Kursus Pengenalan Pegawai Baru di CREaTE, JKR Melaka

 Assalamualaikum...

So harini aku nak ceritakan pasal Kursus Pengenalan Pegawai Baru yang diadakan selama seminggu start dari 05.10.2020 sehingga 09.10.2020 di CREaTE, Melaka. Maksudnya sekarang ni aku dah official dilantik sebagai pegawai dalam kerajaan lah kiranya hahaha..

Aku datang Melaka pagi Isnin tu seawal pukul 5.40 pagi keluar rumah dari Semenyih dan sampai di Create lebih kurang pukul 7.30 pagi lepas sarapan nasi lemak kat gerai mana entah. Lapor diri pukul 8.00 pagi tu. Mak aku hantar sebab suami aku takde. Kat bawah ni aku tepek lah jadual kursus so that korang boleh imagine apa kitorang buat kat situ selama seminggu ni..

Jadual Kursus Pengenalan

Isnin (05.10.2020)

Okay pagi tu sampai-sampai je pejabat penginapan Blok K tak bukak lagi so aku pun blur mana nak letak beg. Takkan nak usung ke hulu hilir luggage besar tu pulak kan. Kalau nak tinggal ada beg laptop pulak. Kalau nak angkut berat pulak sebab laptop tu laptop zaman batu sikit. Dah lah kasut baru tu longgar. Jalan macam itik. Sampai mak kata 'asal kau jalan kengkang dikk' hmmm penuh dugaan betul ye permulaan kursus hahaha..

Dengan tak semena mena terjumpa member zaman universiti nama dia Fiza and dia suruh letak je luggage and segala beg tu dalam bilik dia dulu sebab dah nak pukul 8 dah ni nak lapor diri. Maka naik lah aku ke tingkat 9 letak beg..

Sampai dewan sign attendance dan makan nasi lemak sekali lagii nyummehhh hahaha. 8.30 start taklimat sampai lah pukul 10.30 pagi. Lepas tu dijemput untuk minum pagi dan sambung semula taklimat sampai pukul 1.00 tengah hari. Taklimat apa yang disampaikan korang tengok lah jadual tu tapi adalah sikit-sikit berubah. Pukul 1.00 tengah hari amik makanan and aku baru nak check in bilik. Bilik aku di K-9-1. Meh tengok sat bilik dia. Lawaaa.. Oh btw bilik ni untuk 2 orang tapi time kursus kalini disebabkan SOP Covid 19 ni maka bilik dapat sorang satu. Syok ooo..


Bilik di CREaTE

Pandangan dari balkoni

Petang sambung taklimat sampai pukul 4.30 petang. Aku dah layu gila mata tak boleh nak bukak. Balik je bilik aku tidur sampai pukul 6 petang and terpaksa bangun sebab nak iron bajuuu. Malas betulll tak larattt and aku iron terus semua baju untuk seminggu. Yang mana mampu je lah. Tak cukup aku repeat je lah bukan orang perasan ponnn..

Malam tu kena turun awal pukul 7.30 malam sebab ada sesi dengan Ketua Pengarah JKR. Habis awal sikit lah dalam 9.30 terus aku masuk bilik tidurrr sampai esok pagiii..

Selasa (06.10.2020)

Hari Selasa kena bangun awal sikit sebab ada senaman pagi. Hari Selasa akan dipenuhi dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Fasi kata turun 7.20 pagi jangan makan apa-apa dulu bersenam dulu. Aku dah kebulur memang tak lah aku tak makan. Aku siap-siap makan apollooo sian baby lapar kihkih..

Setiap kali ada kursus atau kem mesti akan ada menari chicken dance ye dan kami tak terkecuali. Menari lah kau sambil perut kedepan hahaha. Habis bersenam dalam pukul 8 so kitorang terus sarapan. Harini makan mi goreng. Sedap bethol ye mi goreng dia!

