Universal Studio Singapore (USS)

Assalamualaikum..

Siapa pernah pergi USS? Siapa yang first time nak pergi tu boleh lah baca cerita aku ni at least dapatlah sikit gambaran macam mana kan haha. Ni aku cerita based on perjalanan aku lah ye..

Cerita nya macam ni, plan asal aku dengan Yaya nak jalan Johor tapi dah alang alang tu apa kata masok USS terus sebab kitorang tak pernah pergi lagi. Dulu masa study round Singapore tak masok USS pun. Then Yaya suruh cari orang nak cukupkan 4 orang. Cari punya cari so ajaklah kawan aku Roza. 3 orang je. Nak cukupkan 4 macam malas pulak nak cari dengan alasan 'takpelah nanti naik roller coaster aku dok sorang je..aku okay......' hahahaha

Ikut perancangan nak pergi 05.04.2019 and dah beli tiket dah pun. Tapi 2 minggu sebelum tarikh yang dirancang tu ayah aku masok ICU and terpaksa postpone pergi USS dan nasib baik tiket boleh ditukar tarikh. Mula mula dah redha untuk burn tiket tapi aku kesian kawan kawan aku tu disebabkan masalah aku diorang yang kene terima. Nasib baik diorang baik hehe and alhamdulillah tarikh tiket boleh ditukar cuma hotel di JB boleh refund separuh sahaja. Harga tiket USS dapat dari agent RM198/person.

Maka tarikh baru kitorang adalah 21.06.2019 means 2 minggu selepas raya. Bolehlaa hahaha. Kitorang pergi JB 20.06.2019 and tido 2 malam kat situ. Kitorang gerak dari Bangi kol 2 petang lepas dah lunch apa semua sebab pagi tu Roza sorang je yang kerja dan aku yang drive naik baby Iriz aku tu haha. Sampai JB around 6 petang macam tu. Kami menginap di Erica Hotel yang sangat dekat dengan CIQ JB.

Esok tu pagi lagi kitorang dah bangun dan bersiap. Kami keluar hotel pukul 7 pagi dan naik grab ke CIQ. Sarapan and kene masok CIQ cari bas TS8 yang terus menuju ke Sentosa Island pukul 8 pagi. Maka berlari larilah kami sambil scan passport semua. Nasib baik sempat naik bas pukul 8 tapi terpaksa berdiri hahaha. Itupun nasib baik dia bagi masok sebab bas memang dah nak gerak dah. Tiket bas RM7.

Sampai Woodland semua yang dalam bas kena turun untuk scan passport and isi borang masok Singapore. Ramai sangat orang kat imegresen Singapore niii last2 bila settle passport apa semua maka bas pon tinggalkan kitorang huwaaa pagi pagi dah malang hmmm... Terpaksalah tunggu next bas TS8 yang sepatutnya bergerak pukul 9 dari CIQ JB dan nasib baik tak terlepas kalini sebab dia guna bas yang berlainan hahaha. 

Sampai di USS pukul 1030 pagi dan malang masih mengekori kami. Agent yang kitorang beli tiket tu tak bagi lagi tiket kitorang dia kata ada problem hmmm mengundang kemarahan betul. Aku ni dah lah tak sabar nak naik roller coaster pusing pusing muahahha. Last2 dalam pukul 11 lebih kitorang masuk. Sebelum tu kitorang ambik gambar dekat Globe dulu..

Wajib! Menunjukkan dah sampai USS haha

Fuh panjangnya mukadimah hahaha. Okay okay let's start perjalanan dalam USS pulak. Nah aku tepek map untuk korang bayangkan dulu hihi..


USS Map


Okay masa mula2 masuk tu korang akan lalu New York and Hollywood City. Cantik untuk ambik gambar tapi takut kesuntukan masa so haruslah kita bermain main dulu ye kawan kawan hahaha. Lepas straight tu korang terus belok ke kanan so korang akan mulakan dengan Sci-Fi City.

Kat sini ada Transformers Ride. Kitorang terus masuk sekali dia punya waiting time 1h 40m hmmm lamanya ya Allah. So kitorang keluar balik main permainan lain dulu. Kitorang terus ke Battlestar Gallactica sebelah dia. Okay Battlestar Galactica ni adalah roller coaster terbesar kat sini. Ada 2 roller coaster yang korang boleh naik satu bernama Human satu lagi Cylon. 

Human ni roller coaster yang biasa macam sebuah train yang korang duduk tu. Dan pusingan dia tak semaut Cylon hahaha. Buttt still dah nama roller coaster kann memang serius seramshit hahaha. Beg jangan risau. Ada locker free yang disediakan mengikut masa yang ditetapkan. Dalam ni korang tak boleh bawak apa apa sekalipun termasok handphone. Kitorang naik human sebab intro kan hehe takkan nak naik yang seram terus. 

BattleStar Galactica Roller Coaster.
Rail merah untuk Human.
Rail kelabu untu Cylon.


Habis naik human terus cramp tengkuk sebab aku keraskan badan atas tu hahahaha. Nak naik Cylon pulak? Kirim salam je lah walaupun teringin hahaha. Cylon ni pulak roller coaster yang kaki kau akan tergantung gantung. Rail dekat atas dan ada 3 kali pusingan maut tak silap aku. Naik human pun dah cramp tengkuk. Naik Cylon mau jadi jenazah terus tu.

Okay lepas dah habis roller coaster kitorang pergi dekat Ancient Egypt. Kat sini ada roller coaster The Mummy. Pun ramai beratur so kitorang pun skip ke The Lost World. Hehe kat sini kitorang naik 2 ride. Ride pertama kitorang naik Canopy Flyer. Dari bawah dah nampak benda ni macam menarik. Tadi kan dah stress naik roller coaster so kita naik yang santai santai pulak. Yeay excited! 

Beratur jugaklah tapi tak lama. Bila sampai giliran kitorang so naiklah. Gerabak depan kitorang ada bapak bawak anak anak dalam umur 6 tahun macam tu. So aku cakap dengan Yaya 'kau jangan nak jerit nanti malu kat budak2 tu' hahahahaha. Sekali bergerak je gerabak peh aku underestimate benda alah ni haha. Baru naik sikit aku dah jerit macam naik roller coaster weh. Jerit tu pulak orang kat bawah boleh dengar. Hmmm aku ni sebenarnya penakut yang acah berani ke? Huwaaa

Lepas naik Canopy Flyer, kitorang terus pergi ke Jurassic Park Rapid Adventure. Ni game yang naik boat bentuk bulat lalu kat air jatuh2 lalu basah. Sila bawak raincoat siap2 dari Malaysia ye. Kalau nak beli kat sini 5SGD sehelai. Kalau tak sanggup bayar so redhalah untuk basah. Untuk game ni beratur punyalah lamaaa.. Rasa nak dekat 2h kot beratur. Penat menunggu je weh. Aku cadangkan sesiapa nak pergi USS silalah beli Express Pass and korang boleh cut short semua permainan. Aku pergi ni Jumaat ingatkan tak ramai rupanya ramai jugak huhu.

Bila dah sampai giliran so naiklah boat tu. Ada 9 orang 1 boat. Kami bertiga pastu ade 6 orang pelancong Jepun dalam tu. So round2 lah korang dalam boat tengok dinosaur kiri kanan mengaum. Aku tak enjoy naik ride ni sebab asyik angkat kaki taknak bagi basah hahaha air masok boat kot aaaaa tak suka haha. Last2 ada satu part tu dia angkat boat dalam gua sekali dushhh boat jatuh habis air masok haha. Aku yang dok cover kaki siap rain coat bagai akhirnya kecundang jua hahaha. Seluar basah!!

Dah penat naik ni perut pun mula lapar so kitorang pergi Far Far Away makan kat kafe situ sebab halal. Korang kalau nak makan cari yang halal ye. Kitorang makan nasi lauk kari ayam ade keropok lekor! haha na na na na na ganu kite~

Lepas lunch, Roza nak jalan jalan taknak naik ride sebab dia dah pernah pergi USS dan dah pernah naik pastu dia penakut sikit so dia taknak repeat muahahaha. Maka aku dan Yaya je lah teruskan perjalanan. Kitorang naik roller coaster kecik kat Far Far Away ni. Nama ride dia Enchanted Airways. Ride dekat Far Far Away ni kebanyakannya budak budak punya sebab Shrek kan hahaha. So apedehal naik roller coaster budak2 ni hmmm.

