Staycation Again @ Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

 Assalamualaikum,

Lepas lama dah berehat dari berjalan akhirnya kami sambung balik rutin staycation kami. Last pergi time February ke PD masa birthday anak aku. Lepas tu anak kena HFMD. After 2 weeks aku dan anak kena COVID pulak. Then dah puasa then raya pulak. Pastu husband pergi Jepun pulak. So makanya barulah kami dapat sambung holiday kamii..

Kisahnya sehari sebelum pergi aku demammm. Aku call hotel mintak tunda tarikh sebab demam tapi dia kata aku booked through Agoda so kena deal dengan Agoda. Nak call Agoda faham je laa mmg takkan pernah dapat. So aku fed up and malas nak call dah. Kita pergi je lah yee. Nasib lah siapa suruh tak bagi tukar tarikh. Kata zaman COVID flexible tapi haromm takde maknanya. Aku demam yang takde selera makan tu tau and tekak pun pahit so staycation kalini agak tak best lah..

Disebabkan takde mood so aku bersiap pun lewat. Dah pukul 12 tengah hari baru nak siap and kemas-kemas barang. Pukul 1++ baru keluar rumah and lunch dulu. Then rasa macam dalam pukul 3 petang baru betul-betul bergerak ke destinasi. Hotel nya KL je takdelah jauh mana tapi jammed lah sikit. Maka kami sampai hotel dalam pukul 5 petang. Lewat annn rugi check in lambatt. Settle check in then parking kereta dekat PWTC. Free untuk residents sebab hotel ni dengan PWTC under management yang sama..

Petang hanya bergolek. Malam kitorang pergi Sunway Putra Mall untuk dinner. Walking distance je and ada jejantas. Bolehlah nak shopping ke cari makan ke. Aku kan takde selera so malam tu makan KFC je itupun tak habis and bawak balik bilik and sambung bawak sampai ke rumah hahaha.. Settle makan terus balik hotel. Bellboy hotel sangat baik. Nampak aku terhegeh-hegeh angkut stroller anak turun tangga dia terus berlari tolong. Then siap tolong bawak kan stroller naik escalator. Thank you dik..

Btw hotel ni agak lama tapi dalam dia cantik dan bersih. Furniture pun semua baru-baru and dah diupgrade. Bilik aku 2 katil super single and aku rapatkan masa tido so muatlah untuk aku, mak dan anak aku. harga RM 243/malam include breakfast..

Malam tu anak aku berjangkit demam dengan aku. Dia dah mula tak tido malam dan berjaga setiap 10 minit. Maka malam tu aku pun tido tak lena lah asyik nak kena tepuk anak aku suruh tido. Dengan aku yang kesejukan lagi. Fuhh mencabar. Bangun pagi pukul 7 tukar baju terus gi breakfast. Buffet dia bagi aku best and besar. Cumanya aku takde selera so makanan dia taktau nak kata sedap ke tak. Nasi lemak dia aku amik sikit pun tapi tak habis. Choc cake leleh dia pun tak habis. Tapi makanan dia memang pelbagai. Orang agak ramai sebab minggu tu adalah convocation day UPNM di PWTC. Tapi okay sebab tempat duduk ada je and makanan sentiasa topup so heaven jee..

Staycation kalini tak bawak anak mandi kolam sebab pakej mummy dan anak demam. Habis breakfast pergi kat kolam untuk ambik gambar sekejap. Gambar pun tak banyak sebab takde mood nak pakai cantik-cantik. Pakaian tak cantik macam mana nak ambik gambar kan. Gambar makanan buffet pun tak amik hmm. Tapi nanti aku tunjuk je lah gambar apa yang ada dekat sini hehe..

Habis melawat kolam naik bilik baring-baring lepak-lepak lepas tu terus bersiap balik. Check out mudah je and cop parking terus untuk dapat resdient free parking. And terus balik rumah tak menyinggah mana-mana pun sbb mood holiday dalam demam. Maka holiday kalini sangat tak best dan merugikan. Esok tu aku MC dan anak aku pun tak pergi taska plus dengan mak aku sekali berjangkit demam. Sekian...

Kolam + Sunway Putra Mall

Budak Demam Tak Mandi

Buffet 1.0


Comments

Popular Posts