Persediaan Lapor Diri sebagai Jurutera Awam KKR

 Assalamualaikum...

Haritu dah cerita pasal temuduga. Dah cerita pasal status bertukar ke lantikan tetap. Sesiapa nak baca boleh klik dekat label yang ada kat bawah ni ye..

So harini nak cerita pasal persediaan lapor diri pulak. Apa yang aku buat and berapa lama masa yang di ambil untuk proses ni. Awal bulan Julai dapat email dari SPA tentang status tawaran. Masa ni perlu prepare Borang Medical Check Up, Borang Akuan Sumpah dan Borang Setuju Tawaran. Tarikh lapor diri masih belum dinyatakan dan perlu tunggu surat tawaran dari kementerian pulak..

Kisahnya.. masa ni aku baru start pregnant so aku agak mabuk teruk dan takde mood nak buat semua benda ni and dalam hati asyik cakap lama lagi ni tarikh pun belum ada. Maka masa aku dihabiskan atas katil je lah..

Then dalam awal bulan September rasanya dah lupa pulak exact tarikh. Dapat satu email dari pihak kementerian untuk detail seperti tarikh dan tempat untuk lapor diri.  So tarikh lapor diri aku pada 05.10.2020 hari Isnin di CREaTE, Melaka. CREaTE ni macam pusat latihan JKR lah. Kitorang dikehendaki hadir kursus pengenalan seminggu. Hari terakhir kursus baru akan dinyatakan penempatan masing-masing ye. Fuh nervous betul..

Maka dengan adanya tarikh ini aku haruslah start buat preparation ye walaupun masih ada saki baki mabuk aku. Terpaksalah slow-slow settlekan..

Mula-mula sekali aku siapkan medical check up aku. Ramai buat di klinik kesihatan tapi aku macam rasa malas sebab takut ramai kan so aku tanya kawan-kawan aku yang dah masuk government ni boleh ke check up di klinik swasta. Diorang kata boleh so aku pun buatlah di klinik swasta je dengan bayaran RM 52. Murah sebab hanya check up biasa. Takde x-ray dan blood test pon. Hanya urine test dan physical sahaja. Alhamdulillah aku di bawah kategori sihat dan sedia untuk berkhidmat..

So lepas dah settle medical check up kita beralih ke borang akuan sumpah yang dibuat di pejabat pesuruhjaya sumpah. Before ni kalau ada hal untuk pesuruhjaya sumpah tempatnya dekat Hentian Jalan Reko ni. Sekali tiba-tiba time ni bila sampai ehhh ada notis 'Saya dah meletakkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Sumpah' haha adoii nasib baik lah bawah tu ada nombor phone peguam yang baru dan pejabat yang baru. Nasib baik pejabat baru ni area situ jugak dekat bangunan KWSP. Bila dah smpai sekali kat bawah office tu dia tulis Pesuruhjaya Sumpah Tiada. Ah sudah dah kena buat appointment pulak ke sekarang ni. Aku pun try call rupanya dia ada kat office weh taktaulah sape pedajal pi letak sign 'TIADA' kat bawah tu. Nasib baik aku tak balik lagi hahaha..

So sekarang dah settle borang-borang berat hahaha. Yang lain aku dah siapkan sikit-sikit. Maka semua dah settle lah rasanya. Salinan Akaun Bank boleh mintak di bank masing-masing. Salinan IC. Salinan Sijil Nikah. Salinan Sijil Degree. Penyata KWSP. Gambar Passport. Alhamdulillah semua settle. Nametag pun dah tempah sebab urusetia kursus pesan sila bawak nametag siap-siap..

Satu lagi.. disebabkan aku tengah mengandung sekarang ni and masa lapor diri tu aku dah masuk 5 bulan so aku kena sediakan surat atau salinan buku pink untuk exception kalau ada aktiviti berat. Urusetia kata takde lah berat sangat aktiviti tapi sediakan je in case kalau ada aktiviti pelik ke kan hahaha. Time-time pregnant ni sebenarnya malas nak join kursus sebab tak larat tapi tak boleh buat apa.. perlu sertai jugak melainkan due date dekat dengan tarikh lapor diri baru boleh apply penangguhan..

So sekarang ni rasanya semua dah prepare. Beg baju je belum. Tapi aku adalah beli barang sikit-sikit almaklumlah baju dah banyak tak muat so kenalah beli baru. And kena prepare mental pulak untuk kursus pengenalan nanti. Nasib baiklah ade sorang member yang aku kenal masuk sekali dengan aku. Kalau tak lagi sadis hahaha..

Ini je lah persediaan lapor diri untuk kerja kerajaan. Memang banyak kerja sikit dah sama macam masa masuk asrama and masuk universiti dulu dah. Redha je lah. Hope perjalanan lepas ni dipermudahkan and semuanya baik-baik saje. Nervous jugak ni hehehe..

Terima kasih sudi baca. Bye!




