Rumah Nexus Part II - Renovations Part I

 Assalamualaikum...

Okay lepas kisah beli rumah dan dapat kunci di link ini akhirnya kami decide untuk renovations. Alah takde lah reno sangat sebab rumah condo an apa je kau boleh buat. Bukannya boleh besarkan dapur ke alih bilik air ke kan. Buat biasa-biasa je. Aku punya target nak buat kitchen cabinet and full wardrobe satu rumah. Lantai tukar SPC dan nak buat deco dinding jugak. So aku akan cerita satu-satu dengan cost dia sekali lah. Mungkin akan jadi part by part memandangkan aku bila cerita agak detail dan ceritanya pulak akan panjang..

Okay benda pertama aku buat lepas dapat kunci aku panggil semua company yang aku dah shortlist kan sendiri untuk diorang datang ukur dan bagi full quotation kat aku. Before ni aku dapat estimated punya quotation je berdasarkan layout yang aku bagi and design yang aku nak kan. Aku amik semua asing asing dan sendiri sendiri. Bukan under satu company sebabnya nanti diorang akan sub kan jugak dan harga akan jadi lagi mahal. Pro dia kalau amik dengan satu company senang takyah fikir dah cuma harga agak mahal. Tapi kalau amik asing kita pulak yang akan pening fikir mana yang akan jalan dulu mana yang akan gerak kemudian. Eh ni tak datang eh ni takleh buat selagi yang ni tak settle. Haa gitulahh..

Okay first niat asal aku nak tutup terus tingkap dapur tu biar naik batu je tapi fikir balik kang tak bernafas pulak plus satgi org pandang pelik pulak rumah aku tkde tingkap dapur. Maka kita decide kecikkan tingkap dari 2 panel kepada 1 panel without ada freeze panel yang atas tu. Tukar jugak window tu guna frosted glass yang tak nampak dalam tu. Bahagian yard pulak niat asal nak naikkan bata sikit dalam 3 kaki untuk install penyidai memandangkan aku tak beli dryer pun buat masa sekarang tapi malangnya management tak bagi sentuh area tu maka kita berdamai sahaja dengan takdir dengan memasang penyidai di mana sahaja tempat yang ada..

Okay benda seterusnya aku buat adalah wiring satu rumah. Biasalah kan developer bagi plug point sikit je buat syarat padahal zaman sekarang semua benda pakai elektrik. Mula-mula dah kena decide kat mana nak letak apa berapa banyak apa semua lah. Dekat dinding dan juga wiring ceiling. Banyak tauu sebab nak hack dinding and simen serta cat balik. Wiring akan tengok suggested ukuran dari orang cabinet sebab untuk placement fridge, water filter and microwave semua tu. Ada one point dekat dapur yang aku tarik dari DB box sebab tak boleh nak looping banyak sangat. Dalam bilik pun tambah plugpoints dan buat point wall lamp jugak..

Oh sebelum tu untuk aircond pun antara cost yang termahal sekali sebabnya developer bagi 2 point aircond sahaja di living dan juga master room. Dann untuk highrise ni kena placed compressor dekat ac ledge yang disediakan sahaja so laluan untuk copper pipe tu akan jalan jauh ikut laluan yang management bagi. Drain pipe pun kena lalu atas ceiling supaya boleh tutup dengan plaster celing. Mind you jugak kami tak dibenarkan hack shear wall melebihi 175mm atau 2 inci. Selain sorok dalam ceiling otherwise memang kena pakai casing. Current untuk 2 bilik tambahan tu kena tarik dari DB sebab airocnd pakai current yang tinggi jugak so harga memang agak mahal dekat sini..

