Baby Iriz Dihempap Pokok!!

 Assalamualaikum...

Untuk yang tertanya siapa baby Iriz?? manusia ke?? oh tidak.. baby Iriz adalah kereta Iriz aku yang aku anggap macam baby sebab dialah baby pertama aku yang version bukan manusia..

Okay aku nak cerita pasal kereta aku kena hempap pokok dalam kejadian ribut kuat kat kawasan rumah aku di Bandar Rinching, Semenyih. Kejadian ni berlaku pada 17.9.2021 hari Jumaat pada jam 6.15pm. Betul-betul lepas aku sampai rumah lepas balik kerja. Aku sampai dalam pukul 5.40pm ke 5.45pm macam tu lah. Sampai terus parking depan rumah lepas tu terus masuk rumah mandi. Depan rumah tau bukan dalam halaman rumah. Masa mandi pun dah start hujan and kilat and guruh and ribut. Seram jugak sebab kuat. Lepas mandi aku turun bawah nak settlekan anak. Mandi kan ke bagi makan ke apa-apa lah. Tapi ribut kuat gila and bunyi menyeramkan..

Baru je cecah kaki 2 3 langkah kat ruang tamu tiba-tiba aku dengar kuat gila bunyi dekat luar. Kuat yang kau rasa mcm bunyi apa tu kuat sangat apa yang meletop?? Seram okay sebab taktau bunyi apa. Mak aku cuba bukak pintu nak intai apa berlaku kat luar. Tapi angin tersangatlah kuat sampai nak bukak pintu pun seram. Intai sikit-sikit nampak penyidai baju dah terbalik dah dekat halaman. Aku siap cakap 'biar je lah mak penyidai tu nanti baju-baju tu basuh je lah balik' konon macam nak tenangkan mak sendiri lah hahahaha. Masa tu aku terfikir awning depan ruma ke terangkat sampai bunyi kuat gila ni?? Rupanyaa.... dengan tiba-tiba mak aku jerit 'dikkk pokok tumbanggg hempap kereta kauuuu'....

Automatik aku moody rasa nak nangis. Aku nampak pokok tu tumbang dan hempap kereta aku. Nak tengok tak boleh sebab hujan masih lebat. Aku terus takde mood nak settlekan anak. Terus berfikir-fikir apa dah jadi dengan kereta aku. Penyek ke. Cermin pecah ke. Macam-macam lah dok bermain dalam fikiran. Nak tengok tengah hujan pulak lagi..

Bila hujan dah start reda, aku keluar kat halaman rumah and intai kereta dari dalam pagar je. Tak nampak apa kerosakan. Amik payung pastu terus pergi kat kereta nak tengok apa dah jadi. Bumbung kereta kemek kena dahan pokok. Spoiler tercabot. Wiper terkulai. And kemek-kemek calar yang lain-lain. Alhamdulillah kalau nak kira teruk taklah teruk sangat sebab ada kereta lain habis penyek bumbung. Nasib baik cermin kereta tak pecah. Btw bukan kereta aku sorang yang menjadi mangsa. Banyak lagi kereta lain bersama pokok-pokok yang lain..

Masa tengok diam je lah nak buat macam mana kan. Yang ada dalam fikiran aku adalah habislah duit akuuu. Aku pulak baru je buat full settlement kereta habis RM 24k pastu ni nak kena cekau lagi duit. Takpe kita redhaaa.. 

Lepas maghrib macam tu aku keluar nak carik spoiler kereta aku takot hilang pulak kan. Spoiler tu dah kat dalam celahan pokok susah nak amik. Tengah terbongkok2 tu tiba-tiba Bomba sampai. Tanya apa aku buat tu. Cakaplah nak amik spoiler kereta. Then dia yang cari dan ambik kan. Lepastu diorang potong pokok tu. Halfway je lah sebab pokok tu tumbang clash ngan wayar elektrik. And current dah pergi ke pokok so dia pesan jangan dekat-dekat ngan pokok or pagar rumah or kereta. Tunggu TNB datang and settlekan dulu..

Masa ni ramai lah berkerumun depan rumah dah macam pesta pulak ye. Yelah yang menjadi mangsa tu kereta akuuu huhuu jiran-jiran hanya mampu tengok je lah. Dalam pukul 10pm, lori MPKj pulak sampai. Nak dijadikan cerita pokok yang tumbang ni pokok MPKj so salah sorang pemotong pokok ni bagitau aku boleh mintak claim dengan MPKj. Tapi prosesnya dia pun tak sure lah macam mana. Al kisah nak mintak claim kau ingat senang?? Haaa ni nanti aku cerita dalam entry lain lah.. 

Then dalam pukul 11pm TNB pulak sampai settlekan wayar eletrik. Ada beberapa rumah effect lah takde current. Rumah aku nasib baik ada kalau tak jenuh lah nak pikir berpanasan pulak..

Esok lusa tu aku tengok spoiler aku rupanya bahagian skru tu dah patah. Maksudnya kat sini kena beli spoiler baru lah ye. Penat je lah aku selamatkan spoiler haritu. Selasa aku hantar bengkel. Kena dalam RM 2k jugaklah semua termasuk aku beli spoiler baru. Later aku cerita pasal bengkel dan claim pulak yang memang banyak masalah jugak ni. Nak claim dengan insurans kereta tak boleh sebab masa renew insurans and road tax tu aku tak include tambahan untuk bencana alam. Almaklumlah kena tambah duit.. haha..

Meh lah tengok sikit gambar kejadian... Thank you sudi baca..

My Baby Iriz


Comments

Popular Posts