Dah bayar takkan taknak naik kan. So beraturlah kejap untuk naik Encahnted Airways. Bila dah naik tu hmmm sama jugak aku punya jerit weh. Aku masih tak dapat nak biasakan diri hahahaha. Yang tak tahan tu siap tutup mata kauu hahaha. Dah nak hujung baru bukak mata. Aaaa malunya pada budak budak kecik niii.

Belakang tu lah Enchanted Airways

Habis naik ni kitorang masok Shrek 4D Adenture. Ini pun budak2 punya hahaha tak habis habis dengan budak2 kau syahiraaa haha. Masok dalam ni korang akan dapat spek 4D tu. Mula mula dengarlah watak2 ni bebel kat skrin. Boring. Aku pandang Yaya cakap 'eh betul ke kita ni asal mengarut je ni' hahahaha. Lepastu dia bukak pintu besar and korang masok dalam tu ade seat and skrin besar mcm wayang tu tapi lagi besar lah. So silalah duduk atas kerusi tu. Jangan carik seat yang tulis stationary. Nanti tak bergerak. Yang tu sesuai untuk ibu ibu mengandung atau budak kecik je. 

Dia macam pengembaraan selamatkan Fiona tapi kau rasa macam kau turut sama menyelamatkan Fiona. Kerusi akan gerak ikut cerita kat skrin tu. Kalau Shrek tengah naik kuda so kerusi pun bergerak macam kuda then tiba2 donkey bersin and ada air terpercik kat muka kau haha. Macam terkena hingus si donkey ni lah. Pastu tiba2 ada labah labah eh kaki kau rasa geli geli mcm labah labah kat kaki hahaa. Macam tu lah. Enjoy jugak. Nasib baik tak jerit fuh hahaha.

Habis kat Shrek kitorang tak pergi Madagascar sebab kitorang kejarkan yang popular ride yang kitorang skip tadi tu. So aku dan Yaya pergilah ke Ancient Egypt sekali lagi nak naik roller coaster The Mummy. 40m waiting and masa untuk locker hanya 45m free. So berlari larilah kitorang. 

Akhirnya sampai giliran naik yeay hahaha. Aku macam biasalah weh. Kalau dah nama dia roller coaster aku mesti akan jerit ketakutan macam takde hari esok hahaha. Fun jugak sebenarnya. Ni roller coaster dalam gelap. Kau tak nampak rail dia tau tau firaun muncul depan kau pastu rasa panas haha. Pastu train gerak tiba2 stop jam pecah eh kau pun  ready takut ade mummy kat depan. Sekali zapp train bergerak ke belakang sambil menjunam pastu stop and pusing pastu naik menjunam lagi haaa macam tu. Aku mcm biasalah. Pegang tangan Yaya sebab takut naik roller coaster hahahaha. Tapiii fun jugak ride ni sebenarnya.

Habis The Mummy berlari lari kitorang pergi locker ambik beg tadi. Kalau lebih masa kene bayar 20m 4SGD weh hahaha. Then Roza pun muncul entah dari mana haha. Kitorang naik Transformer Ride waiting time waktu ni 15m je hehehe. 


Ancient Egypt

Aku sebagai peminat ride yang heavy aku rasa kecewa lepas naik Transformer sebab rasa macam biasher biasher je hahahahaha. Kalau beratur 1h 40m pagi tadi mesti hampa kan haha. Kat sini kene pakai spek 3D jugak. Naik kereta dalam tu ade 12 orang and kereta bergerak sambil pengembaraan melawan Decepticon. Best je sebenarnya. Kau rasa mcm kau tengah lawan Decepticon pastu ade Optimus Prime depan kau. Bila kereta jatuh atau lalu kaca pecah rasa kaca tu masuk dalam mata. Then tiba tiba kene tembak kau rasa panas. Dush jatuh berkecai haha.


Transformer Ride


Optimus Prime. Bayar kalau nak amik gambar


Bumblebee!! Ye ke?

Habis naik ride ni aku cakap ngan Yaya jom naik Human roller coaster lagi sekali. Tak puas lah. Tadi pejam mata hahaha. Nasib baik Yaya on! Sekali time beratur kene patah balik sebab macam nak hujan dia tutup ride sekejap huhu sedih. 

