Lockdown a.k.a Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Assalamualaikum...

Sekarang dah tengah malam. Sunyi. Hening. Semua dah tidur. Kot. Cengkerik pun dah malas nak berbunyi. Dan aku disini sedang menaip. Eh ada lagi ke manusia tulis blog ye di era baru zaman Twitter ini? hahaha tak kisah lah ada orang baca ke tak yang penting aku memang suka menulis sejak zaman umur aku 12 tahun lagi. Bila menulis rasa macam kita bercerita dengan seseorang apa yang ada dalam hati kita..

Maka topik kita pada malam ini agak serius sikit. Topik je serius tapi aku bercerita tak serius pun. Masih mengekalkan momentum yang sama macam waktu2 terdahulu. Penulisan harini sengaja ditulis untuk senang aku throwback apa yang berlaku pada tahun 2020 ni. It was a very different year among all the years....

2020 ni kan adalah tahun yang ditunggu tunggu kan? Tak sangka ianya menjadi tahun yang sangat berlainan isinya. December 2019 kita semua dikejutkan dengan satu virus yang sedang melanda Wuhan China iaitu Corona Virus. January 2020 wabak ni dah mula merebak ke serata dunia dan Malaysia tak terkecuali...

Dalam bulan March 2020 jangkitan virus ni dalam Malaysia tiba tiba naik dengan mendadak disebabkan satu cluster perhimpunan Tabligh di Sri Petaling di mana salah satu peserta perhimpunan telah dijangkiti virus ni. Ehhh kenapa aku ni dah macam tulis thesis pulak. Serius bebenorr. Aku nak santai santai sikit...

So bila dah jadik macam tu. Virus ni dah makin tersebar dekat siapa siapa yang kita pun taktau siapa. Ntah2 kita sendiri dah berjangkit tanpa kita sedar. Jumlah jangkitan dalam sehari naik mendadak. Masa ni lah Perdana Menteri Malaysia kita umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau pun Partial Lockdown lah yang berkuatkuasa pada 18.03.2020 sehingga 31.03.2020....

Pelajar tak dibenarkan hadir ke universiti atau sekolah mahupun tadika. Pekerja yang bukan essential service perlu bekerja dari rumah. It was really something waktu tu. Something tu maksudnya benda yang tak pernah berlaku kan tiba2 berlaku. Semua orang perlu duduk rumah dan tak boleh keluar ke mana mana. Hanya sorang sahaja dibenarkan dalam satu kereta keluar untuk beli barang dapur..

Kiranya kalau kau keluar waktu ni kan kau akan tengok keadaan sangat sunyi. Masa ni lah ramai yang terperangkap kat rumah mak lah rumah anak lah kat universiti tak boleh balik lah. Dan semua tak boleh bergerak ke mana mana hanya menunggu arahan dari kerajaan. Kemudian Perdana Menteri sekali lagi umumkan PKP (Fasa 2) akan disambung dari 01.04.2020 sehingga 14.04.2020...

Masa pengumuman kali ni semua dah risau. Ye lah kan ada golongan yang serius akan terjejas. Peniaga2 kecil tak boleh buka bisnes. Roadblock dah makin banyak. Kawalan dah makin ketat. Ada penyewa masih perlu membayar sewa. Duit untuk makan lagi. Ye ekonomi jadi makin parah tapi rakyat dinasihatkan bersabar. Perdana Menteri ada mengumumkan bantuan2 dari kerjaaan yang serba sedikit boleh membantu golongan2 yang kurang mampu dan juga golongan2 PKS.. 

Selepas hampir tamat PKP Fasa 2 ni, sekali lagi Perdana Menteri umum PKP (Fasa 3) akan disambung lagi bermula 15.04.2020 sehingga 28.04.2020. Bazar ramadhan tak boleh dibuka. Perjalanan balik kampung menyambut ramadhan tak dibenarkan. Masa ni rakyat Malaysia sebenarnya dah resah ye termasuklah aku yang dah tinggalkan rumah aku terbiar selama hampir 2 bulan hahaha..

Dan sekali lagi Perdana Menteri umumkan PKP ( Fasa 4) akan disambung lagi dari 29.04.2020 sehingga 12.05.2020. Dan ada sedikit kelonggaran masa ni bagi sesiapa yang ingin pulang ke kediaman masing2 atau yang terpisah suami isteri tetapi perlu memohon kebenaran merentas negeri di balai polis berhampiran. Aku dan suami pun tak terkecuali. Kami mohon untuk merentas negeri pada 02.05.2020 untuk pulang ke Kluang sebab suami dah nak mula kerja waktu tu. Oh btw masa 01.05.2020 tu sekali lagi ada pengumuman dari Perdana Menteri yang menyatakan lebih banyak sektor akan dibuka bermula 04.05.2020 tetapi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan..

