Percutian ke Lumut with The Makciks

 Assalamualaikum..

Okay harini nak cerita pasal percutian kami ke Lumut, Perak pada 25.09.2020 hingga 27.09.2020. Siapa kami tu? Of course la the makciks which is makcik-makcik aku sebelah babah. Macam mana percutian ni tercetus? Btw mak aku sorang je ipar dalam percutian ni and yang lain semua adik beradik perempuan babah. Makcik-makcik aku ni selalu lah rasa nak berjalan tapi tak berkesempatan mungkin sebab anak-anak busy apa semua kan. So mak aku ada lah sebut apa kata kita yang perempuan ni je berjalan tanpa suami dan anak masing-masing hahaha. Actually mak aku semenjak babah dah takde ni barulah boleh nak ke sana ke sini sebab before ni kan babah sakit so takleh berjalan jauh sangat. Cumanya mak aku bagi cadangan berjalan ke PD je lah sebab dekat and siapa boleh join okay and siapa tak boleh takpelah..

Sekali makcik-makcik aku plan pergi Lumut sebab ada dua orang makcik aku stay area sana hahahaha pastu yang kena drive mak akuu. Okay so takpelah kan. Mula-mula yang join memang makcik-makcik sekali mak aku kata nak bawak aku sebab nanti aku tinggal rumah sorang. Dah lah aku tengah pregnant kan so mak aku risau hehehe..

Maka bila dah ajak aku kereta mak pun dah jadi tak muat so makcik aku ajaklah anak dia, Iya untuk drive kereta satu lagi. Akhirnya percutian ni dah tak jadik makciks lah sebab dah bercampur-campur. Sekali Mak Adik pun cakap nak ajak Cik Edi ikut haha. So yang join percutian ni ialah Mak Ngah, Mak Yang, Mak dan aku, Mak Su and anak menantu dia Iya, Nena dan Wida, Mak Adik dan Cik Edi, Mak Andak and anak dia Yana dan last sekali Mak Ana dengan charge satu kepala RM 200..

Okay nak cerita lah satu kisah ni hahaha. Yang in charge untuk cari hotel ialah Mak Yang pastu dah booking lah hotelnya dekat Dindings Apartment Desair Lumut. Murah memang murah. Sekali aku bacalah review and review dia sangat menyeramkan ye hahaha. Lobi pun tak diselenggara dengan baik apa semua pastu benda-benda yang menyeramkan lah kat situ. Aku pun apa lagi bagitaulah cousin aku untuk diwar warkan kepada makcik-makcik hahaha maka akhirnya makcik aku cari hotel baru hehehe..

So last-last kitorang stay di The Garden Vacation Home which is sejenis homestay lah..




Jumaat (25.09.2020)

Okay kitorang gerak pagi 25.09.2020 dan berkumpul kat Bukit Beruntung rumah Mak Su and nak bergerak pukul  10 pagi. Dalam pukul 10.15 kitorang pun gerak. Gerak dari sini 2 kereta. Kereta Iya ada aku, Nena and Wida. Kereta mak ada semua makcik iaitu Mak Yang, Mak Ngah dan Mak Su. Mak Adik dengan Cik Edi gerak asing..

Iya kata nak singgah Petronas isi minyak sekali aku nampaklah Tealive so aku pun pergilah beli ngan Wida. Lama nak tunggu Tealive tu siap sekali Mak Su call tanya kenapa lambat. Mak Yang dah marah wehh hahaha. Mak Yang kira macam pengerusi majlis lah and macam pengawas. Lari timing sikit dah kena marah hahahaha adoii..

Dalam pukul 11 mulalah perjalanan yang sebenar benarnya. Singgah makan area Teluk Intan sebab aku dah kebuluran. Aku makan nasi lemak yang Mak Su order je. Then sambung perjalanan and sampai dalam pukul 2 petang. Sebelum smpai tu sempatlah sesat sebab Mak Yang waze tunjuk salah tempat pastu aku ambik alih lah bukak maps haa baru lah sampai ke rumah sebenar.. 

Masuk rumah letak barang and baring lah kejap. Satu bilik ada kitorang yang muda-muda. Satu bilik untuk makcik-makcik. Satu bilik untuk Mak Adik and Cik Edi. Lepas Mak Andak dengan Yana sampai dalam pukul 4 lebih kitorang keluar semula pergi makan kat gerai ni atas saranan Mak Andak kata sedap. Emm bolehlaa ada yang sedap ada yang tak. Not bad..

