Engineer Kepasrahan
Assalamualaikum..
Nak cite ni. Harini start aku kena transfer ke kilang untuk monitor casting cable through and manhole. Alkisahnya aku kerja dekat company ni as Design bukan QC so dari awal aku memang tak puas hati. 3 tahun aku buat benda lain and then senang senang suruh aku buat benda lain. Okay kenapa aku tak suka?
First..
3 tahun aku duduk office buat design tiba tiba aku kene supervise dekat kilang which is benda ni bukan dalam job scope aku. Aku mula mula datang dah terkejut tengok bangla kencing merata. Anjing berkeliaran kiri kanan. Lecak lagi. Korang mesti rasa ala manja nya aku ni kan? Tapi dah ni bukan job scope aku kenapa aku nak kene buat aaaaaaa stress!
Second..
Kilang ni kat Kulai. Aku kene transfer awal Julai haritu kat Kluang. Aku tak diinform awal untuk supervise sini. Maka pagi tadi aku datang sini dari Kluang 1 jam lebih dengan kelapa sawit kiri kanan. Pagi okay lagi. Kalau balik lambat macam mana? Duit minyak aku lagi. Nak tanggung? Siap kata next 3 weeks aku kena monitor untuk T Beam kat Kota Tinggi. Allahu bersabarlah syahira..
Third..
Company ni gila. Okay bye!
Comments
Post a Comment