Settle makan kitorang terus dibahagi kepada 10 kumpulan. 1 kumpulan ada antara 10 atau 11 orang. Dia panggil nama sorang-sorang untuk elakkan crowded check nama. Sekali nama aku first kena panggil maka aku berada dalam Group 1. Sesi suai kenal dalam ahli group and group aku terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan..

LDK sampai pukul 1.00 tengah hari macam biasa and ada break pukul 10.30 untuk minum pagi. Macam-macam game main semua game indoor lah. Fasi untuk LDK best jugak tau. Tahun depan dia dah nak pencen tapi masih energetic!

Petang sambung LDK pukul 2.30 and kalini more to aktiviti outdoor. Aku lah paling happy sebab ibu mengandung boleh dikecualikan and bagi semangat and support je untuk ahli group yihaaaa.. Bila kata aktiviti outdoor ni faham-faham je lah dia punya berpeluh macam mana. Aktivit pulak habis lambat harini dalam pukul 6.00 petang..

Meh lah belanja gambar sikit..

Salah satu kumpulan untuk aktiviti Guli dan Paip


Aktiviti naikkan bendera menggunakan batang paip

Actually banyak lagi aktiviti tapi aku malas nak upload gambar. Aktiviti dia semua seronok walaupun memenatkan. Alhamdulillah jugak sebab cuaca tak hujan. Tapi kalau hujan boleh balik awal skit ye dak? hahaha..

Malam sambung LDK pukul 8.30 malam lepas makan malam. Adalah dalam 2 atau 3 game main malam ni and aktiviti selesai pukul 10.00 malam. Kumpulan kitorang menang no.1 ye antara semua group hahaha power betol. Lepas supper aku terus masuk bilik baring and luruskan pinggang. MasyaAllah memang sakit gila tulang belakang aku rasa nak nangis tapi takde siapa boleh tolong urutkan. Tapi sebab mata dah ngantuk sangat-sangat maka terus je tido dengan lena malam tu..

Rabu (07.10.2020)

Hari ketiga ni dan seterusnya akan dipenuhi dengan taklimat sahaja dari pagi sampai lah ke petang. Pagi takde apa sangat dengar taklimat je lah macam biasa. Petang ada satu sesi taklimat kena bawak laptop dan aku baru sedar laptop aku dah tak boleh pakai bateri hahaha so macam mana lah kan. Kat dewan tu bukan ade plug nak cocok pon. Aku pun redha je lah angkut laptop di kehujanan sambil pikir macam mana nak guna laptop ni nanti..

Sampai dewan tengok adalah beberapa makhluk pun mempunyai masalah yang samaaa. Fuh nasib baik ada geng. So kami pun bukak lah satu meja kat tepi dewan sebab ada satu plug kat situ. Alhamdulillah ade orang bawak extension so boleh lah kitorang geng-geng laptop old school ni berkumpul kat situ mendengar takimat..

Sudahnya sesi tu pegawai baru tak boleh log in pun web tu. Hanya untuk pegawai sedia ada hahaha so apa tujuan kami bawa laptop? Mungkin hiasan sahaja.. hahaha. Kitorang pun tengok je lah screen bukan boleh buat apa pun. Next taklimat pulak pasal cuti haa terbeliak mata semua orang hilang habis rasa ngantuk dengar pasal cuti kihkih..

Malam pulak takde aktiviti cuma perlu buat persediaan untuk persembahan esok. Tema nya bebas tapi ada unsur-unsur nilai murni lah. Kitorang berkumpul 8.30 malam selepas makan untuk discuss. Group kitorang ambik tema mengenai Covid 19. Buat lakonan tanpa suara sikit sambil diiringi muzik dan video kat belakang sambil menari-nari sikit hahahaha..

Kitorang berlatih sampai pukul 10.30 malam lebih kurang lepas tu masuk dewan kejap sebab ade group member kitorang belikan Cucur Udang Alor Gajah yang famous tuuu. Aku pernah makan lah dulu tapi dah lama tak makan. Sambil-sambil makan tu kitorang buat lah sesi suai kenal dengan lebih mendalam sebab aku curious nak tau umur budak-budak ni sebab ada beberapa budak lelaki asyik panggil aku akak. Perempuan takde masalah sebab kebanyakan panggil awak je. Tapi aku okay je orang panggil akak sebab tu aku diam sebab tanda hormat kan. Cuma tu lah curious..

Rupanya memang betul tekaan aku. Yang panggil aku akak tu semua tua dari aku umur 30 lebih hahaha. Mungkin sebab aku mengandung so nampak macam makcik-makcik sikit kot. Paling tua dalam group nama dia Chandra umur 40 tahun and dah berkhidmat 13 tahun dalam JKR. Paling muda umur 26 tahun..

Dah nak pukul 11.00 malam macam tu aku tengok diorang ni masih rancak lagi berborak so aku pun mintak lah nak balik. Perut pun dah kenyang makan cucur udang kan. Pinggan pun malas basuh so aku pun undur lah diri. Mula-mula macam okay je sekali time nak balik tu aku baru sedar aku jalan sorang-sorang. Agak menyeramkan jugak lah sebab kawasan dia sunyi. Kau pulak sorang-sorang. Blok aku hujung pulak tu. So muka buat macam takde apa je padahal dalam hati seram ye hahaha. Tunggu lif dah lah lambat gelap pulak tepi tu. Naik lif pulak satu hal. Keluar lif terus nampak hutan. Sampai balkoni satu hal lagi sunyi. Fuh nervous bethol!!

Maka alhamdulillah selamat sampai dalam bilik hahahaha. Terus aku tidur lena tak sedar apa. Ingat nak layan drama memang tak mampu lah mata dah kuyu habiss

Khamis (08.10.2020)

Hari Khamis ni pun aktivit dipenuhi dengan taklimat sehingga ke petang. Takde apa yang berlaku sangat. Malam tu kitorang ada persembahan kumpulan so petang lepas taklimat pukul 4.30 petang kitorang nak berlatih lah sikit. Kitorang berkumpul pukul 5.30 petang untuk praktis dan sediakan props..

Ramai kumpulan yang praktis time ni. Ye lah bukan ada masa pun untuk praktis memang masa ni je yang ada. Kitorang habis praktis pukul 7 petang and terus ambik makanan and makan kat atas. Persembahan start pukul 8.00 malam. Tak sabar hekhek...

Aku turun dalam pukul 8.10 malam sebab leka tengok drama sambil makan. Masuk dewan je emcee dah start bebel. Persembahan pun bermula pukul 8.30 malam. Group aku dapat turn second last ye round ke 9. So boleh lah rilek-rileks dulu..

Tiba lah turn kitorang hehehehe seramm. Nak dijadikan cerita video yang diedit oleh Chandra tak boleh play ah sudahh. So lagu je lah dimainkan. Kitorang pun start je lah berlakon. Pendek cite persembahan kitorang memang berterabur nak compare ngan group lain. Awal-awal tu okay lah lagi. Masuk tengah semua tiba-tiba macam 'eh apa aku nak buat ni' 'eh lambat betul lagu nak habis' hahaha. Memang hancus ahh..

Maka kitorang pun redha. Actually tak kisah pun sebab hamper ada 10 semua sama saiz hahaha. Habis semua persembahan dalam pukul 11.00 malam. Sementara nak tunggu juri kira markah so ramai-ramailah kami nyanyi lagu Gemuruh dan Standing In The Eyes Of The World which is lagu ni memang akan berkumandang di setiap kem-kem motivasi dan kursus-kursus..

Masa yang ditunggu telah pun tibaaaa. Pengumuman pemenang diumumkan. No. 4 hingga no. 10 adalah saguhati secara random means takde turutan. Placing hanya untuk 1, 2, 3. Tunggu punya tunggu sekali dah 5 group disebut and nama group kitorang tak disebut pun lagi. Aku kat situ cakap lah 'ehh mana kumpulan kitaaa takkan juara kot hahahahaha'. Kitorang semua ketawa gila sebab macam tak percaya sampai kesudah nama kitorang takde untuk saguhati hahahaha..