Posing sikit lepas makan

Lepas makan kitorang gerak Teluk Batik nak ambik gambar sambil beli topi pantai aku hahaha. Kat sini lama tunggu makcik-makcik dok bergambar je. Nah lah kita biarkan gambar berbicara..

Sorang pun bolehh


The Makciks


Cik Edi sesat sorang laki


Okay lah cukup lah tu. Lepas penat bergambar kitorang gerak pergi Lumut sebab Mak Adik nak belanja baju kelawar untuk bergambar malam tu. So semua dapatlah sorang satu baju kelawar. Kat Lumut ni pun ambik gambar jugak lah kan takkan takde gambar. Actually makcik-makcik yang semangat bergambar. Kitorang tak sangat sebab malas haha..


Makciks againnn


Motherkuuu


Okay habis dah sesi bergambar kitorang terus balik tak singgah makan punn. Sis kecewa sebab lapar hahaha. Mungkin dah kepenatan sangat kot sebab seharian bergambar. Nasib baik kat rumah ada nasi lemak yang masih elok so aku pun makan lah nasi lemak tu and air milo..

Malam tu kitorang ambik banyak gambar pakai baju kelawar tapi tak boleh nak upload sebab tak berapa sopan semua nampak lengan hahaha so yang tu simpan sebagai kenangan je lah. Tapi comel tauu semua pakai kelawar. Gambar makcik-makcik paling hot macam orang muda bergambar..

Dalam pukul 10 macam tu Mak Ana pun sampai. So Mak Ana tak sempat join Kelawar's Night haha. Malam tu aku tido dalam pukul 1 jugak lah lepas makan maggi apa semua. Makcik-makcik semua tak tido yeee. Ada yang sempat tido sejam dua je taktau lah apa dorang borak kan tuu sampai habis semalaman..

Sabtu (26.09.2020)

Pagi tu pukul 6 dah bangun sebab surau betul-betul sebelah rumah so awal aku terjaga ye. Dalam pukul 8 Pak Andak datang hantarkan nasi lemak dan roti canai yang dah dipesan. Aku pun isi lah perut sebelum start aktiviti. Aku makan nasi lemak sebungkus and roti canai sekeping. Then terus siap and keluar rumah dalam pukul 9.30 pagi..

Destinasi pertama kitorang ke Teluk Batik. Ehhh Teluk Batik lagiiii hahaha memang takde tempat lain ye kau nak gi kat sini selain Teluk Batik dan Lumut. Mak Yang nak carik seluar pantai untuk Pak Yang sebab tu pergi Teluk Batik. Sampai-sampai parking kitorang tunggu lah mak mana tak tiba-tiba. Rasanya kereta mak kat belakang kitorang je. Aku pun call hmm rupanya dah landing kat kedai minum air kelapaaa..

So kitorang pun terus ke kedai minum kejap. Aku pun sempat lah ambik gambar satuuu kihkih..

Ambik lah satu buat kenangan..


Lepas tu kitorang pergi Aeon Manjung je lah sebab Mak Su kata nak carik kain kembang nak lawan Mak Adik. Last-last datang Lumut pergi Aeon macam lah kat KL takde hahahaha..


Mak Ngah, Mak Yang, Mak Su, Mak Ana, 
Mak Andak, Mak, Mak Adik


Masuk Aeon aku rasa berejam gak lah dok carik kain tu. Aku duduk je kat kerusi sebab kepenatan. Maklumlah bukan aku yang shopping sebab kalau aku yang shopping automatik aku ada tenaga. Masalahnya yang shopping tu bukan Mak Su ye tapi hampir semua makcik shopping termasuk lah mak aku yang sempat grab 2 helai kain hasil hasutan aku..

Habis sesi membeli kain kembang kitorang terus gi makan kat Foodcourt sebelah tu je. Aku makan set nasi goreng apa ntah nama. Janji kenyang. Lepas makan terus balik tapi hujan kemain lebatt yee. Sampai rumah dalam pukul 2 jugak lah aku terus sambung tido sampai pukul 4..

Petang tu kitorang keluar. Mak Andak kata nak bawak pergi Hutan Paya Bakau. Emm aku tak minat hutan-hutan ni. Aku dah pikir nak tunggu dalam kereta je. Sekali sampai-sampai hutan tu tutup taktau pasal apa. Dah lah penuh monyet takut akuuu..

