Pengalaman Menerima Vaksin Covid-19

 Assalamualaikum...

Okay harini saje nak cerita dekat sini pengalaman aku dapatkan vaksin C19 ni. Cerita ni sekadar nak dijadikan kenangan sendiri and kalau ada orang nak baca apa salahnya..

Okay kita cerita dari awal. Bulan February dah mula daftar dekat apps My Sejahtera untuk dapatkan vaksin percuma ni. Almaklumlah kita ni nak mencapai herd immunity. Kalau boleh nak virus ni cepat cepat pergi dari muka bumi ni tapi tak mampu maka cara lainnya kita perlulah dapatkan vaksin ni. Berebut - rebut masing masing nak tunggu giliran untuk divaksin..

Pemberian vaksin ni ada 3 peringkat iaitu Fasa 1 diberikan kepada frontliner. Fasa 2 untuk warga emas 60 tahun ke atas dan Fasa 3 bagi 18 - 60 tahun. So aku berada di Fasa 3 lah. Kalau nak diikutkan, bulan Mei dah start berjalan untuk pemberian vaksin Fasa 3..

Dalam bulan Jun aku ada join perebutan vaksin Astra Zeneca (AZ) iaitu vaksin sukarela. Kenapa sukarela? Sebabnya vaksin ni ada isu di negara luar di mana penerimanya mendapat blood clot selepas menerima vaksin ni. Bila dah jadi isu so YB KJ open secara sukarela lah. Peringkat pertama tak ramai daftar sebab ada yang tak tau dan ada yang masih takut untuk dapatkan. Bila buka peringkat kedua ramai sangat cuba untuk daftar termasuklah aku..

Masa ni berjaya daftarkan mak aku je. Aku tak berjaya. Husband aku pun berjaya time ni. Abang aku dah daftar masa peringkat pertama. So kiranya mak aku husband aku dan abang aku penerima vaksin AZ lah..

Then bila dah start Fasa 3 untuk kitorang menerima vaksin, ramai nama dah naik untuk first dose. Nama aku masih belum naik walaupun aku dah daftar dari bulan February lagi. Aku ni tak sabar dah nak kena vaksin ni. Macam macam cara aku cuba. Ada orang suruh message helpdesk My Sejahtera then daftar Selangkah then refresh apps dan macam macam lagi lah semua aku cuba hahaha..

Akhirnya berjayaaa nama naik untuk first appoinment hehehe..
Maka sekarang ni kiranya tinggal adik aku sorang je masih belum divaksin..

So aku kena pada 13 Julai untuk dose pertama di PPV Bangi Golf Resort. Oh btw start minggu lepas ada 4 PPV baru yang dibuka area Kajang ni sebab tu nama naik kot.. Mungkin laaa..

Malam sebelum cucuk aku dok fikir nak pakai baju apa sebabnya semua baju aku blouse aku stuck kat lengan tak boleh angkat sampai atas. Dah fikir nak pakai baju kurung sebab lengan ada zip punn stuck jugak smpai siku. Cardigan aku pulak ada satu je tu pun dah ketat.. fuhhh.. Nasib baik ada sweater abang aku yang boleh aku pakai.. kalau tak..hmmmm..

Aku excited. Pagi lagi dalam pukul 7.45 aku dah gerak ke Bangi. Sampai dalam pukul 8.30. Orang agak ramai tapi proses dia sangat laju. Tak sampat nak ambik gambar kerusi pun. Untuk PPV Bangi Golf ada 2 kaunter iaitu KKM dan HCO A. Kaunter KKM untuk warga tua/oku atau golongan berisiko. Kaunter HCO A untuk orang muda dan organizer yang terlibat untuk HCO A adalah dari Sungai Long Specialist Hospital..

Banyak pit stop dari awal sampai lah habis dicucuk. Mula dengan isi borang. Konsultasi doktor. Pendaftaran. Suntikan. Dapatkan kad. Akhir sekali permerhatian. Cuma nya proses dia sangat laju. Zup zap tau2 dah siap. Aku dapat suntikan Sinovac dan 2nd dose aku adalah pada 3 Ogos nanti di tempat yang sama.. 

Selesai zon pemerhatian pastu adalah papan vaksin untuk siapa siapa yang nak bergambar. Pelik aku semua jalan terus je sampai aku tanya petugas situ kenapa takde orang amik gambar? huahahaha. Aku of course lah ambik kan tapi gambar tak lawa so taknak letak sini hmmm.. Selesai cucuk aku pun pergi carik makanan konon reward selepas vaksin lah. Harini kita cheat day walaupun rasa bersalah sebenarnya ni nak makan. Aku beli nasi kandar apollo dengan Bubble Bee alang alang dah sampai Bangi kan. Then teruslah balik rumah sebab harini kerja.


Done First Dose


Borang Persetujuan

Okay second dose aku dijadualkan pada tarikh 3 Ogos 2021 pukul 9 pagi dan masih di Bangi Golf Resort. Kalini nampak macam ramai tapi masih tersusun dan effision. Terus masuk duduk dekat kerusi dan bergerak mengikut arahan. Dah tak ada nak isi borang so laju sikit lah..

Disebabkan ada kes di mana vaksin tak dicucuk ke dalam badan so JKVAV suggest untuk ambik video atau tengok dengan mata kepala sendiri vaksin tu ditekan ke dalam lengan. Aku pulak rasa renyah kalau nak ambik video sebab tangan penuh dengan phone lah kad vaksinasi lah pen lah so aku decide tengok sendiri je lah dia tekan syringe tu..

Sebelum ni kalau aku ada injection masa pregnant aku memang jarang tengok time ubat tu masuk dalam badan sebab seram tapi kalini terpaksa tengok dengan mata kepala sendiri terus auto sakit hahaha. Padahal sebelum ni takde rasa pun tiba tiba kalini aduhh terus sakit huwaaa..

Maka pukul 930 selesai lah suntikan dose kedua vaksin Sinovac untuk aku..

Kalini aku jumpa papan saya sudah divaksin yang cantik sikit. Bangi Golf punya. Masa dose 1 aku cari papan ni tapi tak jumpa. Malangnya untuk dose 2 ni takde orang untuk aku mintak tolong ambikkan gambar.... 

Terhasil lah gambar papan sahaja

Okay selesai ambik gambar papan maka aku terus balik. Kalini takde jalan jalan Bangi sebab aku ada appointment nak servis kereta pukul 10 pagi. Alhamdulillah selesai perjalanan mengambil suntikan vaksin mencegah Covid ni. Harap ini adalah satu ikhtiar dan jalan yang dapat menyinari kegelapan dunia ketika ini. Aminnn....


Digital Certificate

Comments

Popular Posts