Welcome 2020 - New Decade

Assalamualaikum...

Welcome 2020!! Macam tak percaya lah. Dulu masa kecik rasa 2020 ni macam jauh je. Sekarang tengok ni dah sampai dah pun. Umur pun dah nak start cecah 27 tahun. Mana kereta terbang? Itu cuma imaginasi kanak kanak kita ditambah pulak dengan gambaran dalam buku teks dan jugak lukisan mural di dinding dinding sekolah hahaha. Ingat senang nak terbangkan kereta? Atas jalan pun signal tak reti nak guna. Sedangkan kapal terbang pun ada kawalan trafik yang proper inikan pulak nak buat Myvi terbang hahaha..

Okay lupakan pasal kereta terbang. Mari kita recap perjalanan sedekad ini. Sekadar ingin share and untuk kenangan diri sendiri. By the way kita dah masuk dekad yang baru semoga dekad ini segala kebaikan akan sentiasa bersama kita aminn..

2010
17 tahun - Masa ni aku form 5. Baru nak ambik SPM. Pulun study nak straight A kauuu hahaha

2011
18 tahun - Masuk PLKN. Masa ni kenal ramai kawan baru dari Sabah Sarawak. Walaupun 3 bulan tapi friendship kekal sampai sekarang okeh. Even masa kawin pun diorang datang. Sobss sis terharu.

Result SPM. Alhamdulillah masih kekalkan kecemerlangan UPSR dan PMR muehehe. Walaupun kalini tak straight tapi masih boleh dapat 9A 1B hmm okaylah kann haha..

Alhamdulillah masuk PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya). Pun masa ni bertambah kawan baru yang masih berhubung sampai sekarang. Roza dan Fatin! Sorang tu dah nak jadik mak orang dah pun walaupun macam kanak kanak lagi..

2012
19 tahun - Duduk PASUM bnyak main ni. Asyik tengok crush je maka taklah perform sangat huahaha. Sebab masa ni jugak aku tak suka belajar Chemistry yang rumit sangat chain panjang panjang tu so result Chem aku banyak down. Maka berakhirlah setahun di PASUM dengan final result CGPA 3.55

3 bulan kemudian alhamdulillah diterima sambung study kat UTM Skudai dalam Ijazah Kejuruteraan Awam. Ada 2 sebab kenapa nak UTM. First sebab nak rasa duduk jauh dari family hahaha last2 dua minggu sekali balik jugakk. Second sebab orang kata masa tu UTM bagus untuk engineering so proceed je laaa.. dan disebabkan result asasi yang tak berapa perform so aku gagal untuk dapatkan biasiswa. Aku apply PTPTN sajoo dengan azam 2013 iaitu nak apply biasiswa guna result first year..

2013
20 tahun - Study kaw kaw punya untuk 2 sem and berkahir dengan CGPA semasa 3.84. Alhamdulillah apply JPA and berjayaa tahniahh untuk diri sendiri muahaha. So dengan itu terminate lah PTPTN walaupun dah pinjam lebih kurang RM 10k termasuk sem yang ke-3 ituu..

2014 - 2016
21 - 23 tahun - Nothing much cuma kehidupan sebagai mahasiswi sajoo. Study. Berkawan. Huha huha. Lepak. Usha orang. Dating and macam macam lagi.. Alhamdulillah berjaya mengekalkan dekan untuk setiap sem..

Gradute 2016 dengan CGPA akhir 3.73 syukurr bangett penat tauuu maintain pointerr. Nak kejar jugak first class degree sebab taknak bayar PTPTN yang 10k tu haha alhamdulillah I made it......!!

First car my baby Iriz hihihi..

First kerja jugak tahun ni as Structural Engineer di APEC Petaling Jaya. Culture shock jugak masuk alam pekerjaan ni sebab tak tau mende rasa macam susah gila apa aku belajar selama ni ya Allah haha tapi bertahan je lah kalau tak kerja takde duit. Dah lah masa ni sewa rumah jauh dari family huwaaaa..

2017
24 tahun - Pindah kerja di FACE Bangi yang dekat dengan rumah. Masa ni jumpa cinta hati yang sebenar ewah ewahh. Berkenalan dan bercinta. Kerja pulak macam biasa. Okay je sebab hari hari boleh balik rumah tapi company ade problem. Sokay kerja je macam biasa..

Hujung tahun bertunang dengan cinta hati ihik ihik..

2018
25 tahun - Before kawin. Pindah kerja di YTL Kuala Lumpur. Angkut sekali tunang. Biar dia rasa environment baru muahahaha. Kalau tak dia tak keluar dari Bangi since UKM lagi..

Bulan 7 kami kawinnnn hihihi alaa gediknyaa.. Bulan 8 pregnant.. Bulan 11 miscarriage.. Sis dah redhaaa.. Semua berlaku dalam tahun yang sama. Sokay..

2019
26 tahun - Permulaan tahun yang biasa biasa. Kerja. Walaupun masa ni ada benda tak best berlaku. Keep on kerja je lah masa ni. Then bulan 5 husband kena transfer Johor and bulan 7 aku pulak transfer. Now we are here staying in Kluang. Sebulan lepas transfer kena transfer lagi. Amik keputusan berhenti sebab tak menguntungkan dan membahayakan..

Sampai skang duduk melepek kat rumah mencari rezeki lain. Tak apply sangat sebab duduk Kluang kan. Confius. Sokay slow slow.. Nak proceed buat anak muehehe..

So habis cerita sedekad... 
Alhamdulillah atas segala nikmat yang diperoleh. Nikmat rezeki yang banyak dan tak ternilai. Nikmat iman. Nikmat ibu bapa dan keluarga. Nikmat jodoh. Nikmat kesihatan. Nikmat umur yang panjang..

Looking forward untuk biggest flex 2020 nanti. Harap benda baik baik berlaku. Semoga rezeki lebih meluas. Rezeki dalam apa benda sekalipun. Rezeki duit. Rezeki anak. Rezeki ibu bapa. Semuanyalah..

How about yours? Thanks for reading.. Bye!

Comments

  1. If you're trying to lose weight then you certainly have to start following this brand new custom keto meal plan.

    To design this service, certified nutritionists, fitness couches, and chefs united to provide keto meal plans that are efficient, suitable, price-efficient, and enjoyable.

    Since their launch in early 2019, hundreds of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a proper keto meal plan can offer.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-certified ones provided by the keto meal plan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts