Berpantai di DQnut Chalet, Kuala Linggi, Melaka
Assalamualaikum...
Okay macam biasa. Sebelum apa-apa kita kena intro dulu macam mana tercetusnya idea nak pergi sini. Masa tulis post Tasik Villa haritu aku ada bagitau aku terbooked chalet dekat Linggi, Melaka. Haa inilah chalet nya. Balik dari PD haritu kitorang sambung jalan area Pengkalan Balak. Sambil-sambil tu memang mata dok perhati chalet-chalet yang mungkin kitorang boleh pergi bila-bila nanti. On the way balik ternampak satu signboard tulis 'DQnut Chalet'. Teringat akak sedara aku pernah cakap pasal chalet ni and dia kata best sebab ada private beach. Terus lah aku google nak carik no phone nak tanya harga. Selain dari ni aku ada tanya jugak harga chalet lain yang aku nampak. Kebanyakan nya mahal setaraf hotel 4 bintang di Kuala Lumpur. DQnut je nampak macam berpatutan dan menarik. Harga per night untuk bilik Standard Seaview hanya RM100 je tauu. So apa lagi terus lah aku booked. Ambik pulak sekali dengan pakej dinner and breakfast dia RM24/head. So okay lah kan? Takyah nak keluar dah carik makan..
Cite dia masa lepas aku booked tu cousin aku tau pastu dia pun booked sekali masa tarikh yang sama. 2 hari sebelum nak pergi tiba-tiba dia kata tak dapat join sebab ada case positif covid dekat office dia. Then kitorang on je mcm biasa sebab plan asal pun mmg pergi bertiga ngan mak and anje. Sekaliii sehari sebelum pergi anje pulak demammm maka mintak tunda tarikh je lah nampaknya..
Maka kitorang pergi pada 22.01.2022 - 23.01.2022 bertiga sahaja. Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 10.45 pagi macam tu lalu PD dan persisir pantai je sampai lah ke Linggi tu. Tapi kitorang tak terus check in. Kitorang pergi Pengkalan Balak dulu saje nak jalan and makan dulu sebab dah lapar. Area Pengkalan Balak banyak sangat jual makanan sampai rasa nak makan semua. Tapi kitorang terus je sampailah area yang penghujung tu. Parking area ada kiosk jual Aiskrim Gula Melaka. Kat situ banyak gerai untuk makan. Kitorang singgah satu kedai ni dulu sebab nak beli pencedok tanah untuk Aara main pasir pantai nanti. Sekali bukan beli pencedok tu je, mak aku pun pi beli baju kelawar pendek 3 pasang. Aku pun cukai lah satu hehe..
Lepas shopping sikit so makan lah kat kedai tu jugak. Dia ada jual nasi kandar and rojak and goreng-goreng lah. Aku makan nasi kandar mak makan rojak pastu anje makan nasi kosong simbah kuah je. Habis makan nasi beli aiskrim gula melaka sat. RM3 untuk cup kecik RM5 untuk cup besar. Tapi cup kecik dia pun okay dah sebab topping boleh pilih. Habis je makan-makan tu semua maka kitorang terus check in masa tu dah dalam pukul 2 pm ++ jugak dah..
Check in macam biasa. Masa tu takde orang pun sampai aku rasa macam eh takde orang ke stay sini. Bayar balance lagi RM50 and duit makan RM48/2 orang. Then mintak kettle sebab senang nak jerang air panas untuk susu anje. Dapat bilik nombor 2 betul-betul dekat pintu masuk and betul-betul depan pantai. Bilik dia kecik je. Okaylah muat-muat satu katil queen and ada side table kecik and sikit ruang untuk solat. Bilik ada aircond. Sejuk okay. Bilik air okay. Semua ni sesuailah dengan harga RM100. Tak boleh demand lebih-lebih sangat. Okay meh lah tengok sikit gambar-gambar kat bawah..
Entrance |
Beach View |
Buaian untuk santai.. |
View Cantik!! |
DQnut sempena Coconut Tree |
Standard Seaview |
View memang superb. Cantik. Pantai betul-betul depan tu dan tak diganggu oleh orang lain. Hanya ada penginap DQnut sahaja. Dekat area receptionist ada satu stall jual macam waffle ke jagung ke buah ke boleh lah untuk kudap kudapan petang. Nama stall tu Q Hana Kitchen. Dekat sini jugak ada pool untuk budak-budak berendam. Tak sempat ambik gambar tapi tengok okaylah untuk budak-budak main. Kolam dia area chalet Garden View..
Okay masa aku sampai tadi macam takde orang kan. Rupanya lepas tu ramai kereta masuk dorang ada buat family day situ. Kalau datang ramai-ramai macam tu best lah kot sebab boleh buat banyak aktiviti and games. Macam kitorang datang memang nak bersantai je. Petang tu kitorang tak amik minum petang. Pakej makan kitorang hanya include sekali makan malam dan sarapan pagi sahaja. Dalam pukul 5 pm kitorang siap-siap nak bawak anje main pasir laut. Anje suka ekk main pasir siap bawak masuk mulut. Tapi bawak pergi celup air laut terus menangis hahaha..
Beach Lady |
Settle main pasir bawak anje mandi and bagi dia tido kejap sebelum sambung pusing-pusing malam. Ingatkan makan pukul 730 pm. Aku pergi receptionist tanya rupanya dia kata 830 pm - 1030 pm dinner. Okaylah settle solat apa semua dalam pukul 810 pm kitorang pun menuju lah ke hall makan. Hall makan ada 2: Seaside Hall dan Cape Hall. Cape Hall diorang dah tempah untuk family day tadi tu. Untuk persendirian makan dekat Seaside Hall. Ingatkan kitorang orang pertama sampai sebab dia kata dinner start pukul 830 pm an rupanya dah ada dah orang makann hahaha. Orang yang amik pakej makan tak ramai so hall ni takdelah sempit and meja pun dia dah siap-siapkan tulis nama. So senang takde rebut-rebut dush dush haa. Makan malam buffet dinner. Dia hidang nasi putih + daging masak asam pedas + ayam masak kurma + ikan goreng + sayur + buah honeydew + ikan masin + sambal belacan + air sarsi. So okaylah kann?? Untuk bayaran RM 12/head untuk sekali makan..
Dinner Buffet |
Seaside Hall |
Gambar hall tu nampak seram kan. Tapi tak seram pun. Saje letak filter malap macam tu haha. Lepas makan jalan lah kejap kat pantai je. Memang bercadang tak keluar langsung sebab tu order sekali pakej makan. Jalan nak keluar agak gelap sebab lalu kelapa sawit so memang malas nak keluar. Pusing-pusing duduk-duduk amik gambar adalah dalam pukul 930 pm baru masuk bilik semula dan ready untuk tidur. Btw bilik takde TV tau..
Laluan Utama |
QHana Kitchen |
Esok tu tiba-tiba malang menjengah. Bilik tiba-tiba takde airrr hahaha. Ingatkan tekanan tak kuat ke. Kitorang redha je mula-mula malas nak pergi tanya. Terus siap nak sarapan sebab ingatkan sarapan pukul 7.00 am. Otw nak pergi hall singgah kejap dekat kitchen belakang tu tanya bila start sarapan. Rupanya pukul 8.00 am baru start arghhh dah laparr. Dalam pada tu terdengar ada orang complain takde air. Dia kata ada problem dari syarikat air tapi malas nak amik tau so biarlah harap lepas makan ada lah air. Disebabkan lambat lagi dapat sarapan so kitorang round-round lah amik gambar dulu. Dalam pukul 8.05 am baru lah siap makanannya haha. Bolehlaaa..
Sarapan pagi tu tak sempat amik gambar. Dihidangkan dengan nasi lemak lengkap + bihun singapore + sosej + pau + karipap + roti gardenia + kaya + kopi susu. Okaylah kenyang sebab boleh tambah kalau lapar lagi. Tapi aku dah terus ambik banyak so kenyang lah kot. Habis makan lepak pantai dulu sampai 930 am macam tu lepas tu masuk bilik semula sambung tidur. Alhamdulillah air dah adaaa. Pukul 1100 am baru bangun and kemas and siap. Pukul 1205 kitorang check out dan pulangkan kettle.
Anje dan Mummy |
Sebelum balik pergi Pengkalan Balak kejap sebab mak nak beli lagi baju semalam tuuu haha. Alang-alang tu kitorang bentang tikar and lepak kejap sambil makan aiskrim gula melaka. Anje suka tengok laut tengok burung. Kemain happy dia. Lunch pulak kitorang memang cari kedai yang tak ramai. Sebab tak suka bersesak walaupun kedai tu viral atau sedap. At last kitorang pilih kedai dekat area Linggi sebelah jambatan apa ntah nama kedai tu Kuala Seafood. Makan nasi campur. Not bad. Kedai pun aman luas dan selesa. Habis makan terus pulang rumah. So far okaylah percutian ni sebab dapat pergi laut. Rindu laut. Cuma kalau nak keselesaan better hotel lah kot. Hehe. Tapi kawasan best! Aku okay happy je asalkan dapat berjalan dengan anje and mak. Next kita nak pergi mana pulak ni?
Thanks for reading. Bye!
Comments
Post a Comment