Semua ni kerana ingin memulihkan semula ekonomi Malaysia. Perjalanan rentas negeri tanpa sebab masih dilarang. Sambutan hari raya tak boleh diadakan. No balik kampung masa raya. Basically tahun ni adalah raya yang paling hambar tahun ni. Masa ni PKP dah diubahsuai kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 04.05.2020 sehingga 09.06.2020. PKPB ni ada perkara yang dilonggarkan contohnya perjalanan rentas daerah dalam negeri yang sama sudah dibenarkan. Sektor perniagaan banyak dah boleh bukak. Restoran dah boleg dine in. Tapiiii semua perlu ada SOP yang harus dipatuhiii..

So tahun ni aku raya berdua sahaja dengan suami di Kluang. Takde siapa kat sini. Duduk Kluang sebab kerja kan. Family sendiri di Semenyih, Selangor. Family mertua di Kuantan, Pahang. Untuk menaikkan jugak suasana raya so kitorang decide untuk beli jugak kuih raya. Hias rumah macam biasa. Pasang pelita raya. Main bunga api. Dan hari raya aku masak rendang daging dalam 1.2 kilo dan jugak kuah kacang dengan nasi impit sikit. Jadiklah kan. Takdelah dok bersedih sangat dalam rumah..

Dan masa ni rambut lelaki2 di Malaysia dah serupa penyanyi rock 90 an sebab berbulan dah tak potong rambut hahaha. Semua isteri confirm akan menjadi barber yang tak bertauliah untuk suami masing2 termasuklah akuuu. Aku potong rambut husband aku okay. Siap tersopek kat tepi sebab aku syok sangat menggunting. Rasa macam hair stylist masa tu hahahaha..

Masa 07.06.2020 semua orang tertunggu pengumuman dari Perdana Menteri tentang perjalanan merentas negeri. Ye lah ada yang dah berbulan lamanya tak balik jumpa mak ayah kan. Mak aku pulak sedih duduk rumah sorang semenjak babah dah takde. Abang dan adik aku kerja balik malam. So semua orang menanti depan tv masa ni..

Perdana Menteri umum PKPB dah diubahsuai semula kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula dari 10.06.2020 sehingga 31.08.2020. Merentas Negeri sudah dibenarkannnnn. Kedai gunting rambut dah boleh beroperasi. Banyak lagi kelonggaran yang dah ada. Cuma pusat hiburan, panggung wayang dan seangkatan dengannya masih belum boleh beroperasi. Kenduri kahwin yang besar masih tak boleh dibuat lagi..

Alhamdulillah sikit2 dah rasa hidup kembali normal. Fasa ni dikenali sebagai Fasa Norma Baharu (New Norm). Nak masuk mana2 kedai perlu tulis nama dan catat suhu. Tangan wajib sanitize. Face mask perlu dipakai. Social distancing sekurang kurangnya 1m dengan orang lain..

Bisnes ramai terjejas. Syarikat2 swasta ramai membuang staff untuk cut cost. Kadar penggangguran meningkat. Air Asia syarikat besar tu pun ramai dia buang staff hmm. Taktaulah. Hanya kerana crisis yang baru 6 bulan berlaku takkan lah kejayaan selama bertahun sebelum ni takde langsung ye dak. Nak buat macam mana. Semua nak lepas tekak sendiri. Perkara ni sangat menakutkan ye...

Fasa PKPP ni adalah fasa pemulihan ekonomi sebenarnya. Digalakkan untuk melancong dalam negara untuk naikkan semula ekonomi dalam Malaysia ni. So sesiapa yang ada duit lebih tu bolehlah pergi melancong dan kembalikan semula ekonomi sektor pelancongan Malaysia kita. Dan kalau boleh berbelanja lah dari peniaga2 local dan bantu mereka yang terjejas sepanjang tempoh PKP dilaksanakan..

Kadang2 bila tengok perubahan ni kan aku rasa macam sebak tau. Mata rasa panas nak menangis tau2 menitik setitis dua air mata. Sebab apa tau? Allah turunkan ujian ni dekat satu dunia sampai semua orang belajar untuk berubah. Perlu beratur. Perlu berhati hati. Kalau tak, memang susah jugak nak tengok rakyat Malaysia ni beratur kan hahaha..

Dan benda ni jugak menjadi satu pengajaran jugak dekat manusia. Bila mana Allah dah kata haiwan mana yang boleh dimakan dan mana yang tak boleh dimakan tu ada sebab2 nya. Bukan main taram je semua benda nak makan. Harap orang Wuhan sedarlah tak payah dah nak makan haiwan2 eksotik ni. Kelawar lah apa lah. Hmmmm

Maka sekarang ni kita hidup di dalam norma baharu dan perlu kita biasakan. Taktau sampai bila semua benda ni akan berakhir. Sekarang dah separuh tahun 2020 dan 2020 akan berakhir dengan satu sejarah untuk kita ingati sampai bila bila..

Get well soon, World!

Comments

Popular Posts