Maka kitorang pun jalanlah ke New York and Hollywood City untuk ambik gambar sementara masih siang lagi ni. Nah biar gambar berbicara...

Belakang tu Hollywood


Roza happy kenapa tu??


Aku nak posing. Kenapa ada Roza?


Gotham Ice Company


??? 


Haluuuu


Yaya. Aku. Roza
Siapa paling comel?
Aku dah kawin. 2 tu single


Puss In Boots Giant


Ewah Ewah


Habis round tiba tiba nampak roller coaster dah bergerak so apa lagi 'Jom Yaya!' hahaha. Dah petang ni tak ramai beratur. Dalam 5 minit dah boleh naik dah. Kalini aku cuba untuk tak pejam mata dan aku berjaya! hahaha. Bila bukak mata hmmm sebenarnya taklah takut sangat cuma bila pejam mata ni kau bayang yang bukan bukan. Memanjang terbayang tengah terbalik hahaha. Kalini seronok dah tak takut! Fuh lama betul nak mengatasi rasa takot sampai ke petang haha. Aku pun ajaklah Yaya naik Cylon tu hmmm dia taknak pulakk. Aku kalau nak naik sorang memang belum berani lagi hahaha. Last2 naik Human sampai 3 kali sebab rasa macam fun pulak hahaha.

Masa ni dah Maghrib dah. Jumaat USS tutup pukul 10 and Parade yang sepatutnya ada haritu cancel atas sebab cuaca. So aku ajak Yaya naik The Mummy sekali lagi sebab rasa macam fun haha. Kalini naik aku dah boleh ketawa gembira walaupun still time menjunam aku takut hahaha. Roller coaster The Mummy ni dia tutup bahagian kaki je so bila naik aku takleh nak biarkan badan move freely sebab aku takut. Tu yang smpai cramp2 masa naik Battlestar tuu haha. So kat The Mummy ni aku tahan kaki aku kira mcm aku bagi kepercayaan sepenuhnya kat kaki sampai sakit kaki aku menanggung kepercayaan yang aku bagi ni haha. Akhirnya 3 kali jugak naik ride The Mummy ni hehehe.

Pastu Roza menyatakan hasrat dia nak naik Puss In The Boots Giant kat Far Far Away tadi. Ni pun ride santai. Beratur kemain panjang ye kawan kawan padahal game dia budak budak je. Okaylah untuk menyantaikan diri cuma ride dia bising and bnyak sudden brake je. Penat tau haha.

Masa ni dah pukul 8 suku malam mcm tu. Kitorang nak naik bas balik pukul 9 malam. So ada masa lebih kurang setengah jam je nak beli souvenirs kat depan tu. Baki duit aku ade 27SGD. Aku memang nak habiskan sebab malas nak bawak balik. So aku beli fridge magnet 2 untuk aku dan mak aku 10SGD pastu beli cekak zirafah hahaha 13SGD. Berbaki lagi 4SGD aku beli air coke kat depan tu. Settle.

Naik bas yang terus ke CIQ JB berharga 7SGD. Masa ni berlari lari sebab taknak tertinggal bas tapi kaki dah memang rasa nak tercabut bila lari tu rasa macam ya Allah mana kaki akuu. Sumpah penat haha. Nasib baik dapat kejar bas. Sampai imigresen Singapore dekat Woodland punyalah ramai. Nak beratur lagi aku dah tak mampu tapi ku harungi jua. 

Smpai CIQ JB around pukul 11 and terus beli KFC sebab tak dinner lagi. Nak dijadikan cerita kitorang nak naik grab tapi taktau nama pick up point situ. Lepastu diver grab call tanya kat mana last2 dia suruh cancel order dia suruh jalan kaki. Dekat katanya hahaha tapi kitorang ni nak bangun pun dah tak larat hmmmm. Last2 ambik teksi RM12 haha. Mahal pun mahal lah janji kaki aku selamat.

Sampai hotel of course lah makan lepas tu tidoooo hahaha. Tapi sebelum tido haruslah upload gambar dulu! Hehe okay terima kasih sudi baca. Bye!

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi Admin. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Pun ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete
  3. sis, nak tnya, bus TS8 ni betul2 berhenti depan USS tu ke? depan Globe?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts