Membuat Full Settlement Loan Kereta

 Assalamualaikum...

Kalini aku nak cerita kisah aku membuat full settlement untuk kereta aku. Full settlement ni maksudnya membuat bayaran penuh kereta kepada bank peminjam kita dan maknanya kita akan bebas hutang!

Okay aku pakai kereta biasa biasa aje. Aku selalu panggil kereta aku my baby iriz hehehe sebab kereta ni aku layan macam baby okayy. Asal rosak sikit je aku terus pergi baiki. Ye la aku tak berniat nak tukar kereta untuk tempoh masa terdekat kan so kena lah jaga kereta elok elok. Even jaga elok elok pun calar calar kereta kemek sikit tu still ada lah. Nak pergi betulkan duit tak berapa mengizinkan sebab benda ni tak berapa penting kan..

Niat nak kemaskan kereta ni mmg ada tapi monthly installment membataskan niat nak buat. So bila pikir pikir nak tunggu hutang habis bulan 8/2025 nanti pinjaman 9 tahun. Alhamdulillah aku mmg ada simpanan yang bukan emergency saving. Asalnya nak guna simpanan ni untuk renovate rumah baru nanti 2023 tapi dah kira kira tambah tolak darab bahagi better aku selesaikan hutang dulu. Renovation boleh kumpul balik sebab dah tak ada komitmen kereta bulanan kan. Dan boleh juga simpan untuk kemaskan semula calar calar kereta..

So inilah kisahnya mcm mana aku mula start nak buat full settlement. Bincang dengan husband jugak. Hmm taklah bincang pun just cerita plan je haha. Dia okay je mana mana. So benda pertama kena check ialah.. baki pinjaman dengan bank. Aku buat pinjaman dengan Maybank AFC Kajang. Check baki pinjaman ada dalam RM 27 000..

Memandangkan sekarang ni musim PKP.. so nak pergi bank perlu set appointment. Aku dapat set appointment pada tarikh 16.8.2021 pukul 12 tengah hari. Hari kejadian terus datang ke tingkat 3 Maybank Kajang (AFC Department) and terus bagitau nak buat full settlement dan berapa jumlah. Pegawai akan check. Untuk kereta aku kalau aku buat pembayaran sekarang aku perlu bayar RM 24 069..

Aku on je. Aku terus mintak geran. Bayaran perlu buat di tingkat 1. Aku bayar guna debit card terus tolak account. Settle. Then aku naik balik tingkat 3 nak tanya geran ni tak tukar hak milik ke sebabnya nama atas geran masih nama hak milik Maybank Kajang. Pegawai kata nanti auto bertukar hak milik dan akan terima surat dihantar ke alamat rumah. Boleh pergi ke JPJ untuk tukar nama atas geran. Cuma musim PKP ni nak masuk appointment mmg sangat susah so kita tunggu je lah..

Then boleh tengok dekat account part loan with bank dah 0. Ahamdulillah settle dah. Maknanya baby Iriz ni dah sepenuhnya menjadik milik akuu yeahhh. Okay itu je cara nak buat full settlement. Tak susah pun cuma sediakan duit yang mencukupi sahaja..

Terima kasih dengar cerita aku..


Comments

Popular Posts