Staycation @ Colmar Tropicale Bukit Tinggi

 Assalamualaikum...

Kalini nak cerita pasal staycation kami ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Walaupun kebanyakan orang dah pernah sampai sini tapi kitorang belum lagii. So teringin lah jugak nak tau macam mana kat atas tu. Selalu tengok gambar je so kalini nak lah rasai suasana. Kami stay pada 27.8.2022 - 28.8.2022 satu malam sahaja sebab kalau lebih dari satu malam korang pun taktau nak buat apa dah kat situ. Booked through Agoda RM230 satu malam untuk bilik Superior Twin Room. Pergi sana dengan mak dan anak aku mcm biasa tapi ditaja oleh husband tersayangkuuuu. Thank youuuu..

Gerak dari rumah 10.40 am macam tu sebab nak singgah makan dulu. Lepas makan nasi ayam dekat Semenyih then terus gerak. Jammed lah sikit-sikit area Cheras dan MRR2 tu. Pastu lain smooth je. Cuaca pun suam-suam kuku hampir hujan. Jalan nak naik Bukit Tinggi tu okay je cantik dan luas jugak. Tak pening sangat dan taklah tinggi sangat macam Cameron dan Genting Highland. Sampai je kat parking dalam pukul 2 pm dan terus boleh check in. Cuma malang sikit sampai-sampai je terus hujan lebat so kena stay bilik je lah. Bilik kitorang di Blok Camelia..


Pemandangan dari Colmar 


Pemandangan Dari Bilik


Superior Twin Room


Bathroom Kit

Hujan reda lebih kurang pukul 4 pm then barulah kitorang turun untuk ambil gambar dan jalan-jalan. Orang agak ramai di area hotspot ambik gambar. So kenalah selit-selit sikit. Then pergi area tram untuk tengok schedule tram ke Rabbit Park dan Japanese Tea House. Tram ke Rabbit Park berakhir pukul 4.20 pm so dah tak sempat dan tram ke Japanese Tea House masih ada pukul 5 pm. Sementara menunggu tu kitorang jalan-jalan lah ambik gambar. Turun pergi Dinasour Park tu tengok ada apa. Sekali kena bayar pulak dewasa RM15 dan kanak-kanak RM12. Bagi kitorang agak mahal lah sebab park nya secoet je and dinasour dia pun dan uzur aku tengok. Maka kitorang pun berlalu pergi dan ambik gambar dengan itik je lah ye. So ni lah gambar-gambar yang aku ambik sementara menunggu untuk naik tram..

Ada Budak Mengamuk....


Colmar Background


Pintu Masuk Colmar


Taman Kecil


Tempat Menunggu Tram


Tiba-tiba pukul 5 pm ehh ramainya orang beratur. So beratur je la. Jenuh lah masing-masing berlumba nak naik. Aku dengan dokong anak nya dengan angkut stroller nya. Sabor je lah haha. Tapi syok ooo naik tram dah lama tak naik. Japanese Tea House tu ke atas lagi maksudnya mendaki lagi. Sekali bila sampai ingatkan terus betul-betul depan mata. Rupanya kena panjat lagi anak tangga yang bagi aku memang curam dan tinggi. Bawak pulak mak dengan anak aku. Hmm memang taklah nak naik. Kitorang stay je dalam tram ikut tram balik hotel semula hahaha..


Excited Naik Tram


Sampai je area hotel tu perut pun dah lapar kebulur. Tapi terpengaruh jugaklah dengan port ambik gambar dengan burung tu. Nak ambik gambar dengan burung boleh dengan bangunan biasa pun boleh so aku pilih bergambar dengan bangunan je lah sebab seram nak pegang burung takot anak aku picit kang. Print gambar kalau saiz 4R RM20 dan A4 RM40. Aku pilih 4R je sebab besar-besar nanti hilang dalam simpan jugak. Ini hasilnya...


Gambar Photoghrapher

Pastu masuk kedai souvenir dulu. Terbeli lah 2 fridge magnet dan sehelai baju untuk anak. Okay lupa pulak masa ni memang tengah kebulur. Then nak cari restoran. Atas ni ada 4 je restoran. 1 tu jual Pizza 1 tu jual nasi 1 lagi jual roti dan coffee dan 1 lagi Starbucks. Harga takyah cakap sebab agak sedikit mahal berbanding normal price. Kitorang gi kedai nasi sebab lapar nasi. So order Nasi Lemak Ayam Goreng 2 pinggan dengan harga RM24 sepinggan. French Fries RM9 sepinggan. Soft drinks dengan harga RM5 setin. Sobss haha tapi sebab lapar so bedal je laaa..


Total RM67

Habis je makan elok hujan lebat pulak so balik bilik mandi dan rehat je lah dulu. Malam memang nak tunggu hujan reda dan nak turun balik tengok apa yang ada. Tapi rupannya malam ehh kedai kebanyakannya dah tutup. Tempat main budak tu pun tutup dah. Yang bukak Starbucks dan 7E je so terpaksa lah order Asian Dolce Latte hehehehe. Tengah syok minum anak dah tertidur atas stroller so balik bilik je lah sambung minum..

Esok tu macam biasa ada breakfast. Kitorang turun awal dalam 7.30 macam tu. Restoran pun kosong lagi. Makanan macam biasa je pilihan dia. Yang pasti nasi lemak dia tak sedap. Sambal dia kurang menyelerakan. Pilihan pun tak berapa banyak. Bolehlaaa untuk alas-alas perut sementara tunggu balik. Lepas je makan jalan-jalan bawah tu dulu sebelum manusia bertambah ramai bila dah tengah hari..


Budak Makan Breakfast Comot

Masih Kosong


Habis je posing sampai depan pastu tengok kolam kejap then naik atas untuk bersiap mandi dan kemas barang. Dalam pukul 11 am aku simpan luggage dalam bonet kereta dan bawak Aara main kereta gerak-gerak tu. Satu token RM2. Ada ride kena 2 token ada yang 1 token. Aara main semua yang 1 token sebab dia pun kecik je yang besar-besar dia gayat lagi kecuali Merry Go Round je dia naik. Itupun jenuh aku pegang sambil aku pusing sekali Merry Go Round tu sampai aku yang pening. Sekali dan habis ehhh dia mintak lagiii. Hmm bolehlahh nasib maknek dia belanje mainn nii haha.. Tqq maknekk..

Pukul 12 pm terus check out. Senang je pulang kad dah settle. Kitorang pun terus turun dan pulang ke rumah. Singgah jap Rabbit Park tengok dari dalam kereta je sebab malas nak turun dan Aara pun dah lena dalam car seat. Overall staycation kat atas ni takde benda menarik sangat tapi untuk lepak dan rehat sangat okay bagi aku. Rasa macam nak datang lagi tapi nanti-nantilahh..

Thanks sudi baca. Bye..

Comments

Popular Posts