Memandangkan aku masih baru kat sini so malam ni aku decide nak cerita tentang diri aku lah kan manalah tau ada yang nak stalk2 aku ke. haha. Mungkin post ni agak panjang sikit. Nak baca silakan. Taknak baca pon aku ok. Ok macam yang aku cakap sebelom ni. Nama aku Syahira Nabilla Ahmad Hisham berumur 24 tahun 2017 ni. Aku baru grad Oktober 2016 yang lepas. Kiranya dah setahun lah aku start kerja ni. Aku kerja as Structural Engineer dekat salah satu C&S Consultant Firm dalam Malaysia ni. Alah engineer baru2 nak hidup ni biasalah memanjang penuh masalah hahaha.
Ok. Aku start menceburkan diri dalam dunia engineering ni masa tingkatan 4 lagi. Masa PMR aku dapat result ok 8A. Mak aku suruh aku sambung amik pure science tapi aku ni kira degil lah nak jugak amik engineering konon2 nya minat. So aku masok lah Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur amik course Kejuruteraan Awam. Gigih jugak lah aku belajar sampai SPM aku Alhamdulillah lah dapat 9A.
|
Ni kawan2 aku masa kat TIKL. Sebahagian je lah sebab ni pun gamba lepas habis sekolah. |
Then, aku masok asasi dekat UM. Orang panggil tempat ni PASUM. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Masa ni aku macam biol2 jugak lah sebab result akhir aku so so je. Masa ni minat aku dah bertukar. Aku nak amik course QS masa degree nanti. Malangnya result aku yang so so tu menyebabkan aku tak dapat pilihan pertama aku. Course QS ni memang tak ramai so dia amik pon sikit je. Siapa yang result memang power tu dapatlah. Pilihan pertama aku masa tu QS dekat UTM. Pilihan kedua QS dekat UM. Pilihan ketiga Civil Eng dekat UTM dan pilihan keempat Civil Eng dekat UM. Means aku dapat pilihan ketiga lah. Aku pon ok je. Takdelah sedih sangat pon. Hihi. Sebenarnya masa aku dah masuk PASUM ni aku dapat tawaran dari kemeterian pendidikan untuk sambung belajar kat Beijing untuk persediaan jadi cikgu bahasa mandarin. Mak aku memang suruh pergi sebab ye lah mak2 kan mmg kalau boleh nak anak perempuan dia jadi cikgu. Tapi aku seboleh2 tolak sekeras2 nya sebab nak pertahankan cita2 aku yang nak jadi engineer ni. Sekarang kalau korang tanya aku menyesal tak tolak tawaran tu..yes aku menyesal. huhu
|
Ha ni kawan2 sekelas masa PASUM (2011/12)..Kurus nye aku masa ni |
|
Rindunya. Aku tu ha yang kat hujung kiri tu haha |
4 tahun aku duduk UTM Skudai sebagai pelajar sarjana muda Kejuruteraan Awam. Nak kata perjalanan aku kat sini ok sangat pon tak jugak. Banyak je badai yang melanda. Tapi masa degree ni aku study hard betul sbb aku nak dapatkan biasiswa and Alhamdulillah lah dapat. Every sem memang aku gigih sebab aku nak kekalkan dean list aku dan akhirnya aku berjaya grad First Class Degree dan dah pon jadi Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian. Yeay! Congrats to me! hahaha. Ok aku belanja sikit gambar konvo aku.
|
Thanks semua! 231016 |
|
My precious medal all the time! |
Sebulan lepas habis belajar aku dapat kerja as Jurutera Struktur. Actually aku tak berapa minat structure sebab tu aku tak berapa happy dengan kerja aku. Kadang2 terlintas gak kat fikiran aku kenapa aku amik course ni. Tapi takpelah kita tengok je macam mana pergi dia. Kalau ok ok lah. Kalau tak ok kita fikir cara lain.
|
Nah lah belanja satu gambar masa PLKN 2011. Kump 1 Siri 8 |
Ok harini aku nak belanja gambar2 aku masa zaman belajar. Bukan apa aku pon rindu sebenarnya zaman2 belajar ni. Hidup ada kawan2. Enjoy. Siapa yang tak suka kan. So siapa2 yang masih belajar tu korang buatlah seberapa banyak kenangan yang korang boleh sebab kenangan ni lah yang membuatkan kau tersenyum bila ingat balik. Ok lets go!
|
Ni sebahagian kawan2 aku masa dekat Convent Kajang (2000-2008)
|
|
Kawan baik aku since Convent sampai sekarang. Sharain
|
|
Site Visit Cons Tech waktu sem 5
|
|
Labmates masa sem 6. Kumbang ada sekor je ni
|
|
Business Carnival subjek Entrepreneur sem 7
|
|
Sukan Fakulti sem 7 hehe.. Wing Attack in action!
|
|
Release Stress kat Tanjung Leman Mersing
|
|
Balai Cerap dengan Avengers sem 8..Saki baki student life
|
|
Dr Sitti aka Penasihat Akademik kami belanja makan. Rindu
|
|
Guys ni dalam gua tau. Gua dia berlampu2 hahaha
|
Ok dah lah tu cukup sampai sini je lah untuk post kalini. Gambar last tu masa viva FYP aku and kalau boleh taknak ingat sebab aku kene teruk masa ni sampai rasa nak nagis depan tu hahaha. Kalau ikutkan banyak lagi gambar nak upload tapi internet macam buat hal pulak. Aku pon tak sure masalah internet ke atau masalah blog ni sebab problem nak upload gambar. Tapi takpe lah sebab aku rasa aku dah cerita semua pasal aku kat post kalini. Pasal family nantilah ye. Maybe post2 akan datang yang berkaitan haha. Bye Goodnight guys
Comments
Post a Comment