The Landmark Seaview, Penang Percutian 2023
Assalamualaikum...
Ke mana pulak kita kalini?? Kalini ke Penang dengan semua family aku. Husband, anak, mak, abang, kakak ipar dan adik aku start dari 11.2.2023 sampai 13.2.2023. Mula mula dah booked January tapi ehh laki tak dapat balik pulak so postponed lah ke bulan February. Kenapa Penang eh. Sebab macam dah lama tak pergi and adik aku asyik lah kata nak pergi Penang nak makan Pak Mat Western lah Ais Tingkap lah. Aku booked hotel dari bulan Julai through Booking.com. Kitorang stay dekat The Landmark area Tanjung Tokong. Hotel apartment aku amik yang ada 3 bilik harga RM 786 untuk 2 malam tu. Okay untuk hotel aku sponsor lah sebab malas nak kutip duit. Kalini kita belanjaaaa.. sape tak jadik pergi aku mintak denda RM 200 sorang haa..
Fokus percutian kalini memang untuk makan je sebab rasa kat Penang dah macam macam kedai makan orang viralkan. Mana yang boleh pergi kita toraiiii..
Intro: Penang Bridge |
Day 1
Kami gerak dari Semenyih start 630 pagi. Ayem, Iyom ngan Nani naik kereta Honda mak while aku, laki, anak and mak aku naik kereta laki aku. Almaklumlah baru angkat keta baru haha. Gerak awal sebab jauh and nak santai santai. Singgah RNR Rawang sebab Yom nak drive thru Starbucks. Sarapan dekat RNR Tapah kitorang makan dekat Pak Tam tepi tu. Boleh tahan mahal ehh harga dia. Aku makan nasi lemak tapi tak sedap hmm. Aara bukan main selera dapat makan mee sup haa..
Then terus sambung perjalanan tak behenti dan terus sampai ke Pak Mat Western, Bukit Mertajam. Disebabkan kitorang sampai around pukul 1 petang so takdelah ramai sangat. If petang dah nak malam boleh beratur okay. Pak Mat Western ni Ayem yang nak sangat makan. Kuah blackpaper dia sedapp. Order Mix Platter 2 Mix Grilled 1. Total semua RM 95 yang ni Ayem belanje..
Habis makan terus menuju ke hotel. Kalini kita tido di The Landmark Tanjung Tokong. Check in time dia start pukul 4 pm tapi aku tanya boleh ke masuk awal dia kata okay so kitorang masuk pukul 3 pm. Besarrr gila yaa. Balkoni dekat ruang tamu ada dekat bilik master ada dekat bilik kedua ada. Berbaloi lah harga dengan biliknya. Masuk je masing masing terus lena dibuai mimpii..
The Landmark view from L16 |
Swimming Pool |
Master Bedroom |
Dalam pukul 6 pm kitorang keluar semua nak lepak dekat Padang Kota. Even pergi time weekend biasa tapi Penang ni memang sentiasa jammed ye dan susah nak cari parking. Lepak amik gambar je sini sambil Aara dapat sebijik mainan. Pergi foodcourt ajak Fendi round situ sebab dia tak pernah sampai sekali ternampak Yom ngan Nani tengah makan laksa. Kalini kitorang tak makan sini sebab dah 2x datang dah makan sini. So kitorang makan pasemboq dekat Disco Pasembur, Gurney Drive. Ni sekali ambik dah RM 70++ and Nani yang belanje. Makan kerang bakar jugak and Fendi makan nasi lemak sebab lapar nasi. Habis dinner terus balik bilik dan tidurr..
My Little Family |
Padang Kota |
Mak and Ayem |
Maknekk atottttt |
Disco Pasemboq |
Day 2
Pagi pagi masing masing malas nak keluar sebab nak tido so kita keluar dalam pukul 1030 pagi nak carik nasi kandar. Actually taktau nak makan mana sebab kitorang ni jenis malas beratur tempat panjang panjang ni tapi dah kata sampai Penang nak gak lah try tempat viral. So mula mula pergi Deen Maju sekali bila sampai eh tutup takde orang punnn rupanya pukul 12 pm baru bukak. Then malas tunggu try lah pergi Hameediyah pulak sekali nohhhh panjang nyaa beraturr. Dah pikir lunch restoran Kasim belakang tu je lah sebab takde orang huhuu. Pastu Yom kata jom je lah pergi Deen beratur sementara takde orang. Okay sekali sampai sampai laaa dah ada orang beratur dahh. Maka jom je lah beratur ye. Ada lah dalam 20 orang depan kitorang and masa tu pukul 1130 pagi..
Harga dia bagi aku biasa biasa je lah means takdelah terkejut sangat. Disebabkan diorang beratur dulu so diorang bayar diorang punya je lah while Fendi bayarkan untuk aku, mak and Aara punya sekali. RM 36 untuk 4 pinggan nasi. Aara nasi dengan sayur je lah. Aku nasi dengan ayam. Mak nasi, ayam, daging, sayur and Fendi nasi tomato, ayam, telur masin ngan sayur. Pastu rasa macam murah terus suruh Fendi amikkan sotong goreng RM 12 sekor. Not baddd harga and rasa diaa. Cuma tulah kena beratur hmmmm..
Deen Maju |
Sedapnyaaa hmmm |
Habis makan Deen Maju ingat nak pergi Balik Pulau nak makan Laksa Janggus tapi tengok google kedai dia bukak pukul 330 petang so decide pergi Batu Ferengghi je lah lepak sana sebab baru pukul 1 petang. Batu Ferengghi sebenarnya aku taktau nak buat apa kat situ tapi aku teringin jugak nak pi Penang tapi tidur dekat hotel Batu Ferengghi cuma masih tak kesampaian sebab diorang lagi suka duduk Georgetown bnyak makanannn haha. Adalah lepak tengah panas pantai ni dalam 30 minit pastu gerak gi Balik Pulau carik Laksa Janggus..
Green Goblin |
Dari Batu Ferengghi ke Balik Pulau amik masa dalam 50 minit jugak sebab laluan dia ya Allah berliku liku ku harung roller coaster. Sempit gila dan kona baring haha. Tapi nasib baik berbaloi bila Laksa dengan ABC Milo dia sedapnyaaa. Aku beli ABC Milo 2 ABC biasa 1, sirap bandung, sirap ais baru RM 17. Mak belikan laksa tapi sedapnyaaa omg terigau igauuuu..
Laksa Janggus |
Marvellousss |
Habis makan terus balik tapi lalu belah bandar pulak. Around pukul 6 petang dah sampai bilik. Malam tu ingat macam dan malas nak makan sebab kekenyangan lagi. Yom ngan Ayem kata nak order pizza makan kat bilik sambil tengok AJL tapi aku macam kesian Aara sebab dia mesti nak nasi. So decide nak keluar bertiga je lah carik kedai tomyam ke. Ajak mak memula taknak pastu macam nak last aku ajak je lahh naik satu kereta pastu Ayem ikut sekali. Search kedai tomyam okaylah jumpa tak ramai orang. Ayem dah on dah sekali Fendi kata nak makan Pasemboqq lagi so nak try Padang Brown pulakk haha..
Fendi amik Pasemboq harga dalam RM 36++ jugak lah. Mak beli Char Kuey Teow pastu Aara tetap nasi dengan sup dia. Kitorang makan je pasemboq tuu sekalii tak cukuppp hahaha. Then Fendi amik lagi second rounddd amboiii masing masingg. Kali kedua punya RM 16++. Balik tu Yom ngan Nani beli Domino pulak 4 bijik medium size punya. Makan lagiii sambil layan AJL smpai pukul 1 pagi hehe..
First round |
Padang Brown |
Day 3
Hari terakhir tak buat apa apa sangat. Pagi tu sarapan mee goreng dengan kuey teow goreng bungkus dekat Padang Brown semalam. Then kemas kemas and check out pukul 1130 am. Sebelum balik singgah Ais Tingkap jugak sebab rugii kalau tak tryy. Ais Tingkap ni just sirap selasah dengan kelapa je. Nama dia Ais Tingkap sebab dulu dulu dia berniaga hulur dekat tingkap je haa. Kitorang makan situ sekali dengan cendol. Boleh tahan sedapp. Cendol 6 dengan Ais Tingkap 3 harga RM 43. Dulu dulu pakai plastik pastu tukar cawan sekarang dah guna botol pulekk..
Ais Tingkap di Lebuh Tamil |
D3 at Penang Road |
Settle Ais Tingkap terus balik lalu Jambatan Kedua. Lunch dekat RNR Gunung Semanggol and solat apa semua dulu and next stop dinner dekat RNR Ulu Bernam. Okay sekian percutian satu family ke Pulau Pinang. So far aku memang suka gila Penang. Jarang pergi tapi bila balik tu meninggalkan kesan betul lah ewahh haha. Before ni dah pergi tahun 2007 dengan 2017 masa tu babah ada lagi. Kalini babah dah takde tapi keluarga dan makin besar. Omg rindu nya babah and everything..
Thanks for reading. Bye!
Goodbye Penang |
Comments
Post a Comment