Second Pregnancy Journey: Pengalaman Bersalin

 Assalamualaikum...

Hi semua. Dah lama tak update blog tapi takde lah lama sangat. Belum sampai setahun lagi hehe. Bukan apa. Busy sikit semenjak ada anak ni. Ni pun curi masa sikit sebab minggu ni ada kursus. Harini aku nak cerita pasal pengalaman bersalin untuk jadikan kenangan and baca semula bila dah lupa nanti. Eh boleh lupa ke? huhuu.. 

Aku bersalin kan anak aku 17.02.2021 haritu. Dah hampir 3 bulan and dah nak masuk kerja balik dah pun. Macam mana nak start eh hmm. Aku start cuti bersalin 15hb sebab dah tak larat sangat nak travel pergi kerja 40km sehala. Bila balik tu rasa flat sangat and memang dah tak larat bethol so sebab tu apply cuti awal. Masa ni husband balik hari Jumaat 12hb sebab cuti CNY and dia WFH sampai 17hb so dia stay je lah kan..

Hari hari berlalu macam biasa. Sempat sambut birthday mak and adik aku masa 13hb. Ikutkan birthday mak 18hb and adik aku 22hb. Sambut awal sebab teringin makan banyak sebelum beranak haha. Masa ni rasa macam hmm bila nak beranak ni nanti 17hb husband dah balik Johor so husband pun pujuk lah anak dia suruh keluar awal. Ye lah kan ada husband senang sikit nak uruskan pergi hospital apa semua kan..

Hari Selasa 16hb pagi aku start rasa perut mengeras. Cumanya aku pun tak pasti perut mengeras macam mana tapi bila pegang rasa lah kerasnya cuma tak lah sakit lagi. Siap whatsapp kawan tanya macam mana rasa contraction eh. Tapi still tak pasti so aku biarkan je lah. Bila mak aku pulak pegang dia kata ha tak lama lagi beranak lah ni tapi tak pasti lah berapa hari lagi and aku ingatkan mungkin dalam 2 atau 3 hari lagi..

Petang tu ajak husband cari cafe hipster sebab nak minum coffee ada love hahaha tiberr kan. Lepas minum coffee pergi lah jalan kejap kat taman. Balik taman lepas Maghrib tu baru start rasa contraction tu makin kerap. Mak aku pulak bawak balik durian Musang King. Aduhh tergugat iman and terpaksalah makan hahaha. Aku install contraction counter sebab nak track kekerapan contraction. Bila tengok memang dah start sakit kurang 5 minit sekali.. 

Lepas solat Isyak aku pun turun cakap ngan mak macam dah sakit je ni. Nak beranak dah kot sebab aku baru sedar inilah sakit yang sama macam masa aku induced miscarriage dulu. Tapi bearable lagi so biar sekejap nak makan roti canai mak bungkus tadi duluuu..

Dah pukul 10 actually memang dah sakit sangat dah tapi tengok episod akhir drama TV3 dulu. Pukul 11 aku pun naik bilik ngan husband konon nak tido tapi tak boleh tido sebab sakit sangattt tapi still taknak pergi hospital sebab takut ni sakit tipu tipuu hahaha. Pukul 11.30 macam tu rasa nak buang air sat lama jugak lah dok toilet pastu turun lah tanda lendiran coklat sikit. Bagitau mak.. mak suruh pergi je lah hospital tuuu..

So pukul 12 malam tu pergilah ke Hospital Kajang. Masa ni sakit ye. Husband bercakap pun aku rasa nak marah nak suruh senyap laaa. Dah sampai tu leceh jugak lah nak masuk kena isi borang pasal Covid dulu lepas tu baru lah masuk. Dalam pukul 1 doktor cek bukaan and mesin contraction tu. Dah 4cm katanya. Lama jugak lah aku duduk cek kat situ rasa macam nak panggil nurse suruh cepat haha. Masa ni doktor kata saya bukakkan sikit so nanti terus masuk Labour Room..

Sebelum tu kena swab RTK test dulu untuk cek Covid. Sementara nak tunggu result kena masuk isolation room dulu. Aku baru 2 minit naik atas katil tiber eh result dah keluar jom masuk LR. Aku dah lah tengah sakit diajaknya bergerak gerak adui. Masa ni leceh eh sebab tak boleh nak jumpa husband nak pass barang ke amik barang ke bagi barang ke..

Lebih kurang 2.30 pagi masuk lah aku ke LR. Sakit benerrrr!! HAHA..  Btw aku ni bila sakit aku tak menjerit pun. Aku takde nak meraung bagai. Aku senyap je ketap bibir walaupun hakikatnya memang sakit gila! Sampaikan masa aku dah tak tahan nurse tak perasan pun aku kat dalam sampai aku kena gegarkan katil panggil nurse sebab bila aku panggil dia tak dengar..

Dalam ni takde jam so aku taktau pukul berapa yang aku tau dia datang cek bukaan 2x mula mula 5cm lepas tu 6cm lepas tu keluarkan air kencing lepas tu pecahkan ketuban. Itu je aku tau. Sampai masa dah tak tahan sangat aku cakap saya nak teran! Ok dorang pun ready suruh push. Tak ingat lah berapa kali push yang aku tau nurse bebel suruh aku teran betul betul macam berak taik keras. Entahlahh aku rasa aku teran elok je tapi mana lah nak sedar kannn..

Maka lahirlah seorang puteri pukul 5.50 am pada 17.02.2021 dengan koyakan 2nd degree tear. Alhamdulillah.. Masa ni doktor suspek anak aku tertelan najis dia sebab dia dah berak dalam perut. Nafas dia tak cantik so terus masuk ICU baby. Doktor ada terangkan kat aku tapi sebab aku baru lepas beranak aku macam tak fokus sangat apa doktor kata. Cuma dalam hati aku harap anak aku takde apa apa yang serius lah..

Lama aku dalam LR. Husband taktau apa status aku kat dalam sebab phone takde kat tangan. Dalam pukul 10 pagi nurse tolak masuk wad. Nak jumpa husband memang tak dapat. Barang pun pass kat gurad je. Musim Covid ni memang leceh ye..

Lepas check aku doktor kata okay petang aku dah boleh keluar sebab takde apa apa problem. Ye lah hospital gov takkan baginya duduk lama lama kalau takde apa apa. Cuma anak aku kena tahan ICU untuk on antibiotik 5 hari. Oksigen on pagi tu tapi bila bukak alhamdulillah anak aku boleh bernafas cantik so dia teruskan cabut semula oksigen tu. Cuma antibiotik lah kena tengok dulu. Petang tu aku sempat melawat anak aku tapi boleh 5 minit je..

Alhamdulillah anak aku kena tahan ICU 3 hari je sebab bila x ray paru paru semua dah okay and dan boleh stop antibiotik. Yeay anak mummy dah boleh balikk!!

Pengalaman beranak ni memang ngeri jugak lah bagi aku. Part contraction sakit. Kena gunting rasa eii nyiluuu sebab nurse tu siap cakap saya gunting ye dan aku pun dengar bunyi zap zapp aduhh. Cuma nasib baik aku sakit kejap. Sedar sedar eh dah beranakk.. Alhamdulillah laa..

Nak repeat?? Hmmm lambattt lagi lah kottt tak sanggup ngeriii traumaaa hahaha.. 

Part jaga anak? Part pantang? Nanti aku cerita dekat post lain kalau ada masa..

Btw nama anak mummy ni Aara Naura Binti Ahmad Affandy

Thank you sudi baca..

Comments

Popular Posts