Sehari di Bangi Wonderland Water Themepark

 Assalamualaikum...

Nak cerita tentang pengalaman dan keseronokan kami mandi manda di Taman Tema Air Bangi Wonderland. Mulanya niat kami nak pergi bertiga dengan husband dan anak aku pada 19.1.2023 hari khamis. Kenapa khamis? of course lah sebab taknak ramai orang so that tak payah beratur nak naik semua slide kan hehe. Amik cuti siap siap dan jangan lupa pakai sunblock kalau taknak terbakar. Themepark bukak start pukul 10 am sehingga 6 pm on weekends dan 11 am sehingga 6 pm on weekdays. Disebabkan kami dekat so kami keluar pukul 9.30 pagi untuk breakfast dan terus ke sana untuk cop parking..

Bangi Wonderland here we come!!


Tiket kami dah beli online dan boleh tengok harga dekat website. Kebetulan tarikh kitorang pergi ada promo so harga untuk pemegang MyKad dewasa adalah RM35 dan kanak kanak atas 90cm pun RM35. Bawah 90cm percuma sahaja. Boleh tengok dekat website jugak dresscode yang boleh masuk, sewaan locker, tube, cabana dan masa masa untuk ride tertentu..

Okay sebelum tu nak tepek sat ride and slide yang ada dalam Bangi Wonderland ni sebab senang aku nak cerita satu satu nanti..


Ride di Bangi Wonderland

Laki aku dah siap siap cakap dia nak mandi dengan Aara je dekat Kids Adventure tu taknak naik ride ke slide ke apa apa yang ada haha. Aku okay jee so dapatlah aku main semua benda dalam tu yeahh. Thenn nak dijadikan cerita, lepas aku kaji slide yang ada dengan menggoogle aku tengok ada beberapa slide kena guna tube yang 2 orang tu untuk naik means takleh sorang dan dia takde single tube. Aduhh cemane ni. Kalau paksa laki aku naik pun nanti siapa nak jaga Aara. So pikir punya pikir ajaklah member office aku yang gi Sabah sesame tuu. Tanya dia jom pergi Bangi Wonderland tapi kena amik cuti laaa. Sekali dia on okayy mudahnyaaa yeahhh hahaha. Dapatlah try semua slide hehehe..

Okay masuk masuk je kami terus letak barang dekat medium locker harga RM25 and refundable deposit RM10. Kami sewa tube RM20. Kitorang bertiga sampai dulu dalam pukul 11.15 am dah sampai so kami mandi di Kids Adventure dulu..

Kids Adventure

Okay inilah Kids Adventure. Besar tau. Dekat sini je ada 5 slides untuk kids and adults pun boleh naik. 5 slides tu dari yang kecik sekali sampai lah yang paling tinggi. Walaupun tinggi tapi dia panjang melingkar so sangat santai naik boleh baring baring. Awal lagi so berani lah cakap gini ye dok hehe. Dan ada banyak air pancut macam mushroom tu meriam tu then ada tembak tembak kat belakang. Kiranya dia macam playground untuk budak budak so ni memang makanan dorang lah. Cuma anak aku kecik lagi dia tak memahami apa itu keseronokan. Pastu dia ada timba besar atas tu nanti bila air dah penuh dia akan jatuh ke bawah so boleh ready lah dok bawah tu beramai ramai..

Start je kawan kawan aku sampai then kami terus main slides. Kitorang memang berniat nak cuba semua. Jangan lupa check berat and tinggi untuk setiap slides sebab ada limit. Mostly berat dari 45kg - 80kg. Nasib baik laaaa lepass fuhh hahaha. Okay nak cerita one by one slide lah baru lah syok an..

Spiralax and Body Slide

Okay yang warna merah tu Spiralax and warna hijau tu Body Slide. Dua dua ni lebih kurang je cuma bezanya Spiralax kena guna tube and Body Slide bawak diri je. Kadar keseraman dia biasa biasa je tak seram sangat. Spiralax laju lah jugak sebab dia naik tube tapi yang Body Slide tu aku rasa agak slow awal awal tu smpai rasa alaa bila nak sampai bawah ni. Sekali bila sampai terkejut masuk kolam sebab tak ready dok santai sangat kan haaa..

Boomeriang

Okay jalur puple putih ni nama dia Boomeriang. Slide ni je dia dok hujung sekali so main ni agak last lah so dah penat nak menjerit. Masa turun tu woww bestnyaa tak seram punn malas lah nak jerit sekali smpai part menjunam tu ya Allah mengucap yee terkejuttt haa. Dah menjunam dia naik pulak balik pastu jatuh pulak semulaa aduhh sakit tekak. Kadar keseraman dia boleh tahan laa terhenti jantung seketika haha..

Nampak kolam sebelah dia tu. Itu adalah Pirates Bay. Kira macam pantai lah and akan keluar ombak setiap sejam dan akan bunyi siren. Seronok bila duduk atas tube sambil layan ombak. Kitorang sempat lah rasa ombak masa tu pukul 2pm pastu terus lari sambung main slides..

Green Pearl

Okay ni pulak Green Pearl. Nak naik kena tinggi atas 160cm sebabnya nanti kau akan jatuh kat kolam bawah tu. Kadar keseraman dia sangatlah seram ye rasa macam nak mendaki naik atas balik. Dah lah menjunam tinggi pastu bila sampai mangkuk bawah tu kau akan berpusing pusing dalam tu sampai lah terjatuh pulak kat dalam lubang tu pastu kaki entah ke mana kepala entah ke mana. Lost aku dalan kolam tu. Nanti dia akan campak pelampung and kau sambut lah dia akan tarik tapi masalahnya lepas jatuh tu pelampung pun kau dah tak nampak hmm..

