Perjalanan Temuduga Kerajaan J41
Assalamualaikum...
Dah lama rasa tak update blog ni. Semenjak dah kahwin ni tiba2 jadi busy hahaha. Okay straight to the point lah ye sebab takut panjang pulak post kalini. So, cerita dia nak cerita pengalaman aku temuduga untuk jawatan Jurutera J41. Ini dah kali ke-4 aku pergi temuduga kerajaan.
Mula dulu tahun 2016 sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar under program TAPS untuk graduates tahun tu dan berjaya sebagai calon simpanan sampailah tempoh sah laku dah tamat aku masih tak dipanggil untuk lantikan haha. Mungkin ni lain sikit dari pengambilan SPA yang biasa. Kali ke-2 untuk jawatan Jurutera (Awam) J41 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bulan Jun 2017. Kalini aku gagal. Boleh baca penulisan aku kat sini. Tahun yang sama bulan November 2017 dapat hadiri temuduga Jurutera (Awam) J41 untuk Kementerian Kerja Raya (KKR). Masih lagi gagal dan kecewa. Dan yang terbaru untuk kali yang ke-4 dipanggil temuduga bagi jawatan Jurutera J41 untuk KKR sekali lagi. Aku meletakkan harapan yang sangat tinggi kalini untuk berjaya sebab aku memang betul betul nak.
Nah saja tunjuk senarai keputusan aku supaya korang dapat gambaran... hihi
UPDATE ON 20.08.2019
Result dah keluar ye kawan kawan. Bolehlah cek di laman web ataupun email masing masing. Aku tengah main game masa ni tiba tiba dapat notification email. Aku selak sikit je nak tengok apa isi email sekali nampak 'KEPUTUSAN TEMUDUGA' fuh nervous! Game over terus. Maka perlahan lahan aku buka email dannn apa keputusan interview aku? Haaa...
Alhamdulillah. Bersyukur dapat jadi calon simpanan setelah beberapa kali asyik dukacita huhu. Kita tunggu kalau ada kekosongan insyaAllah akan dipanggil. Teruskan berdoa! Ranking no berapa pulak? Alhamdulillah again dapat rank no 14/100. InsyaAllah semoga ada rezeki..
Oh btw.. aku ada satu lagi temuduga Jurutera (Awam) J41 under Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 12.09.2019 ni. Hmmm tapi sedih aku tak boleh attend sebab tarikh tu clash dengan tiket flight aku huwaaa.. Dah cuba minta tukar dan email tapi masih takde respon huhu sis redha. Kalini punya temuduga berlangsung selama 2 bulan setengah dari 05.09.2019 hingga 21.11.2019 fuh lama kan. Kekosongan hanya ada 32 sahaja.
Dah lama rasa tak update blog ni. Semenjak dah kahwin ni tiba2 jadi busy hahaha. Okay straight to the point lah ye sebab takut panjang pulak post kalini. So, cerita dia nak cerita pengalaman aku temuduga untuk jawatan Jurutera J41. Ini dah kali ke-4 aku pergi temuduga kerajaan.
Mula dulu tahun 2016 sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar under program TAPS untuk graduates tahun tu dan berjaya sebagai calon simpanan sampailah tempoh sah laku dah tamat aku masih tak dipanggil untuk lantikan haha. Mungkin ni lain sikit dari pengambilan SPA yang biasa. Kali ke-2 untuk jawatan Jurutera (Awam) J41 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bulan Jun 2017. Kalini aku gagal. Boleh baca penulisan aku kat sini. Tahun yang sama bulan November 2017 dapat hadiri temuduga Jurutera (Awam) J41 untuk Kementerian Kerja Raya (KKR). Masih lagi gagal dan kecewa. Dan yang terbaru untuk kali yang ke-4 dipanggil temuduga bagi jawatan Jurutera J41 untuk KKR sekali lagi. Aku meletakkan harapan yang sangat tinggi kalini untuk berjaya sebab aku memang betul betul nak.
Nah saja tunjuk senarai keputusan aku supaya korang dapat gambaran... hihi
Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 (TAPS) 2016 |
Jurutera (Awam) J41 - JPS |
Jurutera (Awam) J41 - JKR |
Kebetulan aku ada sedikit masalah dengan company yang aku sedang bekerja sekarang. Masa tu dah fikir nak cari kerja lain dan tiba tiba dapat satu email dari SPA untuk hadir temuduga 26.06.2019 ni. Ada lebih kurang sebulan aku nak prepare ni. Tapi masa tu dah nak raya so aku pun fokus raya dulu lah hahaha. Temuduga kalini dijalankan selama sebulan bermula 11.06.2019 - 11.07.2019. Fuh lama betul.
