Second Pregnancy Journey: Pengalaman First Trimester
Assalamualaikum..
Alhamdulillah aku dah masuk second trimester lebih kurang 18 weeks. Alhamdulillah semoga baby and mummy sihat-sihat sahaja. Aminnn..
So kalini nak cerita pasal pengalaman first trimester aku. Sekarang ni nak kata dah full sihat tak lah kot sebab still ada muntah kalau macam makan tak betul atau lewat makan tapi boleh aku katakan aku dah feeling better compare dari awal-awal haritu..
Morning sickness aku start dari 6 weeks. Aku start tau aku mengandung masa 4 weeks time delay period. Dua minggu yang pertama ni takda rasa apa. Rasa biasa je makan apa semua okay. Masuk 6 minggu terus datang sickness tu. Aku rasa aku lebih kepada night sickness kot hahaha. Bila malam memang flat habis. Nasib baik masa ni tak kerja. Boleh lah rehatkan badan..
Boleh dikatakan hari-hari dan setiap masa akan muntah. Perut masuk angin macam bergas-gas dalam perut. Bayangkan setiap sejam akan rasa lapar yang teramat sangat tapi tak lalu nak makan. Cuba bayangkan nak makan apa tapi semua rasa tak lalu. Lepas makan muntah makan muntah. Sampai sakit-sakit perut and tekak aku. Sampai menangis tanpa sebab..
Masa raya haji aku tak dapat ikut husband aku balik Kuantan sebab tak larat nak hadap jammed. Masa ni mabuk aku teruk lagi lebih kurang aku 9 minggu masa ni. Last-last aku ikut mak aku balik Melaka je sebab dekat and tak jammed. Pelik bila sampai Melaka mabuk aku hilang. Aku fikir hmm mabuk aku dah habis ke ni? Betul ke ek. Sekali balik je rumah semula datang balik mabuk tuuu. Mak aku kata sebab perubahan angin so badan rasa sihat sikit..
So hari-hari aku diteruskan dengan melepet kat atas katil. Satu kerja rumah aku tak buat hahaha. Aku duduk dengan mak aku kat Semenyih sebab husband suruh teman mak and mak boleh teman aku. Husband aku masih kerja di Kluang..
First timester aku memang aku rasa sangat tak larat ye sampai dah cakap terus dengan laki aku anak kedua tunggu 5 tahun lagi hahaha. Serius ni memang aku tak sanggup. Aku sampai rajin ajak mak aku tido hotel walaupun pergi rumah makcik kat Rawang je tapi still nak tido hotel. Sebab bila kat tempat selain rumah aku rasa badan aku sihat tak muntah. Demand betul ye hahahaha..
Sickness aku beransur kurang aku rasa masa masuk 14 weeks. Kurang sikit-sikit lah. Tak seteruk dulu tapi 3 atau 4 hari sekali mesti akan ada muntah. Makan ubat pun muntah..
Mungkin inilah pengorbanan seorang ibu. Kena lah kuat kan demi anak mummy dalam ni. Bila mabuk rasa macam anak mummy sihat kat dalam ni. Semoga anak mummy membesar dengan sihat dan kuat ye!
Perjalanan first trimester yang agak mencabar tapi menyeronokkan. Semoga sickness ni beransur sihat dari hari ke hari...
First Trimester |
Comments
Post a Comment