Rupanya group kami dapat no. 3 ye hahaha sungguh tak percaya. Juri kata sebab tema group kitorang lain dari group lain. Yang lain mostly ketengahkan isu yang sama. Tak percaya betul sebab persembahan macam syok sendiri haha. Ada satu budak group aku tu cakap 'apa benda kita goyang-goyang tangan je tiba-tiba dapat no. 3 hahaha'. Alhamdulillah rezeki kihkih..

No. 3!!

Aku yang berbaju kuning tu. Dah lah macam maskot Digi hahaha. Oh aku lupa eh nak kenalkan ahli group aku. Meh lah aku kenalkan. Dari kiri Fadzil (26 tahun-QS), Hafidzul (28 tahun-Elektrikal), Chandra (40 tahun-Awam), Safwan (32 tahun-Awam), Hanif (31 tahun-Awam). Then aku (27 tahun-Awam), Aisyah (26 tahun-QS), Izzaty (27 tahun-Awam), Fatihah (30 tahun-Mekanikal) dan Sabariah (30 tahun-Elektikal). Haa pelbagai kan..

Malam tu selesai program pukul 12.00 tengah malam. Bukak hamper aku amik keropok pastu terus balik. Penat sangat. Sampai bilik kena kemas baju pulak sebab esok dah last day and hari yang nervous. Aku tidur malam tu pukul 2 pagi jugak lah..

Jumaat (09.10.2020)

Harini adalah hari terakhir dan hari yang mendebarkan sebab kitorang akan terima surat penempatan kami yang mana dikenali sebagai Pink Form. Dup Dap Dup Dap. Pagi masih ade taklimat pukul 8.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi. Lepas minum pagi baru lah acara penyerahan Pink Form. Untuk peserta yang terkandas kat Sabah disebabkan PKP diorang join kursus secara online dan penempatan diorang akan dibaca oleh pegawai. Seremmmm..

Yang kitorang dekat dewan surat akan diserahkan dengan memanggil nama seorang demi seorang ke atas pentas. Nervous sungguh rasa nak pergi toilet tapi takut nama kena panggil. Dah dapat surat dia suruh bukak ramai-ramai lah pulak. Fuh bergetar jantung oii..

Habis penyerahan so kitorang pun bukak lah sampul. Dan tertera dekat situ..

Syahira Nabilla Binti Ahmad Hisham ..... ditempatkan di Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat JKR, sebagai Jurutera Awam Gred J41 

Wow dia macam rasa seronok gila sebab aku memang nak duduk di HQ dan kebetulan Alhamdulillah dapat cawangan dan bahagian yang aku nak. Aku happy gila ni!! Tak sangka sekarang aku dah berkhidmat sebagai pegawai kerajaaan. Babah adalah orang yang paling tunggu-tunggu saat ni tapi tak sempat nak merasai.. sedih.....

Selesai semua ni dalam pukul 12.30 tengah hari. Aku amik lunch and sambung kemas barang sebab husband aku mai amik aku dari Johor. Pukul 2.00 lebih husband aku sampai and aku terus balik. Sempat jugaklah mintak husband aku amik kan gambar untuk post dalam Facebook hahaha..

Oh btw nak cakap. Makanan kat Create ni sedap betol ye. Popia sira dia aku terigau-igau sampai balik rumah. Sarapan dia pun sedap. Fuh memang sedap atau aku sentiasa kebulur ke taktau lah. Belum sampai rumah dah dapat info baru untuk next kursus di Create bulan 1 nanti. Dapatlah aku makan popia sira dia lagi hahahaha..

Doakan urusan hari pertama aku Isnin ni dipermudahkan. Nervous jugak nak start tempat baru. Buat masa ni aku baru jumpa sorang je yang sama cawanagan and bahagian dengan aku. At least ada lah yang kenal awal-awal ni kan.. hihi.. 

Terima kasih sebab baca kisah aku ni. Bye!

Comments

Popular Posts