Dapat Kunci Rumah Part II - Tiara Sendayan

 Assalamualaikum...

Okay post ni adalah kesinambungan dari Part I punya kisah kunci rumah. Boleh baca sini. Haritu dah cerita sampai part defect inspection kan. So rumah settle dibaiki pada 1 Mac 2024. Kisahnya mula mula tak terpikir nak pasang tinted sebab dah ada langsir buat apa nak letak tinted kann. Tapii ada nasihat dari seseorang katanya better pasang tinted sebelum start any renovations work. Haaa nak tau kenapa aku takleh lah cerita sini nanti aku kena saman pulak hahaha.. ytjt hehe..



Before ni lagi dah riki riki kedai tinted secara online. Ada tu kena buat site measurement dulu baru boleh dapat harga. So aku adalah tanya kawan aku ni rumah dia kat Seremban 2 and mintak dia contact number orang yang pasang tinted tu. Rumah dia double storey katanya dapat around RM 700. Murah lah kan untuk double storey? Then lepas tu aku masuk whatsapp group Ayana 1 then tanya lah member dalam tu mana diorang pasang tinted and cost nya berapa. Ramai cakap around RM 350 hingga RM 380. Okay sangat dah tuu..

Aku sebagai orang yang memang pemalas nak survey harga ni terus rasa macam ehh okaylah harga tu terus lah mintak contact number. So dia bagi untuk rumah intermediate single storey RM 350. Tanpa fikir panjang terus locked untuk pasang minggu tu jugak. Btw rumah aku punya defect developer belum baiki pun lagi tapi aku pasang dulu tinted sebab defect aku takde melibatkan pembaikian cermin. Nak tunggu settle defect lambat sangat maka kita pasang lah tinted dulu. Pemasangan dalam 3 jam. Kami buat hari Sabtu 27 January 2024..

Next lepas tinted kitorang decide untuk buat grill dulu. Sebab ni antara harga yang terbesar sekali. Mulanya pikir taknak pasang awning pastu mcm eh pasang lah sebab lepas kitorang datang masa Disember haritu hari hujan tiba tiba rasa macam wajib pasang awning dekat yard dan pintu belakang. Sebabnya bila bukak pintu sikitt je pun time hujan air terus masuk rumah dan kena pintu. Sayang lah pulak kembang pintu aku nanti maka kitorang pikir nak pasang awning. Kisahnya jadik macam tu sebab developer buat pintu buka ke luar so memanglah kena hujan kann. Last last kitorang decide taknak lah pasang awning kitorang upah tukang pintu untuk ubah arah pintu masuk ke dalam so grill belah luar. Senangg. Dekat porch kitorang tak pasang awning biar je dicurahi dengan cahaya matahari gituu..

Okay kos untuk grill satu rumah adalah RM 2800 dan kami buat dengan Iman Aluminium. Bilik tiga tiga ada tingkap 2 panel. Sliding 3 panel. Pintu dapur. Pintu yard. Tingkap dapur. Tingkap bilik air. Banyak jugak. Nak buat cemane kang tak pasang takde pulak orang nak sewa. Alang-alang tu mintak sekali diorang buatkan rail langsir yang biasa tu untuk setiap tingkap dan sliding. Harga untuk rail RM 350 satu rumah. Untuk grill aku survey dekat 2 orang je. Iman bagi RM 2800 and satu lagi bagi RM 4300. Dua dua include powder coating. Beza betholll so terus je lah amik ngan dak Iman. Settled. Pemasangan amik masa 2 minggu lepas datang ukur. Datang ukur on 27 Februari 2024. Siap pasang 23 Mac 2024. Tukang yang tukar arah pintu tu pulak siapkan pintu 29 Februari 2024..

Okay step seterusnya adalah nak pasang kipas dan lampu. Kitorang ada dapat voucher dari Reka Lights RM 200 gift dari Matrix masa ambik kunci haritu. Reka Lights ni agak mahal kedai dia. Disebabkan nak sewakan je rumah ni maka kitorang decide beli lampu dan kipas yang biasa. So voucher tu aku guna untuk beli lampu rumah aku nanti haha. Aku tak tambah apa apa wiring dan plug point. Cuma upah pasang kipas dan lampu je. Masa carik tukang pasang pun aku tanya 2 orang je. Then aku decide amik dengan Zamir Aircond and Electrical Services. Dia charge untuk kipas RM 30/sebijik dan lampu RM 15/sebijik. Kipas pun beli yang biasa 5 bilah takde remote control tu. Jenama DEKA. Controller dia yang pasang kat dinding tu je ha. Harga RM 130. 5 bijik. 3 bilik. 1 living 1 dining. Lampu pulak semua amik yang jenis LED bulat tampal ke ceiling tu. Tak boleh pakai downlight sebab dinding concrete. Tak kuasa lah nak buat plaster ceiling kan. Tapiii simple and elegant. Cewah haha. Lampu beli dekat Shoppe je kedai Light World baru RM 9 untuk 24W size 9 inch dan lampu jenis Daylight (paling terang). Lampu yang sama dengan size yang lagi kecik dekat kedai harga RM 37 maka pilihan di tangan anda hehehe. Settle pasang lampu kipas 1 Mac 2024..

Btw semua benda di atas ni buat masa defect repair work tak habis pun lagi. Belah dalam mcm dinding, accessories dan tiles diorang dan settekan cuma part air je masalah lagi. Air direct sangat sangat kecik dan tak kuat. Direct pun tak kuat apatah lagi nak masuk tangki. Jadinya air tak smpai tangki nak check kebocoran pun tak dapat. Tangki pun tak boleh nak check okay ke tak. Sooo contractor masih lagi berusaha untuk settlekan hal ni. Diorang selesaikan semua defect pada 1 Mac 2024 sekali jalan dengan pemasangan kipas lampu semua tu..

Dan lastly benda ni decide last minute jugak sebab kejap nak kejap taknak. Buat tabletop! Actually mula mula macam tknak buat sbb cost lah kan tapi bila pikir balik dapur yang developer provide ni kecik dan dia letak sink tengah tengah. Paip untuk washing machine hujung sekali dan tak ada tempat nak letak cabinet dapur untuk masak tu. Takde dah tempat nak letak sebab backsplash area memang dekat sink tu je. Satgi kang dia masak kat dinding jenuh laa kan tak boleh lap. So sebagai bakal owner yang prihatin kami decide untuk buat table top sahaja dan alihkan sink. Mula mula nak buat 6ft je smpai dapur area yang ada backsplash tapi kontraktor kata tambah sikit untuk extend smpai 8ft and tiles backsplash tu dia bagi free sebab ada lebih haha. 6ft tu pendek sebenarnya. So okaylah buat 8ft. Settle! Total table top sekali alihkan sink RM 2400. Sink beli sendiri harga RM 200..

Akhir sekali bila semua ni dah siap kitorang pun cuci lah rumah. Kalini tak upah orang sebab duit dah banyak lebur. Buat sendiri je sebab tengok rumah ni macam takdelah teruk sangat kekotorannya. Kalau teruk ye memang tak kuasa aku nak cuci hahaha. Settle cuci dah boleh angkut barang yang dekat rumah sewa sekarang untuk dibawa ke sini. Aku decide nak angkut je semua yang ada tu. Sofa, meja makan, set bilik tidur, rak apa semua tu lah. Hantar guna LalaMove jee nantiii..

Now dah boleh buat iklan sewa!! Semoga dapatlah penyewa yang boleh jaga rumah ni macam aku jaga rumah orang aminnn..

Roughly cost hangus untuk rumah yang nak disewakan ni ialah:

Defect Inspection: RM 350
(Al Has Resources - 012 3250686 En Taufiq)

Tinted: RM 350
(011 27118580)

Upah Alih Pintu: RM 350

Grill: RM 2800
Rail Langsir: RM 350
(Iman Aluminium - 011 23890608)

Kipas: RM 650

LED Surface Lights: RM 124

Upah Pemasangan Lampu Kipas: RM 330
(Zamir Aircond and Electric Services - 016 6513129)

Table Top: RM 2400
(Helmi - 010 666 9240)

Sink beli Shopee: RM 200

Total: RM 7904

Okay itu sahaja. Jumpa lagi next post rumah Kajang pulak!!


Comments

Popular Posts