Expressionz Professional Suites - Wedding Staycation

 Assalamualaikum..

Okay kalini cerita berbeza sikit sebab ni bukan staycation sesaje. Tido sini sebab abang aku kawin on 31.7.2022 sebelah malam. Kawinnya dengan orang Sungai Besi je cuma wedding buat kat tengah bandaraya Kuala Lumpurrr maka nya kami yang duduk Semenyih ni terasa agak jauh untuk menempuh KL dan meredah jammed. Nikah pulak pagi tu tapi sandingnya malam so malaslah jugak nak patah balik KL-Semenyih sampai 2x kan. Tengok venue and check mana nak tido area-area situ so jumpalah satu tempat ni. Dia tak panggil hotel tapi mungkin condo atau serviced apartment? atau airbnb? aku pun taktau yang penting aku booked through Booking.Com. Harga boleh tahan la tak mahal pun. Booked 2 bilik asalnya. Satu tu Signature Suite RM 208/malam ada 1 King + 1 Super Single dan satu lagi Deluxe Studio RM 152/malam ada 1 King. Then tambah satu lagi Signature Suite sebab Kak Ain nak follow bawak Mak Yah sekali dari Melaka..


Google - Expressionz Proffesional Suites


Okay booked untuk 1 malam dari 31.7.2022 - 1.8.2022. Pagi tu nikah dekat Villa Damai Glasshouse pukul 10 pagi. Setlle nikah dalam pukul 11.30 mcm tu. Nak check in lambat lagi pukul 3 an so carilah kedai untuk minum-minum dulu area Kampung Baru. Habis minum pun baru pukul 1.50 tgh hari mcm tu. Tak tau nak buat apa sebab dah bosan an so try je lah pergi nak check in. Masa tu pukul 2 lah kan. Of course lah kalau nak check in awal kena bayar extra rm50 sebilik kot. Bincang punya bincang kata takyah lah bazirrr jee haha so kitorang parking je lah depan area Bernama tu lepak smpai 2.30 petang sebab dia kata 2.30 baru dia bagi check in..

Tepat 2.30 aku terus park kat lobby sat pastu check in. Sumpah slow gila dia buat kerja. Aku bernasib baik lah sebab aku orang kedua je macam tu. Sekali aku pusing adalah dalam 20 orang lagi belakang aku tengah beratur. Aduhh. Kitorang dah lah penat kena sidai pastu nak check in pun lama gila. Aku agak-agak aku punya check in process je adalah dalam 20-30 minit. Dapat je kunci terus park. Nak park pun satu hal lagi. Bilik 3. 1 di Tower B 2 di Tower A. Car park sewa 3. Dia bagi 1 di Tower B dan 2 di Tower A lah ikut bilik an. So aku terpaksa bagi 2 kat Tower A tu pada cousin aku sebab diorang bawak 2 kereta. Aku terpaksa lah park di Tower B dan bilik aku pulak di Tower A hahaha korang baca pun pening an. Then lif tak connected. Aku kena turun ke level G dari car park pastu jalan jauh ke depan sekali untuk naik pulak lif Tower A. Dengan dokong anak nya ngan barang banyak nyaaa bayangkann...

Itu belum kisah cousin aku tak jumpa tempat dekat kunci nak scan pintu nya sebab kecik sangatt haha. Then masuk je bilik kitorang dah layu gilaaa so tak sempat lah amik sebarang gambar bilik. Cumaa rumah dia memang luas. Bathroom 2 dan 1 tu sangat luas siap wardrobe. Bilik ada 1 king dan sangat luas biliknya. Katil super single ada di partition luar yang ada pintu kayu sliding. Simple dapur with full keperluan. Ada washing machine and dryer. Ada peti ais. Ada semua lah. Kira lengkap lah..

Kolam ada di level 8 untuk dewasa dan kanak-kanak. Level 48 ada sky pool dengan entry RM10 dan hanya untuk dewasa sahaja. Tak sempat nak pergi sebab busy sangat dan berhasrat nak tido sini lagi di lain waktu sebab bestt cuma tak dapat menikmatiii dan gambarpun tiadaaa..maaf...

Thank sudi baca. Byeee..

Comments

Popular Posts