Then untuk ceiling punya cerita pulak. Ceiling ni pun macam macam hal tauuu haha. Angan angan aku memang besar gilaaa tapi bila tengok poket terpaksalah turunkan sikit impian dan cita cita tuuu. Dari quotation tu RM 8k turun jadi smpai RM 6k sebab mahal sangattt hahahaha. Sekali last2 tk boleh jadi nak jugak buat ceiling satu rumah so kembali lah kepada harga RM8k tuuuu. Aku decide untuk buat flat ceiling dining smpai kitchen dan jugak master room serta second and third bedroom and dekat living buat LBox tapi bukan letak T5 tu. Dia just lekuk je takde ruang dalam sebabnya aku pikir nanti aku malas nak kemas habuk dalam ceiling pulak kan. So kita buat biasa je cuma minta install kan LED strip keliling tu. Curtain box sediakan untuk living dan master room. Tapi untuk living aku letak T5 juga di curtain box tu. Hmm payah explain tengok gambar je lah nanti haha..

Btw nak cerita mana aku beli kipas, lampu and aircond semua tu. Kipas 5 bijik aku beli dekat Onking Semenyih. 2 unit Misubishi 56" with 5 blades untuk living dan dining (RM519/unit). 1 unit Mitsubishi 56" with 4 blades untuk master room (RM459/unit). Deka 42" untuk bilik 2 dan bilik 3 (RM259/unit). Aircond pulak beli loose di Global Air Wide dekat Semenyih jugak. Memang kedai dia jual aircond sahaja. Aku amik Midea 1.0hp inverter (RM1150) dan Midea 2.0hp inverter for living room (RM1980).

Okay untuk lampu pulak, macam downlight, eyeball, LED strip and T5 semua tu aku beli dekat kedai hardware je sebab lebih murah. Macam downlight dapat RM9 sibijik untuk 6 inch punya diameter. Pendant lights dekat bar table pulak aku beli guna voucher laki aku dekat Reka Lights Seremban 2. Dapat voucher RM200. Tapi lampu kat situ agak mahal so aku amik 2 ketul tu je lah. Sebijik harga RM150. Wall lamp dekat bilik pulak 4 bijik aku beli dekat One Living Semenyih. Harga sebijik RM39. So begitulah kisah lampu dan kipas aku..

Dann aku mintak upah cat jugak sebabnya aku nak rumah warna putih tapi developer punya cat warna dia kekuningan sikit walaupun catnya nama Lily White. Aku beli Nippon Paint Easy Wash code Brilliant White. Harga RM 345 untuk satu tong dan aku guna untuk satu rumah 2 tong..

Okay untuk semua ni aku amik dengan satu contractor je senang. Kalau tak payah aku nak mikir. Nak siapkan semua ni amik masa lebih kurang 3 minggu sebabnya rumah aku ni boleh kerja weekdays je dari 9am smpai 430pm dan Sabtu half day..

Aircond piping and installation - RM4500

Plaster ceiling - RM8000

Wiring dinding dan install appliances - RM1500

Painting - RM1500

Simple plumbing - RM350

Hack dinding dan tukar window panel - RM850

So total RM16700 untuk benda ni sahajaaa yeeeee. Pening otak tengok duit mengalirr hahaha..

Contractor:
KHIW Home and Reno (016-693 6338)

Siap!!

Keadaan awal 

Warna dinding asal - Lily White

Dah hampir settle

Readykan piping for Room 2 and Room 3

Simpan dulu dalam casing


Okay dalam masa yang sama ni aku terus jugak install invisible grill untuk living, master dan second room. Why pakai invisible grill? Sebab nak nampak kemas and cantik di samping untuk safety supaya yang di dalam tidak boleh terjun keluar insyaAllah. Mind you jugak invisible grill ni bukan bertujuan untuk elak pencuri masuk sebab tu rumah landed tak guna benda ni. Sebab cable nya tu kalau guna cutter aku rasa akan putus. So memang tujuan dia untuk safety terjunan di samping nampak kemas dan boleh nampak view luar. Invisible untuk tingkap sahaja sebab foyer dan yard perlu ikut spec management..

Cost: RM1280

Contractor:
SKL Industry (Jin - 017-831 8180)


Invisible Grille in Living Room

Invisible Grille in Master Room

Okay tu je lah Part I untuk kisah renovation. Kita sambung next post kat sini..

Comments

Popular Posts