci dan lembut.. haha

Okay ni full bilik.

Sebelah katil tu dah ade dressing table dengan study table. Adalah dalam 4 kaki. Nak bubuh rug bulu tapi masih on the way tak sampai lagi.. Nampak langsir putih belakang katil? Itulah dia tirainyaa.. Nampak macam ala ala princess gittuuu.. Eh...

Okay tu diaaa.. Kerusi baru masih belum sampai...

Okay zoom in sikit lampu tidur.. Surface meja dah tukar!!

Okay nampak sikit Eiffel Tower

Okay untuk menambahkan lagi effect keayuan bilik tu. Aku gubah bunga mak aku yang ada dalam stor tu. Sebab bilik aku awal awal takde bunga tak ayu lah kan. So dapat lah dua jambak bunga. Satu atas study table.. Satu lagi sebelah katil.. 

Okay ini bunganya!!

Okay settle dah bilik aku. Musim musim MCO ni memang best ye duduk dalam bilik sambil renung masa depan. Then malam baring sambil on lampu tidur feeling feeling princess.. hihihihi syok tauuu.. And yang kata nak renovate tu rasanya macam tak jadik. Sebab babah baru meninggal hampir 2 bulan da.. Sesiapa yang baca ni harap sedekahkan Al Fatihah untuk arwah babah Ahmad Hisham Ashardin. Terima Kasih guyssss...

So warna tu aku redha je lah kot kann.. Inilah warna yang babah pilih! 
Semoga berjumpa lagi guysss.. Bye!

Comments

Popular Posts