Simpanan Lantikan - Lantikan Tetap J41

Assalamualaikum..

Haa korang mesti dah tau aku nak cerita apa kan hahaha.. Dalam post sebelum sebelum ni aku dah cerita pengalaman temuduga aku dengan kerajaan kan. Boleh baca di sini. Total semua aku di invite untuk 5 temuduga . 4 aku attend dengan 3 gagal dan 1 as simpanan serta 1 tak dapat hadir. Betul orang cakap penantian itu sesuatu yang sakit dan akhirnya di akhiri dengan sesuatu yang indah...

Simpanan lantikan aku akhirnya bertukar menjadi lantikan tetap. Sepanjang tempoh simpanan aku nantikan dengan penuh sabar dan pengharapan dan doa tanpa henti! Betul rezeki tak pernah salah alamat. Allah beri tepat pada masanya. 


Ini apa? Ini cable..

Dulu aku memang percaya kalau nak kerja kerajaan memang kena ada cable. So bila aku takde cable yang kuat dan utuh aku jadik macam hmm memang aku takkan dapatlah peluang kerja kerajaan. 3 daripada temuduga yang aku gagal semua sebab aku percaya untuk kerja kerajaan mesti kena ada cable so lepas temuduga aku terus tak mengharap apa apa. Berdoa pun tak so hasilnya memang tak dapatlah kan..

Bila aku tengok ada antara kawan kawan dan sepupu aku yang kerja kerajaan dann tanpa cable then aku terfikir tak semestinya perlu ada cable baru dapat masuk kan. Yang penting usaha dan doa. So untuk temuduga selepas selepas tu aku cuma buat yang terbaik masa temuduga dan terus berdoa..

Alhamdulillah ada benda yang positif. Selepas 3 kegagalan akhirnya 1 berjaya sebagai simpanan. Nampakkan perbezaan dia? At least masih ada harapan daripada terus berdukacita. Bersyukur sangat. Kebetulan ranking pun tak jauh so aku masih teruskan pengharapan aku. Alhamdulillah...

Satu hari tu ada ex-colleague aku yang dah kerja JKR msg aku bagitau masa taklimat budak baru lapor diri haritu ada cakap akan ada pengambilan untuk 40 calon simpanan terawal. Dalam bulan December 2019 pulak, aku di invite masuk group Calon Simpanan KKR kat Telegram. Dalam tu pun aku dapat info yang sama mengatakan 40 calon terawal akan dipanggil selewatnya bulan April 2020. So aku excited lah menunggu untuk dipanggil..

Fast forward tiba tiba dalam bulan 3 macam tu ada info dalam group cakap pihak SPA kata ada 6 orang sahaja yang KKR mintak untuk diserap. 6 orang sahaja okay.. hahaha aku pun nak taknak redha je lah kan. Bukan kuasa aku nak mintak diserap hmm tapi dalam hati still berharap jugak laa haha. Dan dengan tidak semena mena kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) start 18.03.2020..... 

Okay disebabkan PKP ni semua benda jadi tertangguh dan delay. Staff banyak work from home dan macam macam lagi. Masa ni ada rasa patah hati sebab risau kan. Ekonomi pun agak merundum. Company swasta banyak alami kerugian. Ramai staff dibuang. Risau jugak kot lah untuk menjimatkan duit mungkin calon simpanan tidak akan diserap...... siapa tak risau kan.. dah tunggu lama untuk peluang ni.. tempoh simpanan pun akan tamat 20.08.2020....

Yang bagusnya.. kawan kawan dalam group tu ramai yang update perkembangan. Ada yang selalu call KKR dan SPA nak tanya status dan update terkini. Ada masa dengar lah jugak benda baik tapi sebab pergerakan yang agak slow due to PKP maka kita hanya mampu bersabar.. Around bulan Jun ada info lagi mengatakan SPA dah keluarkan 75 nama calon simpanan untuk diberi kepada KKR.. Alhamdulillah...

So 02.07.2020 dapatlah info dari group simpanan kami mengatakan status simpanan dah bertukar ke lantikan tetap untuk J41 under KKR. Alhamdulillah so happy hahaha.. Cuma perlu reply terima tawaran and then tunggu lah surat tawaran and proceed untuk next step. Basically akan ada 2 surat tawaran iaitu dari SPA yang mengatakan kita berjaya untuk lantikan tetap dan satu lagi dari kementerian untuk tarikh lapor diri. Nanti aku akan cerita lebih detail untuk persediaan lapor diri dalam next post ye..

Sekarang aku nak bagitahu betapa gembiranya aku dapat masuk dalam sektor awam ni. Aku mungkin terpaksa berpisah dengan suami buat seketika sebelum dia cari kerja baru di Kuala Lumpur. Takpelah habiskan dulu contract untuk projek Johor dia dulu. Dah settle and insyaAllah kalau rumah dah boleh duduk baru kita fikir next step ya..

Taktaulah haha.. Aku memang sangat mengimpikan kerja dengan kerajaan dari dulu lagi dan ini pun impian mak dan babah aku. Walaupun gaji tak semewah masa kerja swasta dulu tapi aku percaya ada benda yang lebih baik aku boleh dapat berbanding gaji yang banyak. Cukuplah untuk aku menampung kehendak diri sendiri kan...

Cuma yang sedih sekarang ni.. babah tak dapat meraikan sama sama berita gembira ni sebab babah dah pergi 27.02.2020 yang lalu.. Al Fatihah untuk arwah babah semoga babah happy sebab adik dah masuk kerajaan sekarang ni. Sama yang macam babah harapkan...

So sekarang aku baru dapat surat dari SPA and kena prepare apa yang dia mintak dan tunggu surat dari kementerian pulak untuk tarikh lapor diri. Semoga semuanya baik baik saje ye... 
Bye!

Comments

  1. hai awak, saya pun calon simpanan jugak haritu, baru dapat emel minggu lepas utk lantikkan tetap. awak ada dapat info utkTarikh untuk lapor diri berapa hb? coz sy kena plan awal utk resign

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://t.me/joinchat/BLcfcxWVrCo2RRZuwgVA8w

      boleh join group ni utk any info

      Delete
    2. joined the group. thank you. insyaAllah jumpa nanti.

      Delete
  2. Assalamualaikum, Tahniah sy ucapkan. Sy juga calon simpanan tp utk U41. expired date bulan 9 ni. Doakan sy agar sy juga akan diserap spt kamu.
    Betul....penantian itu satu penyeksaan.😅

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Simpanan yg 40.. keseluruhan berapa jumlahnya ya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak faham maksud pertanyaan awak. tapi sy nak jelaskan. kalau statistic interview tu kata ambilan 100 org. dan ada 40 simpanan. maksudnya 40 tu tggu masa utk dipanggil smpai lah tempoh expired. tamat tempoh expired kalau masih tk dipanggil kira burn (ikut rezeki jugak. kadang2 dah expired pun masih dipanggil).

      Delete

Post a Comment

Popular Posts