Statistik Pengambilan |
Boleh tahan ramai ye yang temuduga untuk mengisi kekosongan seramai 74 orang tu haha. Takpelah kita cuba sehabis baik. Kalini aku betul betul minta tips dari kawan kawan yang dah berjaya masuk dalam kerajaan. From A-Z aku cuba untuk ikut. Manalah tahu kalini betul betul rezeki.
Antara tips yang aku dapat dan aku nak kongsikan kat sini dari kawan aku yang dah masuk JKR adalah dari segi pemakaian. Sebenarnya aku siap beli baju kurung baru untuk temuduga kalini sebab dah alang alang time raya kan. Aku rasa macam dah okay lah tapi lepas dapat nasihat dari kawan aku ni dia kata:

- Pakai baju kurung yang warnanya pastel. Jangan terlalu terang atau meriah warna.
- Pakai baju kurung yang tradisional tu atau kalau kurung moden kena bawah lutut. Jangan pakai mini kurung.
- Pakai tudung bawal. Jangan pakai shawl. Hmm selama ni semua temuduga aku pakai shawl huhuhu.
- Kasut warna hitam bertumit sikit. Yang ni aku beli baru sebab aku tak pernah ada.
Okay ni dari segi pemakaian. Nak kata ini adalah penyebab utama tu bukanlah tapi mungkin salah satu kriteria yang diperlukan. Kita nak kan? Jadi kenalah ikut haha. Dari segi soalan soalan tu aku tak tanya banyak sebab benda ni terlalu general dan bergantung pada penemuduga. Aku pun pernah hadir temuduga 3x so aku tahu lah kebiasaan diorang tanya macam mana. Tapi aku ambil juga tips tips soalan yang mungkin ditanya macam misi, visi JKR tu hehe. Selalunya tak pernah kena tanya pun.
Aku contact lagi senior yang dah kerja JKR tanya tips lain. Sebab ada soalan yang paling aku musykil sekali nak jawab iaitu soalan 'Kenapa anda ingin kerja ini? Sedangkan awak dah bekerja di syarikat yang bagus?' Hmmmmmm yang ni memang soalan paling susah aku rasa dan macam2 jawapan yang aku terima dari kawan kawan aku. Cuma ada satu jawapan ni aku rasa yang paling okay untuk jawab berbunyi 'Saya ingin kongsikan bersama pengalaman hebat yang saya ada di swasta ke dalam kerajaan' haaa hebat bukan? hahahaha..
So....tibalah hari yang dinantikan 26.06.2019....
Temuduga aku kalini aku pilih di Seremban sebab dah 3x temuduga dia Putrajaya. Lagipun calon Putrajaya ramai sangat. Ada orang cakap nak peluang cerah jangan temuduga di Putrajaya cari tempat lain. Betul ke idak? entahlah..... kita cuba....
Temuduga aku jam 10 pagi. Aku sampai Wisma Negeri jam 8. Ramai dah daftar sebab diorang memang jam 8. Aku orang ke 7 haritu. Aku datang dengan mak and babah sebab saje je diorang nak ikut boring duduk rumah katanya haha. Suami kerja kat Johor masa ni.
So yang ni based on pengalaman aku lah ye. Lain orang lain soalannya...
Panel
Aku
Assalamualaikum. Okay perkenalkan diri awak.
Waalaikumusalam. (Okay perkenalkan lah diri tu. Pendidikan. Pengalaman kerja - masa ni aku tengah buat projek Keretapi Elektrik Berkembar Gemas-JB)
Kenapa awak nak kerja dengan JKR? (Okay dah agak soalan ni mesti ditanya)
(Macam seperti yang dirancang haha) Saya ingin berkhidmat dalam JKR kerana ingin berkongsi pengalaman yang saya ada semasa bekerja di swasta ke dalam kerajaan. (Hmm dia angguk nampak macam okay)
Biasanya panel akan tanya balik soalan soalan based on jawapan yang kau bagi haha so ghasak kau syahira. amikk..haha
So apa pengalaman yang awak nak kongsikan tu?
(Seingat aku, aku elaborate pasal communication skills - aku bagitau aku kerja sekarang banyak perlu deal dengan orang contohnya authority dan consultant. Pastu pasal ilmu - tak ingat elaboration dia apa)
Ada lagi nak tambah?
Tak ada tuan.
Takkan tu je. Kita nak ambik awak kerja dengan JKR takkan itu je awak punya skills?
(Hmmm aku dah mula stress............ aku sambung) Teamwork - aku elaborate pasal kerja berpasukan aku sekarang. Macam mana aku bekerja dalam team di mana pendapat semua orang perlu digunapakai.
Ha baru nampak panel ada senyum hahaha. Dia kata dalam kerajaan kita memang bekerja dalam pasukan takde istilah kerja sorang sorang - okay tulah respon dia tadi.
Okay awak tengah buat projek ETS ni kan. Projek ni dulu ada tergendala sekejap. Kalau awak di tempat awak sekarang memanglah awak nak projek jalan sebab ada projek ada duit tapi kalau awak dalam kerajaan, apa jawapan awak pada masa itu?
(Oh mann.. KBAT pulok haha) Sebab jaringan pengangkutan yang sedia ada sekarang seperti lebuhraya dan jalan jalan persekutuan dah cukup baik dan ETS masih belum menjadi keutamaan ketika itu.
Fuh. Dia angguk macam setuju. Sebenarnya jawapan ni aku dapat dari kerajaan sendiri masa aku tengah dengar berita untuk tangguhkan HSR dulu hehe.
Apa pandangan awak tentang jaringan pengangkutan yang baik dengan sosio ekonomi sesuatu tempat tu?
(Korang fikir lah jawapan dia ni semua soalan KBAT je ni)
Aku tak ingat masa bila aku cerita pasal integriti tapi masa aku explain tiba tiba macam nampak melalut kononnya aku nak explain sangat detail lah pastu bila tengah bebel aku macam 'eh apa benda aku cakap ni mcm mana aku nak kaitkan dengan benda mula mula tadi' hahaha hmmm ni aku rasa mcm tak best lah part yang ni.
Yang banyak tanya kat atas ni panel SPA. Panel JKR sikit je soalan dia. Dia tanya pasal teknikal.
Sepanjang awak buat design, apa faktor yang awak rasa paling penting sekali semasa design?
Faktor keselamatan. Dalam mereka bentuk apa apa sekalipun, faktor keselamatan perlu ada dalam kiraan mengikut standard yang ditetapkan. (Nampak macam tau kan? tapi aku bantai je ni huhu)
Lepastu aku dah tak ingat sangat apa soalan dia. Dia adalah jugak selitkan macam dah kawin ke belum? Nanti kalau dapat kena hantar jauh sanggup ke berpisah dengan suami. Ha ni pandai pandai lah sebab sekarang pun suami dah di Johor huhu. Aku tak ingat sangat mungkin ada yang aku tertinggal untuk cerita tapi basically soalan dia memang soalan yang kita kene fikir on the spot. KBAT org kata haha. Cuma jawab dengan yakin je lah. Aku tak puas hati dengan jawapan integriti aku tadi huwaaaaa...
So interview berlangsung dalam 25 minit macam tu. Aku pun ucap terima kasih dan keluar dan terus balik. Ajak mak ngan babah pergi minum sebab tekak dah kering dok membebel dalam tu.
Kesimpulannya aku taktau lah macam mana. Jawab rasa macam okay cuma adalah yang mengarut tergagap apa semua. Okay berbanding yang sebelum ni lah. Mungkin sebab dah ready sikit dan berharap sangat sangat nak kerja kerajaan.
Korang yang baca ni doakan lah aku dapat ye. Eh tapi macam nak simpan pos ni sampai keluar keputusan. Kalau dapat aku pos. Kalau tak aku delete haha. Tapi macam nak share dengan korang. So? haha
Takpelah. AKu publish je. Nanti dah keluar keputusan aku bagitau kat sini. Korang yang baca pos ni sebelum keluar keputusan tu doakan lah aku ye. Aku nak sangat sebab aku dah tak tahan kerja company swasta. Sobsss. Kalini aku mintak mak aku dan suami aku doa lebih sikit untuk aku berjaya sebab aku memang nak hmmm.
Terima kasih sebab sudi baca.

Btw hujung bulan ni aku resign.
Result dah keluar ye kawan kawan. Bolehlah cek di laman web ataupun email masing masing. Aku tengah main game masa ni tiba tiba dapat notification email. Aku selak sikit je nak tengok apa isi email sekali nampak 'KEPUTUSAN TEMUDUGA' fuh nervous! Game over terus. Maka perlahan lahan aku buka email dannn apa keputusan interview aku? Haaa...
Result Interview |
Ranking Simpanan |
Ikutkan aku lebih berharap untuk kerja di KKR berbanding KKM. Yelah sebab scope kerja aku before ni pun banyak untuk KKR. Kalau aku attend interview KKM ni of course aku kene study lebih untuk belajar sistem sistem dakam KKM which is aku tak familiar. Cuma kalau ada rezeki aku tak kisah mana mana pun hehe.. Ok thank you for reading. Bye!
UPDATE ON 02.07.2020
Status simpanan lantikan dah bertukar ke lantikan tetap. Alhamdulillah..
hi ..sy pon iv yg sama tapi 10 july 2019..debarnya subhanallah...mudah2han ada rezeki utk kite ..74 kekosongan..tp simpanan sedia ada 100 orang...wallahuallam... kalau ikutkan jkr serap yg simpanan..maka nya tiada harapanla yg di iv..Allahuakhbar.. semoga ada rezeki kita..lagi bape hari je kan result nak keluar..
ReplyDeletehi. bil calon simpanan yang dalam statistik tu adalah calon simpanan yang baru rasanya. bila eh result ni keluar ye? amin. moga ada rezeki
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteoh ye ke. takpelah. doa je semoga ada rezeki. rezeki tak pernah salah alamat💪
Deleteinshaallah.. amin amin amin...
Deleteslm syahira,lama tak tgk blog sebab tgh pantang😅 cane. syira dpt tuka tarikh
Deleteiv kkm? masih berlangsung kan iv tu
tak dapat tukar. so sy tak attend pun. takde rezeki untuk yang tu. awak dah attend iv kkm? okay tak? haritu punya exam J41 KPKT pun gagal haha
Deleteresult dah keluar : SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA
ReplyDelete================================================
JURUTERA (AWAM) GRED J41
DI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
Sila layari laman web :
http://online.spa.gov.my/online/kep_td.php?pemerolehan=SM20180154
Sila layari laman web :
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-keputusan-temu-duga
mcm mana? dapat tak?
Deletebelom rezeki saya...sedih dah semalam..��.. macam syahira cakapla..rezeki tak pernah salah alamat..syahira macamana?semoga ada rezeki syahira..bagus syahira buat blog gini..senang orang nak tau macamana soalan2 yang akan di tanya...opss sebelum lupa..sebelum masuk iv.syhira punye clear folder yg shahira susun kene usik tak dekat tempat amik no? memang style mereka akan keluarkan balik apa yang kite dah susun?setiap kali syahira iv sebelum ni memang susunan clear folder mereka tak bagi buat cover or isi kandungan ye ? syahira share nanti ye..sepanjang kali ke 4 ni..cane syahira susun ..boleh jadi rujukan buat kami yg kurang pengalaman.mungkin ada yg boleh kami belajar dari situ..tq 😊
ReplyDeletealhamdulillah dapat jadi calon simpanan.. kene tunggu lagi nampaknya 😄.. clear folder tu urusetia cuma semak je masa ni.. biasa mmg masa interview dia tgk susunan kita. dulu masa first time dia ada betul kan jugak. tapi lepas dah 3 4x ni dah tahu cara nak susun biasa dia semak je sy punya. yang tak bagi buat cover dan isi kandungan sy tak pasti.. sbb kali ni sy tak buat mcm tu.. cuma susun je ikut urutan yang betul..
Deleteoh btw.. dapat tak interview untuk KKM?
Deletealhamdulillah utk kkm dpt juga panggilan temuduga. terubatla sikit kekecewaan sebab tak dpt kkr nye..tu yg nak pastikan kkm ni clear folder tu susun betul2 dan tak salah format..resume pon kene ada font tertentu ke..shahira dpt juga kkm?semoga ada rezeki di KKM..amin amin
Deletedapat jugak KKM tapi tarikh interview clash ngan tarikh bercuti. takde rezeki kot nak attend. haha. okay goodluck tau interview nanti. awak interview negeri mana ya?
DeleteSalam sis, boleh saya dapatkan email sis untuk bertanya soalan
DeleteSmoga sis diserap masuk sblm expd date....tahniah sis...
ReplyDeleteDoakn utk sy jgk ye...tpi sy just pnolong jurutera under kkm...
And ni iv sy kali ke8..
Sblm strt iv panel tanya dh lama tgl civil eng blh ingt lagi ke?
Hehe.
Sy gtaw dh study balik ..
Alhamdulillah...dpt jawap semua soalan kali ni..and panel kali ni byk btanya pasal personal.sgp x keje luar dr kwsan tmpt tinggl skg.asal dr mana.mak ayah ada lagi ke...and ms iv ritu sy selitkn skali surat iv sblm ni...panel tanya ni iv kali ke bpe...pnh x dpt jawatan ni sblm ni. .😊😊
And bharap sgt dpt keje gov . Aminnnn
hope sama2 ada rezeki. hehe. sis dah lama tinggalkan bidang ni ke?
Deletesaya pun calon simpanan jauh nombor tapi untuk gred lain..harap2 ada rezekk
ReplyDeleteinsyaAllah
Deleteassalammualaikum...Tahniah Syahira...insyaAllah ada rezeki nt tu...sy pon calon simpanan juga no 8..Baru2 ni engineer baru je lapor diri di KKR 11.11.2019...
ReplyDeleteinsyaAllah amin
DeleteSalam, dah join group Telegram untuk Calon Simpanan KKR? kalau belum blh search je dkt Telegram "Calon simpanan KKR (Awam J41) 2019". skrng dah ada 50 member, kalau sapa2 yg dah dipanggil blh update dlm tu.
Deletebetul ke ni? kenapa sy search tak jumpa
DeleteLink to join the group: https://t.me/joinchat/BLcfcxWVrCo2RRZuwgVA8w
Deleteokay. terima kasih
Deletecamne nk join ek ?
DeleteAskum.. semua.. ada x disini calon simpanan penolong jurutera j29(kkm).?mcm ne masih belum ada info ker.?
ReplyDeleteAssalam.. Saya tgah search pasal calon simpanan trus jmpa blog ni.. Kita sama2 under calon simpanan KKR.. Tarikh yg sama.. Rasa2 ada harapan tak kita dipanggil?
ReplyDeletecalon nombor berape? ade comment atas ni link group dalam telegram untuk calon simpanan KKR. boleh join untuk upadate dalam tu
Deletehttps://t.me/joinchat/BLcfcxWVrCo2RRZuwgVA8w
Deleteakak no 20...korang dh dipanggil ke ek?
DeleteSALAM..
ReplyDeleteada sape2 tak calon simpanan utk pegawai sains..sy simpanan 3 dr 10 ..sy iv 30.10.19 aritu..kekosongan 3 saja.
btol ke nk mntak jkr pointer 3.3 above utk jwtan j41?
ReplyDeletetak pasti. apply je dekat spa. kalau dia nak interview ramai dia panggil je. kalau ada rezeki ada lah
DeleteAda sape2 tahu..klau nama Kita blacklist bank..peratus utk Kita diterima kerja. Dgn kerajaan tinggi x?? Atau nama blacklist bank diaorg xambil Kira?? Ada sape2 th x??
ReplyDeletetak pasti.
DeleteSuami saya 2x calon simpanan ranking no.4 dari 8 bagi jawatan Penolong jUrutera tapi berlainan kementerian la.
ReplyDeletetelah tamat tempoh pun pada Mac 2019 yang lepas dan belum ada rezeki lagi untuk mendapat lantikan tetap. Baru2 ni ada lagi temuduga untuk jawatan Penolong Jurutera, untuk kali ni berdoa sangat2 berharap agar dapat lulus temuduga. Kalau dapat calon simpanan pun at the end kecewa juga.
kementerian apa ye puan?
DeleteUntuk Calon Simpanan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya. Hopefully temuduga kali ni Untuk Kementerian Komunikasi berjaya la.. :)
DeleteTapi semasa temuduga suami saya xde mention pun kepada panel yang dia pernah menjadi Calon Simpanan. Biasalah nervous katanya.
Macam mana dengan status? Dapat lantikan tetap tak?
ReplyDeletedah lantikan tetap
DeleteSiapa sini simpanan lantikan Penolong pegawai tadbir N29? Ada yang dipanggil untuk batch pertengahan tahun 2020 ni?
ReplyDelete