Dapat Kunci Rumah Part I - Tiara Sendayan
Assalamualaikum...
Benda yang paling semua orang tak sabar bila beli rumah adalah VP Day!! atau dengan kata lain nya Ambil Kunci Rumah!! Maksudnya rumah dah siap dan boleh dah didudukiii. Okay nak cerita lah sikit pasal rumah ni ye nak buat kenang kenangan. Tiara Sendayan ni rumah suami aku. Aku dah beli rumah awal dah dekat Kajang tahun 2018. Masih belum VP sehingga ke tarikh ini yee haha. Laki aku ni dia adalah bercadang nak beli rumah and adalah nyatakan hasrat dia tu dalam tahun 2021..
Macam biasa lah nak beli rumah tu nak lah tau area mana dia prefer, rumah jenis macam mana dia nak. Boleh katakan aku ni ibarat penasihat dia. Bila dia dah sebut nak beli so aku galakkan sangat lah. Disebabkan aku dah beli condo so dia nak rumah teres atas tanah. Area mana dia okay je asalkan harga rumah tu within budget. Bincang punya bincang kitorang pikir kalau area Selangor kawasan rumah yang baru naik adalah area Sepang/ Dengkil. Bukan kawasan kitorang and tak berapa minat area sana. Dalam pada tu adalah sebut nak duduk N9. Kitorang ni boleh katakan selalu pergi N9. Semua pelosok N9 kitorang dah jejak. Sebab mak aku pun duduk Semenyih so memang kalau berjalan mesti ke arah sana. Dan adik aku pun ada bukak kedai dekat Metropark Sendayan..
Maka pencarian bermulalah dengan menggoogle 'Rumah Untuk Dibeli Area Mantin'. Kenapa Mantin? Of course lah sebab dekat je dengan Semenyih. Ada satu rumah kitorang tengok dah. Small development area. Kawasan adalah dalam 20 bijik rumah je dia bangunkan. Sekitar tu kawasan perumahan lama. Rumah teres setingkat harga dalam RM 320k dengan keluasan lebih kurang 1300 sqft dengan 4 bilik dan 3 bilik air. Sekali tengok macam okay je nak beli. Ada beberapa biji rumah lagi yang belum terjual. Dalam pada tu tanya lah jugak tempat lain. Area Sendayan memang aku tahu tengah membangun dengan banyak kawasan perumahan baru. Alah area Masjid Sri Sendayan yang viral tuu. Kalau Seremban 2 dah dipenuhi dengan perumahan IJM, dekat Sendayan pulak dipenuhi dengan perumahan oleh Matrix. Siapa tahu area tu tahulah macam mana. Kebetulan jumpa satu salesperson Matrix ni bagitahu nak launch fasa baru dalam sebulan lagi. Teres setingkat jugak berkeluasan 1056 sqft dengan 3 bilik dan 2 bilik air berharga RM 225k. Kawasan perumahan memang cantik lah sebab baru. Maka berfikir lah kami antara dua..
Floor Plan Ayana I |
Sebelum tu laki aku ada cakap nak beli double storey. Cuma aku kurang setuju. Sebabnya double storey mahal and area sana boleh lah dapat dalam RM 430k macam tu. Mampu tu memang mampu tapi aku takut sesak. Sebabnya laki aku nak beli ni loan sorang. Loan aku dah guna untuk rumah Kajang so aku rasa macam cadangan ni tak berapa sesuai. Dan kitorang bercadang nak sewakan rumah ni dan duduk dekat Kajang so buat apa sewakan rumah yang besar ye dakk. Fuh panjang ye mukadimah nak beli rumah ni tapi takpelah hadap je lah siapa yang sanggup baca haha..
So pikir pikir timbang tara bagai maka kitorang proceed untuk booked slot launcing rumah di Tiara Sendayan Precint 13A (Ayana 1). Salesperson yang akan rebutkan untuk kitorang dan kalau dapat secure satu rumah barulah proceed untuk loan sama ada lepas atau tak. Kalau lepas baru lah pergi ke next step untuk sign loan aggrement dan S&P. Dipendekkan cerita S&P dah di sign pada November 2021 dan hanya perlu membayar progress fee tiap bulan sehinggalah rumah siap..
