Honeymoon Anniversary @ Malacca City
Assalamualaikum..
Harini nak cerita trip pergi Melaka baru baru ni sempena first anniversary kami 21.07.2018 yang lalu. Kitorang pergi 2 hari 1 malam (20.07.2019 - 21.07.2019). Actually trip ni saja saja je nak berjalan haha sebab before tu pergi kenduri kawan kat Batu Pahat. And alang alang first anniversary kitorang so apa lagi berjalan lah kita. Aku book hotel ni kat Booking.com murah je hotel budget weh tapi cantik. RM 63 satu malam. Nama hotel tu Euro Rich Hotel berdekatan Mahkota Parade. Bilik untuk 2 orang dengan katil king size.
Ha ni bilik hotel |
Kitorang sampai dah dalam pukul 5.30 petang. Lepas check in and solat apa semua kitorang terus pergi ke A Famosa untuk jalan and ambik gambar. Lebih kurang sejam jugaklah kitorang kat atas tu. Nak cerita panjang pun buat apa baik tengok gambar kan kan hahaha..
Gambar wajib bersama meriam kebabomm |
Kubu di bawah |
Belum sampai atas lagi dah ambik banyak gambar kat bawah haha. Nak ambik gambar pun berebut dengan orang tauu..
Lepastu nampak tangga ni ha atas tu lah A Famosa |
Okay dah sampai atas. Ni gambar dalam A Famosa |
Lepas habis penat bergambar dan mencari mangsa untuk ambikkan gambar so kitorang pun turun dan jalan kat bawah pulak area kapal terbang muzium and train semua tu. Kitorang tak masuk pun just pusing area situ sambil minum air haussssssss. Nampak beca kuda apa semua rasa macam nak naik jugak haha tapi tengoklah esok macam mana kann..
Lepas tu kitorang gerak ke Dataran Pahlawan untuk lepak sebab penat berjalan. Kitorang cadang nak tengok wayang free sebab guna tiket birthday GSC husband aku tu. So kitorang tengok cerita Spiderman: Far From Home sebab tak sempat nak tengok before ni. Kitorang tengok pukul 9 malam di Dataran Pahlawan Megamall. Sebelum movie start makanlah dekat food truck area Dataran Pahlawan. Mahal kauuu haha..
Habis tengok wayang apa lagi balik hotel tidolah sebab mengantuk dan penatt!!
Esoknya dalam pukul 10 pagi terus siap dan check out. Brunch terus kat kedai area situ and kembali semula ke A Famosa muehehehe. Sebabnya nak pergi beli fridge magnet kat Heritage Bazaar Dataran Pahlawan. Tak beli apa pun cuma 2 ketul fridge magnet dan kipas sebab nak cukupkan 3 barang RM 10. Actually kalau nak cari souvenir banyak ada dekat Medan Samudera so korang bolehlah pergi sana. Sama je barang dia.
Area A Famosa |
Lepas beli fridge magnet husband aku ajak pergi Muzium Samudera yang ada kapal sebijik tu. Tapi taktau mana kedudukan kapal tu sebab macam dekat so nak jalan kaki taknak lah naik kereta satgi satu hal nak cari parking pulak dah. Maka kitorang tanya abang beca mana muzium tu. Dia pun cerita lah belok sini belok sana. Hmmm dengar macam jauh hahaha pastu dia offer kalau dia bawak naik beca RM 15 atau kalau nak pusing pusing dulu lepastu dia hantar pergi kapal tu RM 25. Bincang berdua ngan husband so okaylah mintak hantar pergi muzium so RM 15. Takpelah satgi terigau igau pulak tak dapat naik beca hahaha. Beca kitorang naik tu beca Baby Shark do do do do hehehe. Ada gambar atas beca tapi taknak pos sebab tak cantik hikss..
Weh rupanya dekat je wehh haha macam lebih elok kalau jalan kaki kot huahaha. So sampai muzium tu kitorang pun belilah tiket RM 6 seorang. Ada 3 muzium boleh masuk which is aku tak ingat apa 3 muzium tu. Pastu ada sekali muzium TLDM and TUDM kot eh entahlah yang pasti korang kene simpan tiket tu sebab nanti nak masuk muzium lain kena ada tiket tu.
