Rumah Nexus Part I - Dapat Kunci Rumah

 Assalamualaikum...

Hai. Selalunya blog ni aku cerita tentang percutian aku, jalan-jalan, pergi mana-mana ke kan. Tapi kalini nak cerita benda lain pulak iaituuu Rumahku Syurgakuuu. Aku akan letak bawah satu label yang sama lah dan aku namakan label tu dengan nama Rumah Nexus hihi.. Dan apa-apa post berkaitan rumah ni bermula dari dapat kunci, nak deko, beli barang aku akan letak part by part mcm Part I Part II Part III gituu baru lah boleh baca ikut susunan ye dakk. Dannn aku ada buat satu akaun IG dan TikTok khas untuk rumah ni. Do follow @rumakite___ untuk kedua dua akaun..

Aku nak cerita kisah awal-awal beli rumah ni. Aku pergi showrom masa tu sebab dapat email dari PR1MA kata ada jualan rumah PR1MA under MKH as developer dekat Jalan Bukit Kajang. Jualan kedua lah untuk rumah yang mana tak terjual lagi. Aku berminat sebab rumah ni sebelah MRT Kajang. Masa tu aku pergi kerja memang naik train so tertarik lah jugak dengan rumah ni. Masa ni bulan Oktober 2018 dalam 2 bulan lepas aku kawin..

Aku datang tengok then terus rasa macam nak beli padahal tak fikir panjang pun duit ada ke tak ke. Masa tu memang betul betul rasa membuak buak nak beli. Umur aku baru 25 tahun masa tu. No booking fee. Aku terus pilih rumah. Terus cek loan dengan Bank Islam and CIMB. Aku pilih rumah Type A2 Block A. Harga masa tu RM 340k lebih kurang lah tak ingat. 950sqft 3 bilik tidur 2 bilik air. Loan amik dengan CIMB sebabnya dia paling cepat bagitau loan dah lulus. Wahaha dasar tak penyabar. Interest rate aku dah lupa..

Tahun 2019 bulan Mei aku sign S&P. Apa tu S&P ek? Sales and Purchse aggrement iaitu Perjanjian Jual Beli rumah. Masa beli rumah ni under construction lagi. Bukan takat foundation, tanah pun masih bersih lagi. Dia ada pros and cons lah beli rumah under construction ni. Pros dia bila harga rumah masih murah. Once rumah ni hampir siap dengan market berubah lagi harga rumah akan naik. Sekarang rumah yang sama terjual dengan harga RM 500k. Cons pulakk lambert lagi lah nak siapp nyaa. Dan sepanjang pembinaan tu kau kena bayar progress fee dekat bank dengan nilai harga mengikut progress rumah tu. Tahun 2020 aku dah start bayar dengan harga RM300 sebulan dan makin lama makin naik and 2023 aku dah bayar hampir harga penuh dalam RM1.6k. Btw monthly rumah ni RM1730..

Lama ye nak tunggu rumah ni siap dengan masa tu PKP nya. Bayangkan 2018 pilih rumah 2024 baru boleh VP (Vacant Possession) atau dengan kata lain amik kunci. 6 tahun setia menunggu. Masa beli dia tulis expected siap adalah 2022. Haa hamik extra 2 tahun kauu. Dalam group banyak bunyi dah tapi aku biarkan diorang yang bising aku follow je haha. Dalam masa tu aku kumpul je lah duitnyaa..

Dan sambil sambil nak tunggu kunci tu aku survey banyakkk company untuk kitchen cabinet, ceiling, wiring, flooring dan fluted panel. Kalau kira kira adalah dalam 20 company aku dah tanya. Bila dah tanya pening pulak. Dilema pulak tu antara keinginan dan kemesraan poket haha. Aku akan cerita detail pasal benda ni dalam post yang lain. Jemput baca tauu..

Okay fast forward lah eh. Mac 2024 ada kawan kawan dalam group dah terima surat untuk VP. Developer sent out pakai post takde emel. Masing-masing tunggu macam cacing kepanasan. Surat tarikh 11 Mac 2024 tapi seminggu dua minggu surat masih tak sampai. Basically dalam surat tu akan tulis penyerahan milikan kosong (VP) dan perlu bayar certain miscellaneous amount oleh pemilik dan jugak bank untuk fully disbursed bayaran ke developer. Then baru akan dapat Clearance Letter untuk buat appointment pengambilan kunci..

Namunnnnn sehingga ke 19hb aku masih tak terima surat jadinya aku emel ke PIC developer tanya pasal surat aku. Maka dia pun emel lah suratnya. Rupanya pembelian aku ni ada cashback pada ketika aku beli dulu tanpa menyedarinya haha. 10%. Aku dah kata masa beli aku tak pikir apa aku tengok harga rumah then yang aku tau nak buat 100% loan. Itu je. So rupanya ada rebate 10%. Actually kalau boleh berfikir masa tu boleh je nak pilih 90% loan so downpayment free sbb rebate 10% tu. Aku pulak mmg amik 100% loan so baki 10% tu dia pulangkan balik masa ambik kunci. Faham tak? Kiranya macam 10% aku tu masuk loan lahh. Tapi takpelah boleh tambah duit aku untuk cost renovation nanti hehee..

Soo sejurus selepas dapat emel aku terus isi borang refund cashback dan emel ke developer. Dalam hari yang sama aku dapat dah Clearance Letter dan dah boleh set appointment. Aku sengaja amik belah petang senang balik kerja singgah. So appointment set on 27 Mac 2024 pukul 2.30 petang. On the day, lepas amik kunci dan daftar apps untuk defect terus diorang bawa ke rumah dan ke Management Office (MO) untuk daftar dan amik access card. Dibekalkan dengan 2 master access dan 2 parking access..

Finally...

Esoknya cuti umum sekali lagi aku datang bawak anak dan emak aku pusing pusing tengok rumah and facilities. Laki aku takde time ni dia pi laut so nanti kita round dengan laki pulak. Balik tu aku booked appointment untuk defect inspection. Kalini dapat RM180 je compare dengan rumah Tiara Sendayan RM350 kan. Rumah Sendayan tu rumah teres so logic lah dia mahal sebab banyak dia kena cek sekali bumbung dan dalam tangki.. 

Tapii lepas beberapa hari aku cancel defect inspection sebab aku rasa kerosakan dia agak minor dekat sini dan aku boleh check sendiri kalau ada problem lain. Memandangkan dah ada pengalaman dengan rumah terdahulu so aku rasa tak payah lah sebab kalau dah ditampal dengan sticker aku kena tunggu dia repair yang boleh makan masa sampai 2 bulan atau lebih. Elektrik dan flow air bagi aku okay dah. Cuma kalau kebocoran kena tunggu orang atas duduk beberapa bulan baru dapat detect. So macam tu lah..

Dannn Sabtu ni 6 April aku dah booked appointment untuk kitchen cabinet, wiring, ceiling and invisible grill untuk datang dan bagi quotation.. 

So selebihnya cerita aku akan sambung dekat next next next post.. 

Terima kasih sudi baca..

Comments

Popular Posts