Cerita dia laki aku ni kerja offshore so surat sampai kat rumah aku tak pernah lah bukak sebab malas an. Rupanya ada satu surat smpai mengatakan rumah dah siap CCC dan perlu bayar untuk masuk air dan elektrik. Tapiii tak perasan pun surat tuuu hahaa. Dannn lepas tu datang lagi satu surat untuk minta ambil kunci di D'Tempat Club House pada 16 November 2023 punnn tak bukak suratnyaa. Cuma laki aku perasan emelnya je. Soo tak dapatlah kitorang pergi pada hari kejadian. Terpaksa lah kami booked tarikh lain untuk ambil kunci iaitu pada 13 Disember 2023!!
Okay lepas settle amik kunci and penerangan sikit di office dia kitorang pergi terus ke rumah and dengar explanation dekat rumah pulak. Dia terang lah gitu gini gitu gini sini bilik sini bilik air. Walaupun kau tau semua benda tu tapi buat buat je lah teruja. If ada benda tak sure terus je tanya. Kisahnya even ni rumah laki aku tapi aku dah diberi tanggungjawab untuk settlekan semua benda pasal rumah ni..
So benda pertama lepas dapat kunci ialah buat defect inspection dulu. Jangan terus masuk terus renovate. Lepas kau renovate kalau kau ada jumpa sebarang kerosakan pemaju tak akan tanggung sebab kemungkinan kerosakan adalah berpunca dari renovation. Warranty untuk rumah adalah 2 tahun dari tarikh serahan kunci yang sebenar. Sepanjang 2 tahun kau masih boleh baiki sekiranya ada kerosakan yang baru muncul tapi bukan disebabkan renvation. Haa gituu. Nak buat defect inspection ni ada 2 sama ada kalau kau rajin silalah buat sendiri. Menjimatkan kos. Atau tak berapa rajin silalah hire third party. Menjimatkan masa. So nak yang mana. Sukati korang lah. Macam aku of course aku suka benda yang menjimatkan masa sebabnya aku takda masa nak buat semua benda tu seorang diri. So aku hire Al Has Resources, En Taufiq namanya. Aku dapat nombor ni dari salah satu resident dalam group. Function betul kan haha..
Senarai Harga Al Has Resources |
Okay gambar ni adalah senarai harga untuk tahun 2023. Kalau korang baca ni pada waktu lain mungkin ada perubahan harga lah kan. Boleh contact untuk tanya. Rumah aku intermediate so harganya RM350. Sebelum ambik dengan dia aku ada survey lagi satu company tapi harga RM450 untuk rumah yang sama. Dan aku pun malas nak survey banyak banyak maka aku ambik je lah dengan brother ni. Aku rasa semua pun dalam range gitu lah..
Kisahnya pemaju skang ni dah canggih canggih nau. Semua defect report dah guna apps. Masalahnya banyak nau problem itu takleh masuk lah ini nak kena daftar lah. Tapi nak nak buat cemane dah gitu pesennya. Kalau dulu senang. Buat report manual je pastu hantar. So guna apps ni kena log in guna account owner iaitu laki aku lah. So aku atau tukang inspection tu boleh linked guna TAC. Masalahnya laki aku kerja dekat tengah laut. Susah dapat line. Nak mintak TAC pun makan masa seminggu. Maknanya lambertt lah nak siap semua benda alah ni. Dah tu ada masalah log in Android lah IOS version ni lah itulah nak kena report bagai. Aih tak paham aku. Sabor je lahh..
Makanya 30 Disember 2023 aku bagi kunci ke En Taufiq dan insyaAllah 2 Januari 2024 settle inspection aku terus lah hantar kunci ke office untuk proses pembaikan rumah tu. Diorang kata ambil masa dalam 30 hari sehingga 45 hari. Mungkin tengah bulan Februari lah kot baru boleh sambung next step nyaa..
Stay tuned lah lepas ni aku nak sambung cerita pasal tinted, grill, awning dan yang sewaktu dengannya..
Comments
Post a Comment