Comments

  1. Sis waktu covid pun dia jalankan kursus ke?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya berapa lama tempoh dari email anda berjya temuduga hingga surat lapor diri. Dan dari lapir diri berapa lama tempoh dia bagi sebelum tarikh lapor diri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari dapat email ke dapat surat dari spa biasa dalam tempoh seminggu dua. then surat dari kementerian biasa nya dalam sebulan. dah tempoh lapor diri sebulan dari hari dapat surat (dalam surat ada tarikh lapor diri). maksudnya ada dua surat lah. dari SPA dan kementerian. boleh minta tangguh kalau notis dia pejabat lama memerlukan 2 bulan mcm tu

      Delete
  3. Jadi lapor diri tu sebulan selepas dapat surat kementerian atau surat spa? Kalau ja29 pun kena kursus 3 hari tu? Kalau nak minta tangguh kena call atau buat surat?jawatan nanti kontrak dulu atau terus tetap? Sorry banyak sangat soalan sebab nak kan kepastian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapor diri sebulan lepas surat dari kementerian. surat spa takde tarikh apa2. kursus tu bergantung. kalau ada dia akan maklumkan. ada yang lapor diri dulu sebulan dua baru kursus. jawatan tengok dekat surat dia tulis apa. kalau mcm sy tawaran pelantikan tetap.

      Delete
    2. nak minta tangguh try call dulu. tgk dia mintak mcm mana. nnti dalam email dari kementerian tu ada dia bagi contact number pegawai berkenaan. apa2 pun semua kene tggu surat dari kementerian

      Delete
    3. Kalau lapor diri dulu boleh tahu dimana posting terus lah maksudnya?ok tak keeja kerajaan?

      Delete
    4. tak pasti.
      best ke tak bergantung pada expectation masing2. tak berani nak cakap..

      Delete
    5. Dia macam ok dari kerja swasta ke camner dia punya workload? Kerja isnin-jumaat? And senang tak minta cuti?

      Delete
    6. workload bergantung pada mana kita ditempatkan. mcm tempat sy workload agak bnyak tapi masih boleh adapt. kerja isnin Jumaat. balik kerja mmg tk diganggu langsung. weekend pun. better dari kerja swasta terutamanya chinese company. Kerajaan benefit dia kebajikan pekerja sangat terjaga. bnyak cuti diperuntukkan. bukan setakat AL ada 25 hari setahun. tapi mcm2 cuti boleh apply tertakluk kepada keputusan atasan lah. dari segi gaji biasa2 je. taklah sebanyak swasta. sy lebih prefer kepada kerja yang seronok berbanding gaji yang bnyak

      Delete
    7. Ini yang saya nak sebab tak suka bawa kerja balik rumah. Saya tanya pasal cuti bukan apa sebab saya dari borneo nak juga balik rumah setiap at least 2 bulan ke camtu. Swasta kerja isnin-sabtu memang penat cuti pun takut nak amik takut kerja x siap

      Delete
    8. AL 25 hari setahun tu sangat mencukupi sebenarnya. goodluck sis

      Delete
  4. Sis, last nak tanya ada dengar orang cakap kalau ada kenal siapa2 dari cawangan lain nak tukar tempat boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas budi bicara. biasa kalau bawah setahun dia tak bagi tukar

      Delete
  5. sis nk tnya untuk borng ckeckup tu, pengakuan saksi sis suruh sape yg sign?

    ReplyDelete
  6. Sis, memang takde issue ya kalau masa lapor diri tu tengah pregnant? Kena inform n call SPA atau macam mana?

    ReplyDelete
  7. Hai saya nak tnya...awak terima tawaran dkat sistem MYSTP ka??

    ReplyDelete
  8. Salam..saya nak tanya sikit..lepas dpt surat posting tu berapa lama tempoh diaorg bg sebelum masuk kerja?

    ReplyDelete
  9. Ada pencen lagi ke tawaran lantikan tetap skrg?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.. Maaf nk tnye? Utk medical check up wajib buat ke sbb saya sihat... lagi satu surat akaun tu mcm mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. sebab sihat lah kena buat. untuk declare yang kita ni sihat dan fit utk berkhidmat. akuan sumpah tu buat di pejabat pesuruhjaya sumpah kawasan awak.

      Delete
  11. Assalamualaikum.. Sis nk tye. Medical checkup sekrg xde minta xray kan?

    ReplyDelete
  12. askum cik sye dah sttle kan borang medical dgn akuan berkanun..lama tak nk tggu surat lapor diri??

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam Puan. Penempatan memang tahu ketika lapor diri sahaja ya? Agak2 kalau tanya awal dieorg layan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. betul. masa lapor diri. kebiasaannya mereka takkan layan kalau nak tau awal

      Delete
  16. Surat Lapor diri tu mereka hntr ke email atau melalui pos ya?

    ReplyDelete
  17. Salam Sis macam saya dari calon simpanan tukar status ke lantikan tetap. Agak2 berapa lama kena tunggu untuk dapat tarikh lapor diri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts