Rumah Nexus Part III - Renovations Part II
Assalamualaikum,
Okay kita sambung part renovation dari post sebelum ni. Boleh baca sini..
Next on list adalah nak install cabinet and wardrobe. Okay yang ni kisah dia panjang sikit sebabnya makan modal yang sangat banyak. Aku start survey cabinets ni dari bulan Februari lagi masa masih belum dapat kunci lagi. Company kitchen cabinet je aku dah tanya lebih kurang 10 company. Ada yang mahal ada yang okay. Harga pulak around RM 30k - RM 40k. Adalah satu dua dapat dalam RM 27k macam tu. Ni harga roughly je sebab aku nak tau estimation je dulu taknak mintak dia datang ukur nanti susah nak tolak haha. Berdasarkan layout dan design dan material aku nak dia bagi estimated quotation dulu. Setelah penat keringat dan sakit tangan menaip so aku decide untuk amik dengan satu company ni..
Mula mula dia offer aku harga pakej. Pakej tu RM 16k include kitchen cabinet, TV cabinet and wardrobe dia satu bilik. If nak tambah nanti dia add on je lah. Cuma aku ni angan angan besar. Size TV cabinet utk pakej dia tu tak memenuhi kehendak aku. Aku suka besar yang memenuhi ruang dinding tapi kalau nak macam tu harga dia saje dah cecah RM 8k ke RM 10k. Kalau ambik je yang dia offer nanti aku tak puas hati dan hari hari meratap susah jugak. Semua company cabinet yang aku tanya memang bagi harga macam tu untuk ukuran penuh dinding tu. Yelah sebab dia include sekali backpanel yang besar belakang tu..
Fikir fikir balik, okayy kita KIV dulu TV cabinet kita kumpul duit lain bagi puas hatii. Sooo aku mintak diorang quote kitchen cabinet aku utk kitchen dan dining area sekali dengan table bar. Wardrobe untuk ketiga-tiga bilik sekali dengan shoe cabinet dalam 3ft. Bagusnya company ni dia akan siapkan drawing dulu baru dia proceed. Plumbing harga asing. Current dia mintak sediakan point siap siap. Bagi aku ni part crucial sekali sebab point current aku banyakk. Aku pulak mintak finishing atas guna box up with eyeball so kena ada source of electric lagi kat situ. Tapi untuk looping orang kitchen cabinet akan buatkan. Dia cuma mintak sediakan point je..
Okay bila mana nak amik dengan dia and mintak dia datang ukur on site baru tau kena bayar RM500 dan bayaran tidak akan dipulangkan if tak jadi. Walaupun macam dah nak ambik dengan dia tapi aku still nak tau harga sebenar baru aku akan keluarkan duit. Sebabnya lepas ukur mungkin tiba-tiba harga akan lagi naik ke kan. Soooo terus tak jadi ambik dengan diaa..
Next on list punya company aku terus contact and mungkin rezeki dia lah sebab dia datang ukur tak payah bayar pun hehe. Dia ukur awal dah tapi tak start kerja sebab aku nak kena tunggu wet works punya permit reno habis dulu. So basically apa yang aku buat dengan dia ni?
Aku buat wet kitchen L shape total dalam 11 kaki. Fridge placement dalam 2.5 kaki then ada tall cabinet sebelah tu together dengan pocket door untuk microwave dan air fryer punya partition dalam 2 kaki. Then sebelah dia cooker hob and hood. Sebelah hujung L tu sink aku lah. Okay harga cooker and sink asing ye sila beli sendiri. Area dining pun aku buat jugak dry kitchen. L shape table bar jugak 4 kaki + 6 kaki sekali jugak dengan wall cabinet. Nak letak banyak cabinet supaya banyak storage aku boleh guna bagi menyorokkan barang. Dekat wet kitchen tu aku install eyeball box up..
Wardrobe bilik basically buat panjang sebab memang tujuan dia untuk aku store barang aku. 2 bilik dalam 10 kaki dan bilik ketiga 7 kaki. Aku pilih swing door sebab tak minat sliding. Agak keras jugak harga tapi sebab fikir kalau buat lain kali payah nak mengemas so nak taknak tutup mata je laa hmmm..
Pemasangan cabinet ni je makan masa selama 3 minggu dari part ukur, fabrication dan pemasangan. Btw material aku amik semula melamine. Okay tengok je lah gambar gambar dari awal sampai lah dah siap pasang..
Boleh letak bar stool |
L Shape bar island |
Kitchen and Dining area cabinet |
Shoe cabinet. Fluted ni cabut kejap untuk pasang SPC flooring |
Pocket door untuk letak loose microwave |
Wardrobe 10ft each untuk master dan second room |
Wardrobe 7ft untuk third room |
Okay untuk wall pulak aku mempunyai cita cita yang terlalu tinggi sampai terpaksa menurunkan sedikit ego hahaha. Aku teringinnnn sangat nak buat wainscotting untuk satu rumah, teringin jugak pasang shiplap, teringin jugak fluted wall panel. Tapii harga tersangatlah mahal sampai aku rasa tak berbaloi untuk aku leburkan duit ke arah ituu. Tapiiii nak jugak pasang kalau tak rumah aku tak nampak seriii. So aku pikir untuk awal ni aku ketepikan sikit budget untuk buat fluted wall panel. Mula-mula dah jumpa dah company untuk fluted panel ni and macam nak ambik dah dia. Tapi dia ada minimum purchase lah pulak. Kena buat 15 kaki rasanya..
Sekali nak dijadikan rezeki, cuba tanya company cabinet ni boleh tak buat fluted dekat dinding sebabnya bar table aku pun aku letak fluted. Then dia ada and dia kira 1 kaki full height RM250. Takde minimum lah sebab dah banyak dah duit aku melabur kat dia. Aku decide buat 2 kaki + 2 kaki. Tengah kosongkan 4 kaki sebab nak install cermin besar full height..
Fluted panel 2ft + 2ft |
So costnya...
Kitchen cabinet - RM15,730
Master room wardrobe 9.8 ft - RM 4400
Second room wardrobe 10 ft - RM 4500
Third room wardrobe 7ft - RM 3150
Shoe cabinet 2.5 ft - RM 1000
Fluted wall panel 4 ft- RM 1000
Contractor:
Mr Cabinet Plus (017-219 5042)
Thanks for reading. Nanti kita sambung next part pula ye di sini..
Comments
Post a Comment