Last But Not Least on 2019 - Diet Style

Assalamualaikum...

So kita dah pun sampai ke penghujung tahun 2019. Okay 2019 ni apa yang korang dah achieve? Honestly untuk aku sendiri aku tak achieve apa sangat pun tahun 2019 ni compare dengan tahun 2018 yang lepas. 2018 banyak benda berlaku and 2019 agak hambar dalam kehidupan aku. Kalau ade pun setakat berjalan dengan kawan, family and honeymoon dengan husband. So tu nak kira achievement ke? hmm boleh lah ek haha..

Maka disebabkan itu, aku berharap and aku berazam 2020 ni berlaku sesuatu dalam kehidupan aku and aku dah ade 3 azam yang aku harapkan untuk tercapai, dicapai dan mencapai. InsyaAllah aminnnnn. Okay 3 azam tu aku simpan dan cuma diketahui oleh diri sendiri je sebab segan nak share hihi. Mungkin penghujung 2020 nanti baru aku reveal? Doakan ye~~

So sebelum 2019 melabuhkan tirainya aku berniat nak share dengan koranglah apa yang aku berjaya laksanakan tahun ni. Ini je satu benda yang aku rasa aku capai untuk tahun 2019 iaitu BERJAYA TURUNKAN BERAT!! gelak comei sikit.. hik hik hik



Niat nak turunkan berat ni dah lama dah even dari start bekerja tahun 2016 dah ada niat tapi harommm hahaha pastu pulak masa nak kawin pun niat tu ade.. punnnn tak terlaksana hihi. Actually nak turunkan berat ni hati kene kental and betul betul ada perasaan nak turunkan berat. Kalau tak jadiklah mcm aku dulu yang hanya mampu niat tapi nak laksanakan sangat sukarrrr. Aku cuba okay time tu cuma nak consistent tu sangat payah tauuu..

Sejujurnya ada sebab kenapa aku nak turunkan berat. Means ada sesuatu yang trigger aku untuk kuat meneruskan niat ini. Reason nya tu aku perlu rahsiakan sebab ada kena mengena dengan salah satu azam 2020 aku okay. So macam mana aku turunkan berat?

Hmm serba salah nak bagitau berat sebenar hahahaha tapii takpelah aku nak cerita jugak. Berat aku dah cecah 69.5kg masa tu and tinggi aku 160cm. Korang rasa aku gemuk tak? Nak kata gemuk sangat dari pandangan mata kasar tak nampak sangat. Korang boleh lah try tengok gambar aku dalam posting before2 ni. Tapiii BMI aku dah cecah overweight iaitu 27.15 huwaaaa stressnyaaaa..

Sebabnya aku dulu kurus dan keding. Sedara mara sume terkejut bila dia tengok aku boleh capai berat sampai ke tahap tu haha sedangkan belum jadik mak mak lagi hmmm sedihnya. Masa kenduri kawin cousin aku ramailah kan sedara mara yang ada. Semua macam terkejut tengok aku. Ada yang ingat aku tengah mengandung tauu haihh rasa terhina pulak muahahaha..

Then aku balik kenduri tengok gambar gambar masa majlis rasa macam aku perlu buat sesuatu. Tambah pulak ade something yang trigger aku waktu tu. Aku muhasabah sikit diri tu fikir balik rasa macam dah lama aku tak buat sesuatu yang sihat. Peluh pun dah lama tak keluar. Jadinya aku nekad bermula esok tu aku nak diet!

Aku tak buat diet yang berat macam Atkins ataupun IF. Aku cuma buat sekadar yang mampu. Slow slow lah senang cite kan. So apa yang aku amalkan?

1. Cut Sugar and Less Caffein

Aku ni sememangnya suka minum air yang manis terutamanya air air ber caffein mcm coffee, teh, nescafe ataupun apa apa air lah janji benda tu manis. Kalau tak manis aku tak suka. Pagi petang siang malam mesti kene hirup air manis. Aku sedar benda tu tak baik untuk kesihatan tapi hmm dah suka aku buat bodo je lah haha..

So mulai esoknya tu aku tak minum air air sebegitu dah. Aku cuma buat cheat day hari Ahad untuk aku lepaskan gian tapi kalau dah kata cheat day takleh lah nak melebih sangat ye. Sikit sikit sudahlah..

2. Less Carbo

Ini pun penting sebab carbo ni memang boleh buat gemuk kalau terlebih makan. Seeloknya gunakan cara suku suku separuh ye. Nasi tu suku sudah. Jangan beria sangat makan sampai kenyang blurppp bagai tu. Sebabnya aku sangat suka nasi. Makan mmg kena sampai kenyang hmmmm..

Aku pilih untuk tak makan lunch sebab duduk sorang sorangkan. Alang alang tak makan tu so terus lah cut lunch. At least aku tak payah masak tengah hari atau nak kena cari makan. Ini akulah. Korang boleh je makan cuma kurangkan portion..

3. No Fast Food / Processed Food

Yang ni aku tak makan dah. Actually benda ni memang tak elok ye so korang tak payah makan langsung lah senang cerita. Duit pun jimat ye dak? 

4. 2L-3L Water

Lepastu perbanyakkan lah minum air masak. Aku dalam 2L je sehari sebab aku tak buat kerja berat sangat pun. Paling banyak pun korang boleh consume 3L. Tak payah nak sampai 6L 7L. Banyak sangat pun tak elok untuk kesihatan..

5. Exercise

Exercise ni korang cubalah cari masa sikit nak exercise. Dalam 30minit ke 1jam pun dah okay. Macam aku, aku akan spend masa 30 minit atau 1jam sehari bergantung pada tahap kerajinan aku lah kan. Aku akan zumba sendiri. Aku download lah video zumba dari youtube and aku akan buat sungguh sungguh sampai peluh tiak hahaha..

Pastu husband aku ade beli mini exercise bike untuk kitorang exercise sama sama. Sweet kan hihihihi. Kecik je tapi okay boleh lah untuk buat exercise kayuh mengayuh bersama sama sambil bergurau senda alololo hahaha..

So basically 5 benda ni yang aku buat untuk turunkan berat badan. Bila dah keluarkan peluh aku rasa mcm badan ringan sangat and stamina dah ada. Kalau tak aku naik tangga rumah pun semput oii. Badan rasa fit and sedap. Dah tak lesu macam dulu. Mood pun jujur aku cakap semakin okay. I love my new me!! hahahaha

Dengan buat semua kat atas ni aku berjaya turunkan 4kilo dalam masa sebulan. Okaylah kan? And sekarang pun masih dalam usaha nak turunkan lagi berat tu sampailah aku boleh muat baju kurung moden aku yang dah sendat tu. Aku harap berjayalaaaa aminnnnn..

So siapa siapa yang rasa badan dah mula cepat lesu, stamina dah tak ada rasa macam dah tak fit tu aku nasihatkan cubalah kawal pemakanan and start exercise. Bukan setakat nak kurus je tapi bagus untuk kesihatan tauu. Cubalah... Okay thank you for reading. Bye!

Comments

Popular Posts