Baby Girl 1st Birthday Celebration di Ancasa Hotels and Resorts, Port Dickson

 Assalamualaikum...

Happy 1st Birthday my baby princess.. Aara Naura!!! I Love Youuuuuu~~~~

Sampai ke PD ye sambut birthday anak. Nasib baik PD tau. Kalau ikutkan aku dah booked hotel dekat Double Tree Hilton, Penang dah. Sebabnya adik aku kata dia nak jalan Penang. Alang-alang tu pergilah time birthday Aara so macam 2 in 1 lah kan. Sekali dia sayang pulak nak tutup kedai sampai 3 hari so dia taknak ikut. Maka aku cancel lah booking dekat Penang and ke PD je lah kita sebab dekat, mudah, pantas dan tuntas!! Ceritanya bulan February birthday ramai orang. Aara (17.2.2021), mak aku (18.2.1967), adik aku (22.2.1995) and biasanya memang sambut sekali je. Tahun ni extra lah ada birthday anak aku so terlebih lah sikit sambutan nya kann hehe. Kitorang pergi 18.2.2022 - 19.2.2022 sebab Jumaat - Sabtu senang sikit. Hotel yang dipilih ialah Ancasa Hotels and Resort, Port Dickson. Setelah ditapis-tapis maka aku dan mak aku pilih hotel ni sebab dia ada banyak jenis bilik and aku pilih 3 Bedroom Apartment harga RM400/malam. Bersebelahan pantai so senang nak terjun laut..


Eh? Nantikan....

Macam biasa lah boleh check in start pukul 3.00 pm. Kitorang gerak dari Semenyih awal dalam pukul 10.50 am dah keluar. Adik aku belanje lunch dulu dekat SDS Cafe Bandar Seri Putra. Alang-alang dah makan SDS so beli lah cake sekali dekat sini. Cake dia murah-murah jugak. Aku beli Blackforest Cake 7inch harga RM58. Then beli lah mini croissant dengan roti apa ntah buat tambah-tambah untuk partayy. Lepas je settle terus lah gerak ke hotel. Sampai pulak agak awal dalam 1.30 pm. Try je check in sekali dia kata bilik ready so boleh je masuk dah yihaa!!

Lunch di SDS

Bilik aku pilih ni 3 Bedroom Apartment. Lengkap dengan kitchen and barang-barang asas. Sangat luas ye. Ada balkoni. Nak seludup orang lain pun boleh. Tapi masa check in dia ada bagi gelang yang macam masuk theme park tu. So kena sentiasa pakai/bawak kalau nak makan atau mandi kolam supaya orang yang datang tak melebihi kapasiti. Btw bilik aku ni tak include breakfast ye. Mak aku belanja breakfast untuk 5 orang RM25/pax. Okaylah kan..

Masuk je apartment terus berebut bilik. Bilik pertama ada 1 katil king yang ni aku dengan husband aku lah punya an hahaha. Bilik kedua 1 katil queen yang ni mak aku amik. Bilik ketiga ada 2 katil single yang ni abang dan adik aku punya. Ruang tamu ada 1 sofa 3 seater. TV. Meja makan. Semua benda basic je lah. So lepas settlekan barang, rehat kejap sebab husband belum sampai dari Johor. Aku pam belon untuk gantung-gantung. Adik aku adalah tolong pam 7 8 bijik belon. Selebihnya aku settlekan sorang haha..

Dalam pukul 430 pm macam tu kitorang keluar untuk cari makanan partay malam ni. Mula-mula ingatkan nak beli ayam KFC satu bucket. Sekali singgah KFC ehhh ayam takde. Aduhh siapalah KFC tanpa ayamnya. So tukar lah kepada ayam MCD. Aku beli ayam spicy 7 + 5 ketul dan 2 medium fries. Adik aku belanje Pizza Hut size large 4 keping. Sebelum balik singgah minum sebab adik aku nak minum mango shake kononnya. Sekali sampai-sampai air lain je yang ada hmm minum je lah ann..

Mango Shake to Oreo Smoothies 


Siap-siap mandi apa semua susun-susun makanan. Dalam pukul 8 pm start lah partayyy. Ala bukan party apa pun.. dok makan-makan sesama family je. Anak aku pun bukan paham nak sambut birthday. Paling syok semua kena pakai baju Happy 1st Birthday Aara Naura macam dalam gambar dekat atas tuu hahahaha. Poning pale pakcik-pakcik anje. 

Demimu Anje Kesayangan Semua


Birthday Cake


Birthday Foods


Hadiah Anje dan Maknek

Habis makan bagi-bagi hadiah then terus tido. Ngantuk teruksss. Tapi malam tu anak aku meragam lah badan dia panas sikit aku syak mesti nak demam ni..

Esok pagi seawal 715 am kitorang semua turun breakfast. Cafe dia dekat Blok B kecik je nama Cinnamon Cafe. Biasa kalau ramai baru dia bukak dekat Cafe Hall A Saffron Bresserie. Disebabkan haritu sabtu pagi masih tak ramai check in so aman lah dalam tu. Ada 2 family je masa tu. Makanan pun tak banyak. Main course dia macam biasa nasi lemak + laksa goreng + baked potato + ayam masak merah. Then ada bubur. Buah 2 jenis je. Roti pun 2 jenis. Ada roti bakar. Air oren dan jambu. Air panas teh o dan coffee. Bagi aku dengan harga RM 25 untuk hotel benda tu adalah berbaloi. Cumaaa yang tak berbaloinya boleh duduk situ 30 minit jee. Cehh bukan ramai orang pun haaa. So makan terkejar-kejar lah sikit. Nak repeat pun serba salah. Nak suap anak makan lagi. Haihh..

Breakfast @ Cinnamon Cafe


Habis makan apa lagi aktiviti kitorang amik gambar la. Dimulakan dekat lobby sampai lah ke pantai. Ancasa ni sebelah dia ada satu taman ala-ala Bali. Sepatutnya ada Bali Spa. Ada trekking jugak tapi aku taktau berfungsi ke tak semua tu atau tutup sementara semenjak hal-hal Covid ni. Kitorang amik gambar je lah sebab cantik. Nak pergi pantai pun senang. Ada pintu terus dari hotel ke pantai. Teluk Kemang pun sebelah je. Cuma nya kitorang tak sempat nak main laut nak main bot pisang ke bot donut ke. Mungkin next time. Sobss. Kolam pun tak sempat nak mandi. Sobss lagi..

Lobby. Nampak Kolam


Smol Family


Ala Ala Bali


Pakcu, Maknek, Anje dan Mummy


Ancasa Pool


Bersebelahan Hotel


Pantai sebelah Hotel

Old Arcade di Ancasa


Balik bilik rehat-rehat kejap then kemas-kemas untuk balik. Kitorang check out pukul 12.00 pm then carik lunch dekat pekan PD pastu terus balikk. Tiba-tiba badan anak aku naik merah-merah bintik-bintik. Esok pergi klinik Aara Naura dapat hadiah satu tahun iaitu dijangkiti HFMD. Tabahlah ye..

Okay thanks for reading.. Bye

Comments

Popular Posts