Hiburan di Genting SkyWorld Outdoor Theme Park

 Assalamualaikum,

Okay kalini kita pergi berhibur dan enjoy di Genting SkyWorld Outdoor Theme Park pulak. Sementara suami ada sini maka kita pulun lah untuk kesana kesini. Last pergi Genting Theme Park ni masa 2013 tak silap masa theme park lama lagi and pernah pergi sana 2 kali je. Lepas tu dia tutup and renovate untuk jadi theme park baru iaitu Genting SkyWorld. Indoor theme park pun ada nama dia Genting Skytropolis. Tiket dia lain lain tau so jangan salah beli. Ehh macam dah lama tak main theme park kan. Last masa pergi USS tahun 2019. Boleh baca sini untuk support. Nak repeat tapi tulah menelan belanja yang besar hahaha..

Okay kalini pergi 2.2.2023 weekdays jugak untuk mengelakkan kesesakan manusia. Tiket beli seminggu sebelum. Pergi berdua je dengan husband while anak pergi taska and balik tu mintak tolong mak aku amik Aara di taska. Kalau nak main puas elakkan bawak anak kecik sebab banyak diorang tak boleh main. Tiket boleh beli di website Resorts World Genting. Disebabkan masih fasa soft launch maka tiket masih lagi berharga RM 151/seorang untuk dewasa. Soft lauch tu apa? macam pembukaan belum rasmi lah. Bila nak rasminya taktaulah. Kami decide naik separuh jalan je park di Genting Skyway dan naik cable car sampai atas. Tiket return RM18/seorang.. 

Welcome to Genting Skyworlds

Disebabkan nak fully utilize masa disana maka wajib untuk korang study maps terlebih dahulu dan tau ride mana nak naik dulu dan mana nak naik kemudian. Kira macam buat itinerary sendiri lah kat atas tu. Sebabnya korang kena download apss SkyWorld dan perlu booked ride guna VQ (Virtual Q). Means dapat jimat masa beratur. Tapi ride yang boleh booked guna apps hanya 6 rides sahaja. Selebihnya beratur lah guna kaki. Make sure masa untuk naik ride tu betul sebab tu kena study maps. Jangan pi booked ride sini pukul 12 pm pastu next ride 1230 pm kat hujung belah sana pulak dann di mana mana theme park pun bila korang pergi mesti ada yang akan tutup sebab under maintainance. Masa aku naik ni Rivet Town Roller dengan Boot Camp Training are temporary closed. So layan je laa kann. Btw masa kitorang pergi ni kitorang tak booked guna VQ pun sebab orang tak berapa ramai so okay je beratur manual. Waiting time semua 5 mins - 10 mins je kecuali dekat Acorn Adventure dengan Terraform Tower around 20 mins. Nah tengok maps kat sini dulu..

Maps Genting SkyWorld

Okay untuk ceritakan satu persatu ride and show yang ada tersangatlah panjang and too hard to explain yaa maka korang boleh belek maps sendiri and buat brainstorming hahaha over kann. Tapi begitulah kisahnya study maps..

Pagi tu hantar anak ke taska dalam 8 am dah hantar dan kami terus bergerak ke GH lalu Gombak sebabnya jalan Batang Kali tutup lepas kes tanah runtuh haritu. Disebabkan pergi time orang kerja maka jalan jammed ye merempuh sekali dengan orang nak pergi kerja dan sekolah so bertabahlah. Disebabkan nak cepat maka kita breakfast di R&R Genting Sempah terus. Habis breakfast dalam pukul 10 am jugak lepas pergi tandas apa semua then terus gerak. Nak dijadikan cerita yang membuatkan darahku membara bila husband aku pergi waze parking SkyWorld instead of parking SkyWay/ GPO. Patutlah aku tiba tiba nampak GPO tapi tak sampai sampai pastu aku tengok jalan dia makin mendaki. Hmm mmg betul sampai pintu SkyWorld dah. Aku dah suruh dia parking je sebab takkan nak patah balik an. Tapi sebab aku dah membebel so dia patah balik jugak ke GPO untuk naik jugak cable car huhuu. Park situ full day RM 24..

Sampai GPO tu pun dah pukul 1045 am dah. Actually ingat nak sampai pintu depan SkyWorld before theme park bukak pukul 11 am tapi dah jadik macam ni memang lambat lah. Nak berjalan lagi kan. Kira kitorang masuk theme park pukul 1130 am..

