Staycation @ The Cottage Homes, Port Dickson
Assalamualaikum...
Kalini nak share pasal staycation kami di The Cottage Homes, Port Dickson. Aku jumpa tempat ni dekat carian google seawal bulan Julai lagi tapi bila contact semua weekend full sampai lah December 2022. Tapi nak gak try so booked tarikh 15-16/1. Then kitorang rancang nak pergi Penang bulan January kan so tunda Cottage ni 4-5/2. Pung pang pung pang laki takleh balik lah apa lah so tunda ke 7-8/1 lah pulak. Makanya tarikh kami ke sini pada 7.1.2023 - 8.1.2023..
Lokasi Cottage Homes terletak di N166, Kampung Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan dalam 6 km dari Pantai Teluk Kemang. The Cottage Home ni ada 4 buah rumah je. 2 banglo dan 2 studio. Banglo boleh muat 8-10 orang while studio 2-3 orang. Banglo dia nama Daisy and Bluebell Cottage price RM 480/malam untuk weekend/cuti umum dan RM 400/malam untuk weekdays. Studio Lavender and Sunflower Cottage berharga RM 200/malam untuk weekend/cuti umum dan RM180/malam untuk weekdays. Kalau nak booked boleh whatsapp nombor ni 011-1149 5235. Nah bagi gambaran awal sikit The Cottage Homes PD ni.
The Cottage Homes, Port Dickson |
Kalini booked je tapi taktau lagi nak pergi dengan husband if dia dah balik atau kalau tak balik lagi aku pergi ngan mak. Nak jadik cerita lepas husband tak boleh balik bulan December then dia dapat balik 5 January tu. So happy kalini boleh cuti cuti PD dengan cuami kitewww hehe..
Pagi tu gerak awal jugak lah dalam pukul 10 pagi walaupun dari Semenyih makan masa satu jam setengah je. Dah alang alang tu kita datang je lah awal boleh pusing pusing PD yang dah kesekian kalinya ni haha...
Kalini aku siap buat simple itinerary nak pergi mana sebab PD ni sebenarnya dah banyak sangat kali dah pergi smpai dah taktau nak pergi mana so untuk elakkan rasa boring so kita pilih tempat dan pantai yang kita tak pernah atau jarang pergi..
Pagi tu tak sarapan sebab fikir nak terus brunch je lah so decide makan dekat dekat Kuali Bam Bam je. Aku makan Nasi Lemak Ayam dan husband makan Nasi Dagang Ikan Tongkol. Lepas makan terus lah bergerak ke PD. Dalam 12 tengah hari dah sampai so singgah PD Waterfront dekat pekan PD untuk ambik gambar je. Kejap jeee sebab panas sunggoh laa. Then terus waze Cottage Home PD untuk tengok mana lokasi dia. Check in pukul 3 so mmg datang tengok je lah takleh masuk sebab nampak diorang tengah kemas kemas. Cottage ni dekat kawasan kampung so nak datang tu nampak macam balik kampung je lah. Tapi don't worry sebab tak jauh pun dari bulatan Shell PD tu..
Pintu masuk Cottage Homes |
Then sementara tunggu masa pergi lah dekat Telok Kemang. Masa ni tak ramai orang ye lah tengah hari buta takde lah sangat budak budak dok mandi. Kalau ada pun tu semua orang orang tua je yang sedang menikmati kehidupan. Belikan Aara pencedok pasir then aku ngan laki aku beli seluar extra takot basah if petang nanti nak main air. Hmm tulah pergi PD tak bawak extra baju untuk mandi huhu..
Then dalam pukul 2.15 petang try lah pergi check in. Yeahh dah boleh masuk. Self check in je. Owner tinggalkan kunci dekat letter box depan cottage. So masuk lah rehat rehatkan badan dan sejuk sejukkan diri dulu. Aircond dia tak sejokk walaupun dah bukak 16C. Terpaksa bukak aircond + kipas. Bilik okay cantik nampaklah element inggeris yang owner cuba terapkan. Untuk studio room mmg saiz dia kecik muat muat nak lalu je. Tapi perkakas insyaAllah lengkap semuanya dengan peti ais mini, kettle, air fryer, sejadah, sabun sabun dan macam macam lagi..
Sunflower Cottage room |
Cermin solek |
Dekat sini memang cantik dan sesuai untuk port amik gambar dan OOTD. Berdepan dengan SC ni ada The Bunny Cottage tapi time kami pergi bunny nya takde pun. Then ada meja batu untuk makan. Ada banyak bunga bunga, buaian cantik, pondok lepak dan macam macam lagi hiasan mewarnai kawasan ni. Basikal juga disediakan secara percuma untuk penghuni cottage kalau rasa nak round kampung. Berhadapan banglo Daisy dan Bluebell terdapat kolam dan pantry untuk penghuni cottage. Cuma masa aku datang diorang conquer kolam tiap masa mandi so tak dapatlah kami join. Kolam nya pun kecik je. Pantry pun tak dapat nak jengah sebabnya dorang berkampung kat situ siap BBQ lagi so segan lah nak datang jenguk..
Bunny Cottage |
Bunny Landscape |
Sunflower and Lavender |
Colourful Signboard |
Bicycle Bunga |
Kolam berhadapan Daisy dan Bluebell |
Pantry sebelah kolam |
Okay aktiviti petang tu kami nak pergi ke Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rachado. Actually saje je nak tengok benda alah ni dekat mana sebab dah banyak kali pergi PD tapi taktau pun exact location rumah api ni. So kami singgah kat pintu bawah je. Nak smpai ke rumah api kena mendaki around 1km. Next time boleh try tapi pakai pakaian bersesuaian lah..
Cape Rachado |
Okay then terus ke Telok Kemang sebab nak bawak anje main pasir. Fuh kemain suka dia. Tak macam last year bawak pergi DQnut tapi takot cecah air. Kalini like a pro dah. Sekali ombak kena mukaa haa terkejut kauu haha. Seronok dia main cedok cedok pasir tu. Ombak datang pun dah rilek jee. Huwaa anak mummy dah besorrr..
Aara di Teluk Kemang |
Sampai 6.30 pm je then terus balik mandi dan siap siap sebab malam tu nak dinner dekat King's Char Kuey Teow. Takleh lambat sebab takot ramai malam minggu ni. Ni kali kedua aku makan sini. CKT dia fuh boleh tahan sedap tapi harga agak keras. CKT biasa je RM10. Aku order CKT Sotong Crispy RM36. Dapat 2 ekor sotong saiz sederhana. Husband order CKT Lamb Chop pun sama harga. Aara makan nasi goreng cina RM9.90. Then situ ada kiosk lain macam Coconut Shake, Satay and Semooth Coffee. Sambil makan sambil dengar orang busking..
Habis makan hujan dan terus lah kami balik. Malam tu tak buat apa. Tengok bola AFF dan terus tido. Esok pagi pun kami hanya bermalasan di dalam bilik sementara nak tunggu check out pukul 12 pm. Kami tak sarapan sebab malas nak keluar. Pusing pusing cottage je ambik gambar. Kolam masih lagi ditakluki mereka. Oh btw bersebelahan Cottage Home ni ada satu villa baru dengan owner yang sama. The Farmhouse PD. Cantik villa dia. Konsep Farmhouse. Ada 5 bilik dan private pool. Halaman sangat luas. Korang boleh consider buat Family Day sini. Harga RM1k/malam untuk weekend dan RM800/malam untuk weekdays. Farmhouse ni baru je dalam tahun lepas macam tu siap..
The Farmhouse |
Bye Cottage Home! |
Kami keluar pukul 11 am dengan tinggalkan kunci di letter box. Singgah lunch di PD Famous Cendol. Kedai dia berhadapan Teluk Kemang. Selalu pergi sini memang ramai tapi kalini sampai awal sikit so okaylah boleh bertenang. Dalam tu banyak kedai untuk pilih makanan. Aku makan nasi sotong bakar. Aku amik sotong harga RM18 dengan nasi RM2. Husband makan set masak lemak daging salai RM12. Aara makan nasi ayam. Then beli cendawan goreng enoki besar gila RM10/3 keping. Sotong goreng tepung sepinggan RM15. Mango float dengan Vietnam Coffee RM7. Alhamdulillah kenyang..
Lepas makan kami pergi ke Aurora Petting Zoo. Depan sikit lagi hala Melaka. Saje bawak Aara tengok haiwan. Tiket masuk RM18 untuk dewasa dan RM10 kanak kanak. Haiwan bolehlaa. Takdelah banyak sangat tapi okaylah untuk anak aku. Macam macam jenis haiwan ada. Hampir sejam jugak pusing dalam tu sambil ambik gambar..
Aurora Petting Zoo |
Then habis tengok binatang ingat nak pergi Muzium Tentera Darat so patah balik ke PD tapi tak jadik turun sebab ramai manusia dan parking tak ada. Hmm nak balik rasa taknak lagi sebab takleh move on dengan PD hahaha. Sampai cakap ngan husband jom amik cuti nak sambung satu malam. Baju boleh dobi huhu. Pikir pikir balik hmm takpelah lain kalilah. So decide ke Pengkalan Balak pusing pusing pantai sana pulak. Makan makan sikit then balikk. Ah rindu..
Till next time... Thanks for reading. Bye!
Beach Girl |
Comments
Post a Comment