Wonderloop

Okay kalau yang Pearl tu seram yang ni nama dia Wonderloop lagilah bapak seramm smpai aku tak jadik naik and keluar balik hahaha. Kau bayangkan kau akan berdiri tegak dalam kapsul bertutup pastu lantai akan terbukak and kau akan terjatuh kat gelongsor tu. Dah lah gelongsor tu berpusing macam tuuu. Kerisauan aku seminggu sebelum naik macam mana kalau kita tak berpusing and berundur balik?? Rupanya benda tu memang boleh berlaku sebab tu ada open kat tengah tengah tu untuk keluar secara manual hahaha. Afeera naik mmg tak berpusing. Nampak dia macam tu aku yang dah masuk kapsul terus mintak keluar tak jadik naik hahahaha. Ayuni berat tak lulus nak naik sebab dia kurus sangat. Kalau rasa nak teracabut nyawa boleh lah try haha..

Magic Funnel

Okay ni Magic Funnel satu lagi slide serammm nak mammp hahaha. Tapi yang ni agak syok sebab ramai so kalau terbalik pun at least terbalik berempat bukan sorang sorang haha. Nak naik kena ada 4 orang sebab kena pakai tube khas untuk slide ni. So terpaksalah recruit sape sape kat bawah tu untuk join kitorang. Masalah slide ni kau kena angkut tube tu tiap kali nak naik sebab berat sunggoh laaa rasa nak pengsan. Tapi bila naik syokk haha. Syok tapi seram. Dah lah gelap pastu menjunam bila nak turun tu pastu dah sampai corong dia boleh naik tinggi pulak tuu memang rasa nak terbalik oii. Dah sampai hujung corong jatuh lagiii hmm memang manguji ketakwaaan betol..

The Fall, Anaconda Trail, Insane Racer

Okay ni semua slide berdekatan. Kiri sekali warna purple tu nama dia The Fall. Memang sesuai dengan nama dia JATUH. Curam gila slide dia hampir 90 degree. Aku kat atas tu berfikir fikir betul ke nak kena turun ni seramnyaa. Tapi kalau tak try bazir lah beli tikett ann so okay lah pasrah. Ye memang macam nak gugur jantung ye. Rasa macam free fall sampai aku tak sanggup nak bukak mata pastu jerit memang macam nampak hantu. Memang takde rasa nak repeat haha..

Sebelah dia tu Anaconda Trail. Hmm yang ni easy peasy hahaha.. Tapi memang tak seram. Kena naik guna tube. Dia just beralun alun je pastu ehh dah sampai dah?? Okay sekian berlagak hahaha..

Then sebelah lagi tu Insane Racer. Slide ni untuk lumba siapa sampai dulu tapinya kat atas lagi memang akan turun tak sama. Sorang dah turun sorang sangkut sorang tak bergerak haa gitulah kau naik lah 4x sekali pun memang turun takkan sama hahaha. Kena amik pelapik kat bawah sebab nak naik slide ni kena meniarap. Part menjunam tu seram lah sikit tapi sikit jee so okayyy..

Water Cannon

Okay ni nampak air terpercik ni nama dia Water Cannon. Dia tak seram tau tapi terkejut and sakit. Sampai skang bergegar otak haa. Kau duduk atas tu diam diam pastu air tembak kau kuat sampai kau terpelanting kat kolam. Kolam dia dalam 280cm so memang kena pakai life jacket. Nanti dia pass pelampung untuk kau berpaut and dia tarik ke tepi. Sumpah sakit dan terkejut. Lost tau tau dah dalam air pastu habis segala air tertelan hmm..

Last aku tak pergi jenguk pun Meander River ngan Pirates Spa. Ni dua dua macam biasa je cuma river tu panjang so korang boleh lah santai santai naik tube. Pirates Spa tu macam ada shower so ala ala pergi spa lah kot kan..

Pukul 4pm macam tu kami dah balik sebab anak aku dah kepenatan tapi si Afeera ngan Ayuni main air lagi taktau lah apa dorang main. Kiranya weekdays yang takde orang ni pun dari pukul 11am - 4pm kau dapat rasa setiap slide sekali je atau 2 kali. If weekend memang selalunya aku nampak kat tiap tangga tu beratur so taktau lah sempat naik ke tak. Beratur je dah habis masa dah. Plus ada slide dia mmg ada timing dia bukak. Sejam bukak sejam tutup. Boleh check website slide apa. Kalau weekend memang tak sempat lah kot nak cuba semua. Sebab tu sanggup amik cuti demi hiburan yang puas haha. Seronok pergi water park ni tapi yang tak seronoknya tiap kali nak naik slide kena mendaki tangga yang tinggi. Semputt oiii tapi kurusnya tak jugakk..

Habis je main slide slide tu kami berendam semula kat Kids Adventure sambil bergambar and tunggu baldi air jatuh. Baldi ni pun satu bila jatuh air tu kat kepala memang bergegar otak aku haa tapi ni lah yang budak budak suka punnn..

Mummy Anje and Babah

Gang asal ajak je jadikk

Okaylah ni je lah cerita kami seharian di Taman Tema Air Bangi Wonderland. Korang yang tak pernah pergi tu try laaa. Worth it tau dengan harga dia banyak gila slides yang boleh korang try. Jangan compare dengan Sunway Lagoon pulak kann tengok lah harga dia cemane pulak hehe. Then nak dijadikan cerita kitorang lupa nak amik balik deposit locker RM10 tuu hmmm so takpelah redha je lah.. Till next time.. Bye!!

Comments

Popular Posts