Maka Mak Andak tukar destinasi ke Marina Island. Yang ni kira jeti kedua untuk ke Pulau Pangkor lah. Jeti baru selepas jeti yang dekat Lumut tu. Tapi ada tempat lepak-lepak lah kat sini untuk ambik gambar apa semua. Makcik-makcik tidak melepaskan peluang untuk bergambar..


Marina Island 


Makciks penatt..


Makciks againnn


Habis sesi bergambar dekat sini kitorang terus pergi makan malam dekat Medan Ikan Bakar Marina Bay. Kitorang sampai dalam pukul 6 petang so dapatlah makanan awal. Kitorang order ikan siakap bakar berlada 3 ekor, udang sambal untuk 15 orang makan, sotong goreng tepung untuk 15 orang makan, telur dadar 3 biji, tomyam seafood 3 mangkuk dan air tembikai 3 jag. Semua sekali dalam RM 380 lebih lah. Lepas makan aku kekenyangan tak boleh bergerak..

Sampai rumah dalam pukul 8 malam kot. Takde apa sangat malam ni. Mandi and terus lepak-lepak je. Mak aku macam biasa dok depan tv tengok keputusan PRN Sabah. Sambil-sambil tu kitorang dok sembang mana nak bercuti lepas ni hahaha..

Malam tu aku tido awal jugak dalam pukul 11. Semua makcik pun tidur awal mungkin sebab keletihan semalam tak tido dok menyembang. Lena aku tidur kesejukan malam tu..

Ahad (27.09.2020)

Okay ni hari terakhir sebelum balik. Aku bangun pukul 7 pastu aku tengok Mak Yang dah siap settle semua. Beg dah letak luar kauu aku apa lagi terus kejut diorang semua bangun takut nanti kena marah dengan Mak Yang hahaha. Dalam pukul 8.30 kemas-kemas barang letak dalam kereta and ambik gambar. Hari last ni aku pakai baju ala kadar je tudung pun tudung sarung sebab malas dah. Ayah Ajib dah sampai dah satu family untuk ambik Mak Ana bawak balik..


Full House 1.0

 
Full House 2.0


Full House 3.0


Okay habis bergambar perut aku dah kebuluran. Makcik-makcik masih gigih bergambar then Iya ajak gi makan dulu kat mamak depan tu haha. So kitorang je lah gerak dulu. Sume makan roti je sekali Yana sebut mee goreng satuu haa tekejut kauu haha. Nasib baik takde mee goreng so dia pun order je lah roti kosong..

Lepas makan kitorang pergi Lumut nak beli satay-satay untuk bawak balik. Sebelum beli satay harus lah makcik-makcik bergambar dulu. Aku takde gambar sangat sebab tak lawa..


Mummy 1.0


Mummy 2.0


Mummy 3.0


Banyak jugak mak aku bergambar. Ada lagi gambar ngan makcik-makcik tapi cukuplah ni. Habis bergambar kitorang borong lah satay nak bawak balik. Habis lah jugak dalam RM 92. Pastu kitorang terus bergerak balik tapi hantar lah Mak Andak dulu. Masa ni dah pukul 11 pagi jugak lah..

On the way balik kitorang singgah kejap rumah Wan kat Teluk Buluh. Wan ni adik beradik atok. Singgah lah dalam 45 minit kot lepas tu gerak balik and kitorang semua dah kebuluran. Lunch di Sabak Bernam. Habis lunch semua menuju ke destinasi rumah masing-masing. Aku dengan mak terus balik Semenyih. Mak Adik bawak Mak Ngah terus hantar sampai rumah. Mak Yang tumpang Iya balik Bukit Beruntung sebab kereta Mak Yang park situ..

Oh lupa nak cerita. Ingat tak aku cerita apartment berhantu Desair tu hahaha. Masa kat Lumut kitorang lalu lah kat apartment tu. Memang seram tau. Buruk dan sendu. Macam maintenance tak dijaga. Parking lot pun macam gersang. Kira aku buat pilihan yang bijak lah untuk meng war war kan pasal apartment tu hahahaha. Fuh nasib baikk..

Overall percutian ni okay and best. Takde benda-benda yang tak diingini berlaku. Semua smooth and steady. Dah boleh lah rancang next trip pulak haha. Cuma bukan dalam masa terdekat lah. Penat....

Comments

Popular Posts