Pengalaman Temuduga Kerja

Assalamualaikum..

Semua dah beli baju raya belom ni? Sis belum cari lagi tudung raya ni tapi taktau nak cari kat mana and nak stail macam mana pulak untuk tahun ni hehehe

Malam yang indah ni aku rasa macam nak cerita sikit pengalaman temuduga yang aku pernah pergi memandangkan sekarang ni musim pelajar2 degree nak tamatkan pengajian kan? So bolehlah korang tinjau2 entry aku ni untuk dapatkan sedikit gambaran. Mana tahu berguna kan..

Post kalini aku bukanlah nak cerita tentang tips sebab tips ni macam subjektif sangat. Tak semestinya apa yang aku lalui sama dengan orang lain jadinya kalini aku just nak bercerita supaya korang yang baca ni dapatlah gambaran dan bayangannya. Aku cerita pengalaman ni mengikut kronologi lah tau.

Masa aku masih di tahun akhir, aku dah attend 3 interview dan lepas habis belajar aku ada attend 7 interview iaitu 5 interview swasta dan 2 interview kerajaan. So lets go!


EcoPrasinos Engineering Sdn Bhd (Bangi)

Interview ni  adalah interview yang pertama masa aku masih dalam semester akhir lagi. Aku bakal habis belajar Jun 2016 dan interview ni pada bulan Mac 2016. Masa ni aku kat Johor dan company ni di Bangi. Jadi aku balik sehari sebelum tarikh means aku ponteng kelas lah sehari haha. Orang yang interview aku ni adalah bos dia dan dia lelaki. Tak banyak dia tanya sebab aku masih belajar cumanya ada sedikit exam lah before tu dan jawab essay sikit. Selebihnya dia hanya bercerita pasal company tu, apa yang diorang buat apa skop kerja dan dia cakap jugak kenapa aku mintak kerja awal sangat sebelum habis belajar lagi. hahaha. Result dari interview ni dia just cakap nanti kalau dah habis belajar dan takde kerja lagi barulah lapor diri kat sini sebab dia tawarkan gaji taraf diploma sahaja.


Great Eastern Takaful Berhad

Interview kalini mmg lain sebab dia syarikat insurans dan interview ni dibuat dalam universiti aku iaitu dalam bangunan kerjaya. Masa interview aku tak banyak bercakap pun sebab yang bercakap orang tu je. Dia tegaskan bahaya kerjaya sebagai jurutera ni why not kerja dalam bidang insurans. Gaji boleh capai ribu riban kalau komited. Tapi aku macam tak faham sangat apa yang dia sampaikan so aku dengar tak dengar je lah. Habis interview aku just mintak diri dan fikirkan semula.


Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (Johor Bahru)

Ini interview terakhir aku semasa masih dalam pengajian dalam bulan May 2016 macamtu. Iklan ni penasihat akademik aku yang forwardkan dan aku mintak je tak sangka pulak dia panggil interview. Masa menunggu aku tengok agak ramai dalam 13 orang untuk hari tersebut je. Hari2 sebelum pun interview still dijalankan. Interview dalam Bahasa Melayu dan agak formal jugak. Aku tak ingat sangat apa yang ditanya tapi aku banyak tak tau so akhirnya aku tunggu punya tunggu dan aku tak dapat pun jawatan ni.


Asia Pacific Engineering Consortium Sdn Bhd (Petaling Jaya)

Aku dipanggil untuk interview ni betul2 waktu aku sampai rumah lepas habis aku hantar thesis. Waktu tu hari Isnin dan aku mintak interview dibuat hari Khamis sebab aku ada janji untuk attend interview pada hari Rabu untuk syarikat Cergas Murni Sdn Bhd. Tapi masa ni aku rasa aku taknak pergi interview CM tu sebab abang aku cakap tak best kerja dengan Kontraktor so aku pun dengar cakap dia dan tak pergi pun interview tu plus aku tak inform diorang pun yang aku cancel interview tu..hmmm rasa bersalah jugak. So interview dekat APEC ni simple just jawab exam pasal structure dan interview depan2 dengan 2 orang senior nama dia Mr Chai dan Mr Liew. Tak banyak tanya pasal kebolehan aku pun sebab aku ni fresh grad kan. Aku isi gaji yang aku nak dan aku dapat gaji tu which is quite tinggi jugak bagi seorang fresh graduate dan dia tanya bila free untuk ambik offer letter dan aku dapat kerja tu. Aku mula kerja lepas raya sebagai Structural Engineer. Yeay!


One V Project Management and Consultancy Sdn Bhd (Semenyih)

Dalam 4 bulan aku kerja dengan APEC aku rasa macam aku tak minat kerja bahagian structure sebab dari zaman belajar aku tak minat structure dan aku lebih tertumpu pada bahagian infrastructure. So aku mulalah pencarian kerja baru. Aku apply ni dekat Jobstreet. Company ni dekat Semenyih dan memang dekat dengan rumah aku sebab tu aku nak attend interview. Company ni sebagai specialist dalam Wastewater Treatment Plant. Dia call suruh attend harini tapi aku tak dapat datang sebab kerja and bila aku call semula tak dapat. Dah petang baru aku dapat dan dia suruh buat phone interview je sebab bos tak free. So esoknya aku call untuk interview dan semuanya ok tapi dia suruh datang next week untuk jumpa. Tapi bila next week tu aku datang, orang yang aku interview tu takde pon, yang ada orang lain dan dia interview aku semula. Dah lah kerek macam aku ni teruk sangat pulak. Dia cakap sekejap2 je lepas tu dah. Menyesal aku cuti kerja untuk pergi interview ni!


Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41

Ok ni interview kerajaan untuk program TAPS iaitu Talent Acceleration in Public Service. TAPS ni untuk budak2 tajaan JPA so mcm ada kelebihan lah untuk kitorang nak masuk dalam kerajaan. Before interview ada kem selama 3 hari dan aku lulus kem tersebut cuma gagal waktu peringkat interview lah. Tak lah gagal tapi cuma dapat sebagai calon simpanan sahaja dan tempoh sah laku selama setahun. Tak banyak nak cerita sebab interview kerajaan ni macam biasa lah kan.


Taliworks Corporation Berhad (TTDI)

Interview ni paling ok aku rasa. Company berkaitan Water Treatment. Orang yang interview tu Chinese. Hensem orangnya dan dia bakal team leader aku kalau aku dapat kerja kat situ. Semua ok dia just tanya kerja aku apa yang aku buat and dia tak merendah rendahkan aku pun dan kalau dapat memang aku nak kerja situ sebab bangunan dia best! besar! hahahaha tapi dia nak pakai orang cepat dan aku perlu letak notis sebulan dekat company aku kalau nak resign. So aku tak dapatlah jawatan ni. Sob sob sedih!


Acre Works Sdn Bhd (Hartamas)

Ni interview aku yang paling worst sekali! Position as Project Engineer. Masa interview rasa macam nak mintak diri nak balik. Sebabnya dia tanya aku pasal kerja aku sekarang and dia tanya betul2 secara teknikal dan mungkin salah aku jugak sebab tak study tapi dia memang hentam aku gila gila lah. Dia tanya kenapa nak berhenti sedangkan aku baru je bekerja. Bila aku jawab sebab aku nak try benda lain yang aku minat then dia pertikaikan. Dia tanya dalam banyak2 cabang, cabang apa yang aku paling minat, aku jawablah aku minat bahagian Construction Management and dia pertikaikan jugak. Dia pertikaikan lah banyak benda yang aku taktau tapi asal nak bahagian management. Huh! dah dia tanya apa aku minat aku jawab je lah. Plus mmg FYP aku pasal management pun. Tapi mmg nampak lah dia taknak amik aku so aku cepat2 jawab dan cakap nak mintak diri sebab aku pressure gila! haha


Farid Ahmad Consulting Engineer Sdn. Bhd. (Bangi)

Disebabkan aku nak cari tempat kerja yang dekat so aku attend jugaklah interview ni. Company kecil je dan aku berjaya interview kali ni. Aku bagi notis 2 bulan dekat company lama yang aku dah berkhidmat selama setahun so aku masuklah sini. At least aku boleh balik rumah hari2 dan dia tawarkan gaji yang sama dengan company lama. Tapi bila dah masuk adalah masalah lain yang menyebabkan aku tak boleh kerja lama kat sini cuma aku malas lah nak cerita hahaha so sekarang aku masih dalam proses mencari kerja yang lain.

*******
Wow banyak jugak aku pernah attend interview tapi still setiap kali interview aku akan nervous hahaha. Jadi, kesimpulannya sekarang ni aku masih lagi dalam proses mencari kerja yang kena dengan jiwa aku dan aku nak try apply company yang kukuh sikit supaya masa depan aku terjamin haha. Doakan aku dan harap post aku kalini dapat membantu sesiapa yang dalam proses interview mencari kerja tu. Goodluck dari aku!


Edited:
Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd. (YTL) - (Kuala Lumpur)

Okay yang ni aku interview lepas setahun dekat Farid Ahmad Consultant. Actually kawan aku bagitau ada opening untuk projek baru which is EDTP (Electrified Double Track - ETS) dari Gemas ke JB. So send resume then dia panggil interview terus dapat. Aku apa lagi up kan gaji banyak jugak memandangkan dah interview dengan company ni haha. So sebulan bagi notis dan masuk lah ku kesini sehingga ke harini. Ingat! Jangan fikir company ternama ni semua indah belaka hmmm....

United Engineers Malaysia (UEM) - (Bangsar)

Yang ni aku apply secara tak sengaja melalui Jobstreet. Masa tu pulak tengah pakai premium account so mmg kene panggil interview lah. Aku excited jugak kan kot lah berjaya dapat hahaha. Position untuk UEM Edgenta sebagai Facility Engineer. Aku half day untuk pergi interview. Peh interview dia kaw2 macam nak dapatkan biasiswa weh hahaha. Mula mula ade essay pendek in english. Aku ni dah lama tak mengarang masalahnya. So bantai je lah. Pastu interview dengan HR. Ok smooth. Macam biasa tanya pengalaman dan scope kerja lama and baru. Settle dengan HR then interview dengan boss technical pulak 3 orang. Smooth gila! Aku cerita pengalaman aku dari mula. Memang gempak cerita aku and panel pun nampak interested and dia tanya aku macam macam pasal experience aku tu. At last dia cakap apa tauuu 

'Awak punya pengalaman bagus dan so impressive! Butt kita nak cari Facility Engineer which is experience you tak suit with this position'

Aku mcm whatt!! hahaha.. Resume aku boleh baca kann.. Kalau dah mmg experience aku tak suit dari awal kenapa panggil interview?? Tak ke membazir masa dua pihakk!! Eii marah ni bazir cuti aku haha.. Of course takde rezeki nak join UEM huhu....

Comments

  1. mesti ada ja yang nda best dengan tempat kerja ni kan..hehe
    google pengalaman interview sebab sy ada iv khamis ni..terjumpa blog ni so bacala sampai habis

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts