Assalamualaikum,
Percutian kalini kita pergi tempat cantik sikit untuk bergambar. Mula-mula tengah fikir nak pergi mana then eh Sekinchan tak pernah pergi lagi tapi nak pergi mana eh apa tempat best dekat Sekinchan?? So search lah Google - Tempat Menarik Di Sekinchan. Macam-macam keluar tapi aku tertarik dengan satu tempat ni sebab rumah dia segitiga dan boleh park depan bilik. Aku pun search website dia. Rupanya dia ada dua. 1-Farmville Homestay and Cafe dan 2-Triangle Farm Cottage. Okay kedua-dua ni location dia berbeza. Masih di Jalan Tali Air 5 tapi Farmville belah depan dan dekat dengan jalan besar Sekinchan-Kuala Selangor while Triangle Farm di hujung belakang dekat dengan hutan. Farmville jenis contena dengan pelbagai jenis bilik. Contena dia bertemakan merah dan ada kolam dekat tengah-tengah dan ada cafe dan tempat lepak-lepak. Triangle Farm pulak ada macam-macam jenis bilik. Triangle. Glamping. Camping dan bilik biasa. Aku pilih rumah Triangle yang ada 3 katil. 1 Queen+1 Super Single dengan harga RM 178/malam. Pergi dengan mak dan anak aku..
Aku pergi pada 2.7.2022-3.7.2022. Gerak awal pukul 9++ pagi dah keluar rumah dan cari sarapan. Habis sarapan dalam 10.30 dan terus gerak ke Sekinchan. Okay KL agak jammed ye maka aku on waze dan ikut waze. So lalu lah celah-celah belakang dan masak LATAR dan sambung jalan-jalan dalam kat Kuala Selangor tu. Memang full lalu celah kampung jumpa orang mancing kat tali air. Akhirnya tibalah kami ke destinasi pukul 2.30 petang. Check in drive thru je dekat guard depan tu tapi yang jaga guard adik-adik perempuan je. Dapat kunci dan kad terus boleh masuk. Bilik kitorang B8 belah belakang menghadap facilities..
Masa kami menginap ada satu company chinese ni buat Family Day. Okaylah taklah sunyi kann cuma port atas tu dorang conquer lah haha. Pool ada cuma pool latex sesuai untuk budak-budak. Tapi besar lah. Open 8am-11am dan 4pm-7pm. Kalini anak aku tak mandi sebab aku malas nak renyah basah-basah. Bilik okay cantik. Agak luas hujung katil ada ruang lagi untuk solat dan letak barang. Aircond sejuk. Bilik air memanjang tapi luas. Air kuat. Heater ada. Fuh complete. Depan Blok B ada pantry. So kalau nak amik air panas ke sejuk ke boleh amik situ. Adalah jugak cawan pinggan induction cooker tapi tak guna pun. Sebelah pantry ada Karaoke Room tapi dah di booked oleh company family day tadi. Sebelah lagi ada Playroom and dalam tu ada meja pingpong dan TV dan mainan budak-budak. Btw bilik takde TV tau so nak tengok TV kena pergi Playroom.
Okay petang tu kami cuma amik gambar dan melawat kolam. Then terus keluar naik kereta carik kedai makan tapi tak makan apa pun. Cuma order kerang bakar dan air je dan bungkus burger untuk makan malam tu. Dalam 6 lebih balik pastu singgah sawah jap nak amik gambar then lepak-lepak luar kejap baru masuk dalam untuk mandi. After maghrib kami keluar lepak depan tu and masuk playroom kejap bagi anje main mainan jap. Karaoke Room dorang tengah syok menyanyi. Habis main playroom gi pantry makan megi jap. Burger tadi simpan esok je lah sebab teringin megi. Lepas makan terus masuk bilik and tidokan anje. Malam tu tido okay je lena sungguh laaaa..
Esok pepagi pukul 7 dan bangun sebab anak aku paksa bangun. Tak buat apa pun cuma lepak luar dan makan burger sambil minum nescafe. Pastu masuk balik sambung tido and pukul 11 siap-siap untuk check out dah. Before tu pergi ambik gambar dulu. Layan gambar jap lah..
|
Triangle Farm Cottage |
|
Berhadapan Block B |
|
Pool Latex |
|
Mummy.....Nak Mandi....... |
|
Glamping Site ft Mummy and Anje |
|
View Superb |
|
Ci Kenit |
|
Lahhh Kutip Apatuuuu |
|
Maknek dan Anje |
|
Dapatlah Sawah..... |
|
Farm Cottage Background |
|
Hipstur Lady |
Balik tu terus carik lunch je and semua kedai viral penuh. Malas nak beramai-ramai sebab ada anak kan nnti dia mengamuk ngan aku sekali mengamuk kang. Last-last makan kat foodcourt area Tanjung Karang je. Boleh tahan lah mahal makanan dia huhu. Balik pun bukak waze sebab malas nak berfikir. Sampai rumah around 5 petang dan esok tu aku amik cutiiii hehehe. Okay sekian byee...
Comments
Post a Comment