Okay habis dah kisah perjalanan kami haha so kita cerita pasal ride pulak. Sebelum tu aku senaraikan ride yang ada kat sini. Kira ringkasan dari maps atas tu lah so that korang boleh check either ride ni dah naik ke belum ke so takdelah nanti terpinga pinga..

RIO
1. Samba Gliders - ni best bergayut kat atas
2. Blue Sky Carousel - yang ni macam merry go round je tapi versi cantik
3. Rio Carnaval Chaos - yang ni macam cawan pusing tu pun bezanya cantik jugak

EPIC
1. Epic Voyage to Moonhaven - perlukan raincoat sebab akan basah
2. Epic Hummingbird Flyers

ICE AGE
1. Sids Rock and Slide
2. Ice Age Expidition Thin Ice - pengembaraan Ice Age
3. Acorn Adventure - ni roller coaster tapi tak seram sangat
4. Mammoth Fun Zone - ini cuma playground untuk kids
5. Sids Playhouse Ice Age Time Warp - ini adalah kids show dan perlu booked VQ sebab ada masa

ANDROMEDA BASE
1. Alpha Fighters Pilot - ni best sebab psuing 360 degree
2. Terraform Tower Challenge - ni nak tercabut nyawa
3. Bootcamp Training - temporary closed

ROBOTS RIVET TOWN
1. Big Welds Zeppelin 
2. Rivet Town Roller - temporary closed

LIBERTY LANE
1. Invasions of the Planet of the Apes - 3D adventure

CENTRAL PARK
1. Night at The Museum Midnight Mayhem - 3D adventure
2. ESD Global Defender - ni best sebab pusing pusing
3. Indipendance Day Defiance 

EAGLE MOUNTAIN 
1. Mad Ramp Peak - coming soon belum bukak lagi

Okay so ni semua senarai games kat atas tu. Ada yang kids punya level and ada yang bebetul seram. Macam Acorn Adventure tu roller coaster cuma bagi aku tak seram macam Battlestar Galactica dekat USS sebabnya dia tak menjunam dan takde 360 punya turn. Terraform Tower pun seram tapi bagi aku Space Shot theme park lama lagi tinggi dan kedudukan dia kat tepi gaung membuatkan dia lagi seram dari Terraform. Ini aku naik sorang sebab husband aku tak sanggup hehehe..

Macam Alpha Fighters Pilot dengan ESD Global Defender ni dia ride yang berpusing pusing so agak mencabar badan anda sebab kita akan rasa nak keraskan badan sebab takut haha. Kat sini banyak ride pengembaraan yang 3D macam Planet of The Apes, Night at the Museum dan Independance Day. Kalau nak cerita one by one memang susah so korang kena rasainya sendiri.

Ada ride memang tak boleh bawak masuk beg lansung so mng kena rent locker. Whole day RM 25. tapi bawak lah sekali phone and wallet letak dalam pocket kot kot nak amik gambar ke kan cuma ada certain ride kena tinggalkan loose item dekat kaunter. Toilet, surau, kedai makan don't worry sebab banyak sangat. Dekat apps tu ada part F&B so korang boleh cek restoran atau kafe apa yang ada and jual apa. Kami makan di Golden Gate Garage area Central Park. Harga sedikit kayangan lah dekat sini..

Raincoat ride

Baju selamat tapi kasut habisss

Ice Age Theme

Invasion of the Planet of the Apes

Mad Ramp Peak masih belum operate

Terraform Tower

Epic Hummingbird Flyers

Rio Carnaval Chaos

Mammoth Fun Zone

Night at the Museum

Muka menyesal lepas naik Acorn Adventure

RM 19 satu set dengan air di Golden Gate Garage 

Okaylah ini je gambar aku upload cukup lah tu kan. Kat sini banyak port amik gambar cantik cantik. Tapi tulah kalau sehari nak naik ride nak amik gambar banyak banyak nak makan kat banyak tempat aku rasa memang tak sempat so mungkin kena pergi kali kedua pulak. Ehhh hahaha. So far memang best. Puas. Dan mungkin akan repeat bawak anak pulak. Atau mungkin akan try indoor pulak ke kan. Balik tu aku carik fridge magnet sebab pergi mana mana memang wajib beli fridge magnet. Harga kemain seketul tu RM 30 haa tapi tulah beli je lah satu..

Till next time guys. Genting SkyWorld Outdoor Theme Park is done!!

Jumpa lagiii

TQ husbankkk

Thanks for reading. Bye!!

Comments

Popular Posts