Budak JPA Senang Masuk Government?
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ni aku asyik dapat satu statement ni..
'Kau kan budak JPA mestilah senang nak masuk government'
So korang rasa macam mana? Valid tak statement ni? Apa pandangan korang?
Kat post ni aku nak share something lah bagi menjawab persoalan di atas ni. Bukan korang je yang berpendapat begitu. Even aku pun berpendapat yang sama siap cakap kat panel masa interview lagi..
Panel tanya kenapa aku nak kerja ni? Dan aku jawab sebab saya pemegang biasiswa JPA maka saya perlu dan layak untuk kerja ini. Kihkih.. Dan jawapannya...
Kalau 10/20 tahun dulu mungkin jawapan awak ni valid tapi sekarang tidak lagi. Dulu pemegang biasiswa JPA tak seramai sekarang ni..
Maka dengan ini aku nak sangkal statement kat atas tu ye hahaha. Tak semestinya kau pemegang biasiswa JPA so kau senang nak masuk government. Even aku sendiri dah menemui banyak kegagalan dan ada orang lain temui lagi bnyak kegagalan daripada aku..
Dan satu lagi aku nampak banyak posting budak JPA yang baru habis degree. Semua ada satu stigma di mana bila diorang habis belajar diorang akan serve untuk government. Untuk info biasiswa JPA tak macam biasiswa company lain. Habis belajar then kena berkhidmat dengan company tersebut untuk satu tempoh waktu. Budak JPA ni ramai sangat memang semua kena survive sendiri lah..
Nak masuk government memang semua kena melalui proses yang sama iaitu apply di laman web SPA dan update setiap tahun. Mana position yang layak akan dipanggil. Dulu senang sikit terus ke temuduga. Sekarang ni ada lagi tapisan awal iaitu exam online atau ujian psikometrik..
Even aku sendiri tak pernah lulus satu pun temuduga huwaaa sebab susah hahaha termasuklah ujian psikometrik tu. Alhamdulillah position yang aku dapat ni masa tu takde lagi exam online. Sekarang mungkin dah ada..
So kepada semua adik adik yang mencari posting ni dan yang seangkatan dengannya. Habis belajar silalah apply di laman web SPA. Dipanggil exam dan temuduga silalah hadir. Gagal sekali jangan kecewa. Gagal 5 kali pun jangan kecewa. Teruskan usaha pasti akan dapat hasilnya..
Goodluck Semua! |
Comments
Post a Comment