Ha inilah dia Kapal Muzium Samudera tu |
Sauh Kapal Muzium Samudera. Eh haha |
Besar jugak dalam kapal ni tau. Muzium Samudera ni merupakan replika kapal Flor De La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan dirasmikan oleh Tun M. Pemeran dalam muzium ni menunjukkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu.
Banyak benda korang boleh tengok dalam muzium ni. Kalau ada anak anak bolehlah bawak diorang tengok and kenali sejarah Tanah Melayu sendiri. Agak lama aku dalam ni tapi tak bnyak ambik gambar sebab fokus round dalam ni. Husband aku eksotik sikit so setiap satu dalam muzium ni dia baca haha. Bukan macam wife dia ni tau KPOP je hmmm hahaha.
Pemandangan Sg Melaka dari atas Kapal Muzium Samudera |
Lepas penat berjalan so kitorang pergi ke Medan Samudera untuk minom hilangkan haus. Kat sini banyak souvenir kalau siapa siapa nak cari. Then kitorang jalan kaki ke arah Dataran Pahlawan semula. Lalu dekat Menara Taming Sari. Rasa macam nak naik tapi bila tengok harga macam tak berbaloi pulak. RM 17 seorang so takpelah kitorang tak naik. Mungkin dah ada anak nanti kita naik okay haha.
Dah sampai kereta waktu ni dalam pukul 230 petang. Husband aku ajak pergi Pantai Klebang. Dalam 15 minit lah perjalanan depan sikit Bandar Melaka je. Kitorang sebenarnya cari Padang Pasir Klebang tu tapi tak jumpa! Taktau nak search apa dah. So kitorang jalan je lah dekat Pantai Klebang sambil menikmati Coconut Shake. Beli 2 RM 8 pastu aku bagi RM 50 dia takde baki wehh. Geram je dia pulak yang suruh kitorang jalan cari baki. Takkan lah nak membeli benda lain semata nak bagi baki kat dia. Dahtu kalau beli goreng pisang RM 5 kang orang goreng pisang pulak takde baki. Aku siap tunjuk dalam dompet takde duit kecik dia seboleh boleh taknak. Hmm kang aku pulangkan Coconut Shake baru tauuuu haaa..
Lepas minum coconut shake pastu jalan jalan tepi pantai nampak kuda pulak. Macam nak naik tapi macam satgi orang kecam aku naik haiwan haha. Kalau nak naik kuda sama ada tunggang kuda atau kereta kuda bayaran dia RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak kanak. Kitorang tak naik mungkin lain kali kot haha..
Pantai Klebang |
Lepas penat berjalan so nak balik dah tapi husband aku tak puas hati sebab tak jumpa Padang Pasir tu siap tengok map pastu agak agak lah kat area mana haha. Berpusing sampai ke Muzium Kapal Selam dan akhirnyaaaa jumpa!!! Kawasan dia dekat area kandang kuda. Belakang lagi dari Pantai Klebang tadi..
Tadaaaaa... |
Kat depan ni area batu ni ada pakcik jual air..
Pakcik: Meh lah beli air dulu. Nanti penat..
Husband: Jauh ke pakcik?
Pakcik: Nak berjalan ke sana hati kena kental hahaha
Weh aku dengar rasa macam Allahu mesti jauh sebab aku tak nampak apa kat depan tu. Tapi kitorang teruskan jugaklah sebab dah sampai kan. Sepanjang perjalanan rasanya dekat 10x gaklah aku ngan husband aku ajak patah balik sebab jauh sangat dengan jalan berpasir so pergerakan kau jadi slow and penat haha. Dah lah panas tak bawak payung pulak tu hmmmm..
Lepas 1 jam perjalanan jalan kaki baru lah kitorang sampai. Kitorang pergi pasir pertama je lepas tu ambik gambar lompat dan terus balik beli air kat pakcik tadi hahahaha. Penat oiii tak sanggup nak pergi lagiii..
Husband dan lompat bintangnya |
Aku dan lompat katakku |
Masa ni dah pukul 5.30 atau 6 petang macam tu. So kitorang pun terus balik dan pulang ke Kluang al maklumlah esok kerja kan. So sampai rumah dalam pukul 8 malam. Sekian cerita percutian ke Melaka. Bye!
Pstt abang.. bila nak berjalan lagi ni? hehe |
Comments
Post a Comment